!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, January 12, 2011

Home » » Pesawat AirAsia terbabas

Pesawat AirAsia terbabas

Beginilah keadaan pesawat Airbus milik Air Asia yg terbabas ketika mendarat di LTAK kelmarin
KUCHING - Sebaik-baik sahaja pesawat AirAsia mendarat, percikan api terhasil lantaran geseran yang berlaku antara sayap kanannya dengan landasan.
Ruang kabin pula dipenuhi asap.

Bagasi yang diletakkan di ruang simpanan bertaburan. Lebih cemas lagi apabila penumpang dan anak kapal langsung tidak diberikan bantuan ketika mereka lari di padang berlumpur sebaik pintu pesawat dibuka.

Pengalaman ngeri pukul 10.02 malam kelmarin itu begitu mencemaskan buat 124 penumpang dan enam anak kapal pesawat jenis Airbus syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang tergelincir dan terbabas dari landasan sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini.

Kejadian berlaku sewaktu pesawat AK5218 dari Kuala Lumpur itu melakukan pendaratan dalam hujan lebat.

Bagaimanapun, penumpang dan anak kapal terselamat tetapi empat daripada mereka cedera.

SUMBER : KOSMO

p/s:cuaca skrg ni mmg tak berapa baik kan...
hujan & kuat angin lg...


Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

2 Cupids ❤:

Lina said...

wahhhh..rajin ko yats mempost skg aa..haha..siuk2 jg artikel ko nih..aku mencari blek crita c fasha sandha tuh..kemarin mo baca tp server slow yg bikin sakit jiwa..

❤ Baby Yats ❤ said...

@Lina kunun2 ba ni mo aktif ckit...hehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails