!! Live.Love.Laugh !!

Tuesday, January 11, 2011

Home » , » Ana Tak Kecewa Kemenangan Dipertikai

Ana Tak Kecewa Kemenangan Dipertikai



“Sama ada layak atau tidak layak, mendapat peluang untuk lagu saya diadili oleh barisan panel juri yang hebat adalah kemenangan tersendiri buat saya. Ia merupakan satu kemenangan yang terindah bagi saya.”

Begitulah reaksi juara Anugerah Juara Lagu ke-25, Ana Raffali apabila lagu ciptaan sepenuh beliau, Tolong Ingatkan Aku dipertikaikan oleh ramai pihak. Menurut pemilik nama Ana Nur Hidayah Mohd Raffali ini, dia bersyukur kerana percubaan pertama kalinya dalam AJL25 ini membuahkan hasil.

“Saya bersyukur dan masih tak percaya lagu saya terpilih, namun saya tidak menolak pilihan juri. Ketiga-tiga trofi ini menunjukkan saya memang betul-betul serius dalam bidang muzik. Ini adalah satu perjuangan bagi saya untuk mempopularkan lagu-lagu tempatan sekaligus membakar semangat saya sebagai seorang penulis untuk buat dengan lebih baik.”

Kemenangan Ana pada malam tadi mencetuskan kontroversi apabila hampir seluruh penonton di Stadium Putra Bukit Jalil bangun meninggalkan stadium tanda protes dengan kemenangannya. Bukan itu saja, saat nama Ana diumumkan selaku juara, penyanyi baru ini telah di ‘booo…’ oleh penonton yang ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan juri.

Lebih menyedihkan, wujud laman di Facebook ‘Kami Tidak Bersetuju Ana Raffali Menang AJL 25’ selain komen-komen negatif di Twitter mengatakan lagunya adalah ‘sampah’!

“Saya tak kecewa. Saya rasa itu hak masing-masing. Sebenarnya itu hak peminat yang menyokong penyanyi kegemaran mereka sendiri. Apa nak buat, saya bukan favourite mereka, jadi tak apalah jika mereka tak suka.

“Namun ini sudah rezeki saya, alhamdulillah. Pihak juri telah mempertahankan lagu saya sebagai juara, ia tidak boleh dibeli di mana-mana dan tidak dapat menandingi apa saja kata-kata individu lain.

“Apa yang paling penting, kita kena kembali kepada keputusan juri yang profesional. Mereka telah sebulat suara memilih lagu saya sekaligus memukul perasaan negatif yang timbul. Walaupun tak popular, tapi lagu ini sedap di telinga pihak juri.”

Apabila ditanya adakah dia bersedia menerima segala kritikan negatif selepas ini, Ana menjawab, “Bersedia atau tidak, saya kena mengharungi perkara ini. Berada di kedudukan ini memerlukan saya untuk kuat dan tabahkan diri,”katanya yang menepis dakwaan kononnya dia akan lupa diri selepas ini.

“Saya tak akan lupa diri. Trofi ini akan mengingatkan saya, kenapa saya mengambil keputusan untuk memilih muzik sebagai karier saya. Malah, kemenangan ini juga akan mengingatkan saya untuk menghargai semua orang.”

Menurut Ana, untuk berada di tahap sekarang bukan senang kerana dia perlu mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan termasuklah masalah kesihatan.

“Dari minggu lepas saya demam, kena serangan asma dan selesema. Malam ini pun tak berapa sihat. Macam-macam dugaan yang Dia bagi kepada saya sejak akhir-akhir ini. Sekarang baru saya tahu kenapa Dia bagi dugaan ini. Saya rasa bersyukur sangat.”

Apabila ditanya apa kekuatan lagunya sehingga dia rasa layak untuk menang, Ana menjawab, “Saya tak boleh nak jawab pertanyaan itu kerana saya rasa patut anda tanya pihak juri sendiri apa kekuatan lagu saya.

“Saya hanya menulis ikut rasa dan cuba hasilkan lagu yang dekat dengan kehidupan kita. Bagi saya, lagu ini adalah sebagai peringatan kepada kita untuk kita hargai orang yang kita sayang,”katanya memberitahu lagu ini mengingatkan beliau kepada arwah kakaknya.

“Arwah kakak saya meninggal pada tarikh yang sama AJL25 berlangsung iaitu 9 Januari. Pemergiannya pada 2003 memberi impak dan tamparan yang besar kepada saya kerana kami sangat rapat.

“Arwah yang bawa saya pergi ujibakat. Bila dapat tahu AJL25 pada tarikh ini, ia adalah hari keramat buat kami sekeluarga. Ia mengingatkan kenangan saya bersama arwah.”

Apabila ditanya apakah yang akan dilakukan dengan duit kemenangannya itu, Ana menjawab, “Ramai orang yang saya sangat berterima kasih sepanjang perjalanan saya dalam bidang ini. Apa yang penting, saya nak bagi tanda penghargaan kepada mereka yang banyak membantu saya, jadi saya nak belanja mereka.”

SUMBER : GUA


Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

5 Cupids ❤:

miSs Zie said...

huhuhu..da rzeki dia kn...

taliff said...

Sebab Dia Hebat!!! itu je...Peace!

❤ Baby Yats ❤ said...

@miSs Zie ye la kan...mmg rezeki dia la..:)

@taliff Kalau dia tak hebat..takkan menang punya...ngeh3
Peace no war!!!

freakystar said...

saya memang sangat suka lagu tu dan sangat setuju dia menang. :)


http://freakystar-behindthescene.blogspot.com/2011/01/agenda-misteri-ajlana-raffali-memang.html

❤ Baby Yats ❤ said...

@freakystar akak tak kisah dik sapa yg menang..kak tu on ja..hehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails