!! Live.Love.Laugh !!

Monday, January 31, 2011

Home » , , , » Penduduk Mesir kunci pintu

Penduduk Mesir kunci pintu

KUMPULAN anti-kerajaan Mesir bersolat di hadapan kereta kebal tentera ketika mengadakan bantahan di dataran Tahrir, Kaherah. 
Beribu-ribu banduan, tahanan melarikan diri selepas berlaku kebakaran di pusat tahanan.

KAHERAH: Penduduk ibu negara Mesir ini terpaksa mengunci rapi pintu rumah mereka dan menubuhkan pasukan kawalan kejiranan berikutan rusuhan dan keganasan semakin menjadi-jadi selepas keadaan kucar-kacir menyusul akibat tunjuk perasaan antikerajaan besar-besaran sejak enam hari lalu.  

Sementara itu, ribuan banduan dan tahanan melarikan diri dari empat penjara dan pusat tahanan selepas mencetuskan kebakaran dan bertempur dengan pengawal ketika ribuan penunjuk perasaan terus membanjiri jalan raya menuntut Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. 

Seorang pegawai keselamatan itu berkata, tahanan berkenaan yang termasuk beberapa orang dari kumpulan pembangkang yang diharamkan, Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Palestin, Hamas, dibantu oleh kumpulan bersenjata yang bertempur dengan pengawal penjara selama beberapa jam.

Pemimpin Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman terus mendesak Mubarak mengelak tindak balas ganas dan memperkenalkan pembaharuan yang dituntut penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah golongan muda.

Pasukan polis semalam mengurangkan kawalan di jalan raya, manakala anggota tentera semakin meningkatkan kawalan dengan mengerahkan kereta kebal dan perisai, terutama di depan bangunan kerajaan.

Beberapa penduduk melaporkan kumpulan remaja, sebahagiannya menunggang motosikal berleluasa di jalan raya dan bertindak merusuh ke dalam pasar raya, pusat beli belah dan kedai.
Beberapa daripada perusuh itu memasuki kawasan kediaman mewah di pinggir Kaherah dan menceroboh masuk rumah dan pangsa puri.

Dentuman tembakan juga kedengaran di pusat dan pinggir bandar.

Perusuh melarikan diri dengan set televisyen, barangan elektronik dan perabot dari pusat beli belah sepanjang sungai Nil.

Di Giza, sekumpulan remaja dilihat membawa lari berkotak-kotak arak, kerusi, sofa dan meja dari sebuah kasino.

Di pusat bandar, perusuh menceroboh masuk cawangan Arab International Bank dan beberapa kafe dan restoran termasuk McDonald's dan Hardees.

Bangunan ibu pejabat parti pemerintah dan pasar raya Carrefour di selatan bandaraya dibakar.

Rusuhan itu merebak walaupun pihak tentera mengenakan perintah berkurung dari 4 petang hingga 8 pagi.

Sementara itu, rangkaian televisyen antarabangsa Al-Jazeera berkata, pihak berkuasa Mesir mengarahnya menutup pejabatnya di Kaherah dan seluruh negara itu. – Agensi 

Sumber : Berita Harian
Note : Sama2 la kita berdoa semoga rakyat Malaysia yg ada di sana dlm keadaan yg selamat
insyaAllah...amin

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

14 Cupids ❤:

E.d.Y said...

kesian student2 malaysia kat sana...harap2 la dieorg selamat

sal said...

cantiknya tulisan...

Ellen said...

Marilah sama2 kita doakan agar mereka semua selamat ya sis...

Hot Mama said...

@E.d.Y mmg kesian..mudah2an...amin

Hot Mama said...

@sal tQ :)

Hot Mama said...

@Ellen ya len..:)

Freaky said...

takot gile kalo malaysia jd cmni jugak

ciKmOt said...

mama, moga dorang seme baik2 aja...takut ar negara merusuh gini...ishhh

ciKmOt said...

mama, moga dorang seme baik2 aja...takut ar negara merusuh gini...ishhh

cik gadis said...

kesian dorang kat sna..harap2 sgt semua selamat..amin..

sissyira said...

salam pagi selasa =)

harap semuanya selamat..

Hot Mama said...

@Freaky minta2 dijauhkan la ya..:)

Hot Mama said...

@ciKmOt amin cik mot...mmg menakutkan nda dpt dibygkan ni..huhu

Hot Mama said...

@cik gadis mmg kesian..kita hanya mamapu berdoa ja.amin

@sissyira salam..amin..:)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails