!! Live.Love.Laugh !!

Sunday, January 16, 2011

Home » » Petua Dapur #2

Petua Dapur #2

Untuk menghilangkan lemak ayam

Basuh ayam dengan menggunakan air bersih. Kemudian sapukan
tepung gandum pada ayam tersebut dengan sedikit air. Biarkan
seketika dan bersihkan semula dengan menggunakan air.
Korang akan dapati lemak ayam lebih mudah dibuang.

Mengharumkan dapur

Pada kebiasaannya pada bahagian dapur akan berbau 
yang kurang menyenangkan,
terutamanya apabila menyiang ikan. Bagi mengatasi 
masalah ini, rebus beberapa
keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka 
biasa. Kemudian sembur atau
lapkan air rebusan itu pada kabinet, 
jubin dan sekitar dapur. 
Ia berkesan bagi menghilangkan bau 
hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan.

Melembutkan daging

Daging yang keras menyukarkan proses memasak. 
Oleh itu ambil segenggam beras pulut dan masukkan ke 
dalam periuk yang digunakan untuk merebus daging.
Dalam masa yang singkat, daging akan lembut. 
Cara ini juga boleh digunakan untuk
melembutkan ayam kampung.

Membuang tulang ikan parang

Untuk mengelakkan tulang sebelum ikan dipotong, 
pegang bahagian ekor dan kepala ikan.
Tarik arah bertentangan sehingga bunyi berderap. 
Cara ini memudahkan kita  memakan isinya.

Cara mudah membersihkan sotong

Bagi memudahkan proses membersihkan sotong,
rendam sotong ke dalam air beras. 
Biarkan selama 10 minit. Hasilnya kulit sotong akan lekang,
senang dicuci dan bau hanyirnya akan hilang.

Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

0 Cupids ❤:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails