!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, January 27, 2011

Home » , , , » Nora Danish Mahu Kahwin Cepat

Nora Danish Mahu Kahwin Cepat


Setelah berita perpisahan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai tersebar, ramai ingin tahu apa reaksi Nora Danish berhubung perkara ini. Maklumlah, Jejai secara terang-terangan membela Nora dengan mengatakan bekas isterinya itu tidak ada kena mengena dengan perpisahan itu. Kenyataan Jejai ini ternyata membuatkan Nora menarik nafas lega.

"Saya memang lega apabila Jejai akhirnya tampil membuat kenyataan yang saya bukan penyebab kepada perpisahan mereka. Saya harap kenyataan itu membuka mata semua orang di luar sana bahawa saya tidak ada kena-mengena dengan perpisahan itu. 

Saya pun tidak faham mengapa saya terus-terusan dipersalahkan, sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan peribadi Jejai selepas kami bercerai. Bahkan, saya juga tidak pernah sesekali menghasut bekas keluarga mentua untuk merosakkan hubungan mereka. 

Syukur akhirnya Jejai mahu bersihkan nama saya," ujar Nora yang ditemui di Malam Penghargaan Dan Penyampaian Bonus Metrowealth di Hotel One World malam tadi.

Menjawab tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dia gila talak, Nora memberitahu dia sebenarnya sangat terkejut apabila perkara itu sampai ke pengetahuan.

"Saya terkejut kerana ada yang sanggup melemparkan tuduhan itu terhadap saya. Ini kerana saya tidak pernah cakap yang saya masih menunggu atau mengharapkan Jejai akan kembali kepada saya. Mungkin orang salah faham. 

Saya baik dengan Jejai bukan kerana ingin bersatu kembali, tetapi hanya kerana dia adalah ayah kepada anak kami Putra Rayqal. Saya rasa, kami hanya boleh menjadi rakan dan ibu bapa yang baik kepada anak kami," jelas Nora berterus-terang.
 
Dalam masa yang sama, Nora juga juga diminta mengulas tentang lelaki yang dimaksudkan oleh Jejai yang kononnya sedang mendekati Nora ketika ini. Jelas heroin filem Cuti-Cuti Cinta ini, dia juga tidak sangka Jejai membuat pendedahan itu.
 
"Memang saya ada mengenali seseorang buat masa ini tetapi hubungan kami belum lagi sampai lagi ke tahap bercinta. Kami masih cuba mengenali hati-budi masing-masing. Seandainya ada jodoh di antara kami, saya akan beritahu nanti. Buat masa ini biarlah saya rahsiakan dahulu," ujar Nora sambil tersenyum.

Nora juga sempat berseloroh dengan mengatakan dirinya mungkin akan cepat berkahwin bagi menangkis serangan gosip yang sering terpalit padanya. Kata Nora, mungkin status janda yang dipegangnya sekarang ini membuatkan orang sering memandang serong.

Awal Januari lalu, Nora dan putera kesayangannya telah menghabiskan masa 20 hari bercuti di Jepun bersama Jejai dan bekas keluarga mentuanya di Tokyo dan Niseko, Jepun. Percutian yang dirancang oleh Jejai itu adalah yang pertama dilakukan bersama setelah mereka bercerai.
 
Percutian ini telah membuatkan Fasha Sandha berasa cemburu sehingga membawa diri ke Bali bersama beberapa rakannya. Semua ini terdedah apabila gambar-gambar seksi Fasha berbikini tersebar meluas di ruang siber. 

Bermula daripada itu timbul pula gosip yang mengatakan Fasha dan Jejai sebenarnya telah berpisah dan ia disebabkan oleh Nora Danish. Bagi menjelaskan situasi sebenar, Jejai tampil memberi pengakuan kepada sebuah akhbar tabloid baru-baru ini.

Sumber : GUA

Entri sebelum ini Apa Fasha Dan Jejai Berpisah


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

8 Cupids ❤:

Ellen said...

ngam la dia tu kawin cepat...tapi kalo kawin balik sama c jejai pun macam sweet juga..hehe

Hot Mama said...

@Ellen ya ba kawin la cepat2 tp kali kejeraan sudah ba dia ni len...jd biar la kali ni buat pilihan btul2 kan...jgn pisang berbuah 2 kali la ba...sweet mmg sweet len tp mcm playboy ja c jejai tu tau..ehehe

mrs jamal said...

arap fasha akan dapat pasangan yang sama hot n dia..si Jejai tu bukan hensem pown..dah la tak hot..ha..ha

Eryati said...

jan lagi kawin c jejai...mangkali dia putus sama c pasha sbb mo balik sama c nora ni...

Hot Mama said...

@mrs jamal ya btul tu...mmg jejai tak hensem tp kan sis dia punya bumblebee kan cukup hensem..haha (dasar mata duitan..ahakss ;p)

Hot Mama said...

@Eryati harap2 tak la tu sis...sbb nnti pisang berbuah 2 kali kang..dah mengandung kena tggl...cukup la sekali..ehehe

khalidahmacambaguss~O_o said...

sengal je si pasha tu...padan muka dah clash.... nora danish gak comel...hehe... tumpang lalu yer hot mama...;)

Hot Mama said...

@khalidahmacambaguss~O_o hahaha :D
tumpang..tumpang..jan tak tumpang..ehehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails