!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, January 19, 2011

Home » » Berebut duit syiling di lebuh raya...Biar betul ni???

Berebut duit syiling di lebuh raya...Biar betul ni???

Tanpa menghirau keselamatan dan anggota polis, oarng ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Sumber : KOSMO

Wah!!! duit bertamburan d atas jalan..sapa yang nda mau kan


Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

9 Cupids ❤:

BuLat i2 CirCLE said...

giler r...ps 2 dpt kt ory yg kutip 2 la..kayo pakcik...b'gayut ari2 la kt publicphom 2..

Ellen said...

wah...sa pun mau o sis...nasib bukan di KK bah..hehe

Hot Mama said...

@BuLat i2 CirCLE hahahahaha

@Ellen ya ba kan..adihhhhh...siap bawa plastik besar lg ar...hahaha

Just said...

klu d kk, confirm ramai tu oto-oto / pilaks / pilipins p berabut sampai bergaduh2 mo pungut tu syiling kan.. hhehehehe..

Hot Mama said...

@Just mmg la tu just..siap bw geng durang lg tu...kasi halau org2 yg lain kan sbb durang mmg tamak2..hahaha

AiDa AzRyN said...

Whoa! bestnye... haha... XD

Rafina Mimi Zairul Murni said...

wah..kutip duit syiling??x haram ke kalau guna duit tu ek.. :)

StellaClaire-Richard said...

ala jan harap kalau d kk.. bnyk pilipin hahaha..om pun ada hehe!

Hot Mama said...

@AiDa AzRyN mmg best..ramai2 ni kan..sambil ketawa2..haha

@Rafina Mimi Zairul Murni x tau la pulak tu..hehe..tp mmg la haram klu tuan empunya x izinkan..:)

@StellaClaire-Richard btul tu stella siap bw org durang 1 kg tu..haha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails