!! Live.Love.Laugh !!

Friday, January 14, 2011

Home » » “Astro First Akan Menjahanamkan Industri Filem!” – Erma Fatima

“Astro First Akan Menjahanamkan Industri Filem!” – Erma Fatima


OHBULAN! difahamkan, Astro First ialah sebuah perkhidmatan terbaru Astro yang memberikan para pelanggan pilihan untuk menonton filem-filem terbaru mengikut keselesaan kediaman masing-masing. Filem-filem yang ditawarkan melalui perkhidmatan ini adalah seawal 2 minggu selepas ditayangkan di pawagam ataupun sedang masih lagi hangat ditayangkan.

Namun, inisiatif pihak Astro dalam mewujudkan kemudahan yang pelbagai kepada pelanggan tidak mendapat respon yang positif daripada produser filem terkenal, Erma Fatima. Menurut Erma Fatima, Astro First akan menjahanamkan industri filem tempatan, apatah lagi kalau filem tersebut ditayangkan secara serentak di Tv.

Tambah Erma Fatima, tiada bezanya menonton Astro First dengan membeli dvd cetak rompak filem melayu yang sedang ditayangkan di pawagam. Akhirnya, industri filem lingkup, produser filem tutup company ekoran tindakan kita sendiri yang membuka pintu seluas-luasnya kepada filem luar untuk menghiasi pawagam tempatan.

Dalam nada penuh kekesalan, Erma Fatima menyatakan dia berasa kesian terhadap nasib orang seni di Malaysia yang sentiasa diinjak-injak, disepak-sepak. Erma Fatima khuatir dengan kemunculan Astro First ini mungkin akan mengugatkan jualan tiket di panggung. Buat masa ini, Erma Fatima mengambil sikap tunggu dan lihat dengan keberkesanan produk Astro First ini.

Ikuti luahan Erma Fatima di Twitter hasil screenshot kami selepas ini.

 SUMBER : ohbulan

p/s : semlm mmg ada nampak channel ni tp tak perasan lg..

Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

6 Cupids ❤:

ijam ismail said...

hoho..sy sokong kak erma...
=)

❤ Baby Yats ❤ said...

@ijam ismail sukung..hehehe

Ellen said...

betul juga apa yang difikirkan oleh Erma Fatima tu kan sis..hehe

uMie_cHan said...

mmg btol pon...
org kite lbeh mgagungkan films dr luar... pdhal kat msia pon ade n ok gak....

btw.. nice la blog ni... follow u! ;)

AmyZana said...

so0rt of agreee wif her..whads de diff rite ? :S

❤ Baby Yats ❤ said...

@Ellen mmg la btul tu Ellen...

@uMiecHan a'ah dear...tengkiu oredi follow u back..hehe

@AmyZana right...:D

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails