!! Live.Love.Laugh !!

Friday, January 14, 2011

Home » , , » Ana Raffali Tak Takut Menang

Ana Raffali Tak Takut Menang


Kemenangan Ana Raffali di Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL 25) menjadi topik hangat minggu ini kerana ramai beranggapan penyanyi berusia 25 tahun itu masih belum layak menerima anugerah sebesar itu. Walaupun ketua juri profesional, M.Nasir telah memberi penjelasan, tetapi masih ramai yang terus-terusan tidak berpuas hati.

Situasi yang boleh dikatakan julung-julung kali berlaku kepada juara AJL ini membuatkan GUA terpanggil untuk bertanya sendiri kepada Ana bagaimana dia menghadapi kontroversi hebat ini. Ini kerana ada bisik-bisik yang mengatakan Ana mengalirkan air mata setelah mengetahui dia diejek dan dicemuh oleh ramai peminat muzik di luar sana.

Jelas pencipta lagu Tolong Ingatkan Aku ini, dia tidak pernah menangis seperti yang didakwa. Sebaliknya, dia hanya ketawa apabila mendapat tahu ramai yang tidak bersetuju dengan kemenangan itu.

“Saya tak menangis pun, tapi saya gelak sahaja. Saya rasa kelakar kerana situasi yang berlaku itu ada kena mengena dengan lirik lagu saya. Bila marah merasuk minda, Kecewa menyelubungi jiwa orang akan buat sesuatu yang tidak sepatutnya untuk memuaskan hati.

Mungkin peminat terlupa juri bukan memilih lagu yang popular, tetapi mereka pilih lagu terbaik. Saya ambil apa yang berlaku ini sebagai peniup semangat untuk saya buktikan kepada semua yang saya memang berkeupayaan menghasilkan karya terbaik,” ulas Ana.

Sementara itu, Ana turut diminta mengulas tentang tiga pencalonan yang diperolehinya untuk Anugerah Bintang Popular Bintang Harian 2010 (ABPBH 2010). Adakah insiden di AJL 25 membuatkan dia takut untuk meraih sebarang kemenangan dalam waktu terdekat ini?

“Saya pun tidak sangka boleh tercalon dalam tiga kategori sekaligus. Terima kasih kepada peminat yang mengundi untuk saya. Seandainya kemenangan berpihak kepada saya lagi, saya anggap itu rezeki daripada Allah. Saya tidak takut atau trauma untuk menang lagi. Saya percaya masih ada peminat yang menyokong perjuangan muzik saya,” luah Ana lagi.

Ada pihak nak jatuhkan saya

Walaupun cuba berfikiran positif, namun Ana tidak menafikan terlintas di fikirannya seperti ada pihak yang cuba menjatuhkan dirinya. Ini kerana secara tiba-tiba semua tindakannya dipertikaikan. Malah, dia juga pelik ada pihak yang cuba menyebarkan cerita-cerita yang tidak benar mengenai dirinya.

“Entahlah, kalau difikir-fikirkan memang ada terlintas di fikiran seperti ada yang cuba hendak jatuhkan saya. Tetapi, tak tahulah betul ke tidak. Saya cakap begini kerana secara tiba-tiba saya dihentam dengan teruk. Malah, setiap tindak-tanduk saya mula dipertikaikan.

Ada sahaja perkara buruk yang dikaitkan dengan saya. Saya berasa sangat pelik kerana selama ini saya cuba menjaga reputasi saya sebaik mungkin. Kalau boleh, saya tidak mahu ada sesiapa yang terasa hati dengan saya. Saya harap selepas ini kalau ada sebarang isu timbul, orang akan datang terus berjumpa dengan saya untuk minta penjelasan. Jangan dengar daripada mulut orang lain,” ujar Ana yang merancang menghasilkan lebih banyak lagu bermutu pada 2011 ini.

SUMBER : GUA

Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

6 Cupids ❤:

kghie said...

yang lepas 2 usah dikenang...tunggu hot mama kita ni masok plk..hahaha

misztickusz said...

manusia, mana penah puas hati ;p

❤ Baby Yats ❤ said...

@kghie hahaha :D

❤ Baby Yats ❤ said...

@misztickusz btul tu...namanya manusia la katakan...

Ellen said...

Kesian juga dia ni..biarlah bah dia menang kan sis...hehe

❤ Baby Yats ❤ said...

@Ellen mmg kesian la...sesekali org baru menang kasi can la kan..hehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails