!! Live.Love.Laugh !!

Monday, January 17, 2011

Home » » Polis Belanda tolak unsur jenayah

Polis Belanda tolak unsur jenayah

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Polis Belanda menolak kemungkinan  wujud unsur jenayah dalam kematian
pramugari Malaysia  Airlines, Chin Swee Len (gambar) yang mayatnya  ditemui di tempat letak kereta 
di Hotel Radisson Amsterdam, Belanda pagi kelmarin.

Jurucakap Wisma Putra berkata, polis negara itu hari ini
memaklumkan pihak kementerian bahawa buat masa ini
belum ada maklumat lanjut  berhubung kematian
wanita berusia 34 tahun itu.

Swee Len disedari hilang setelah dia gagal melaporkan
diri pada sesi taklimat pra-penerbangan sebelum dia
dijadualkan berlepas pulang  dari Amsterdam-Kuala Lumpur
menaiki pesawat MH17 pada hari yang sama.

Mayat Swee Len ditemui pukul 9 pagi kelmarin oleh tetamu
hotel, tempat beliau menginap.

Sementara itu, Pengarah Operasi Malaysia Airlines,
Kapten Azharuddin Osman dalam satu kenyataan berkata,
kematian Swee Len masih dalam siasatan pihak berkuasa
Amsterdam.

“Kami di Malaysia Airlines begitu sedih dengan kematian mengejut 
dan penuh tragik pramugari terbabit. “Pihak kami bersedia
memberi kerjasama dengan penguat kuasa di Amsterdam dalam
penyiasatan yang mana mereka kini masih dalamproses
menentukan punca kematian,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia Airlines juga tidak teragak-agak
untuk memberi sebarang maklumat lanjut berhubung kematian itu
namun kini, ia telah pun menjadi kes polis.

“Sehingga kini, perhatian utama kami adalah menyokong
sepenuhnya keluarga mangsa,” ujarnya. Malaysia Airlines
telah menerbangkan dua anggota keluarga pramugari
tersebut dalam penerbangan terawal ke Amsterdam 
yang telah berlepas malam tadi.

Swee Len menyertai Malaysia Airlines pada 1997
dengan rekod perkhidmatan yang mampu dicontohi dan
dia meninggalkan suami serta seorang anak.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara,
Datuk Hussin Ismail berkata, pihaknya masih menunggu
maklum balas pihak berkuasa di Amsterdam berhubung
kes kematian pramugari terbabit.

“Setakat ini, kita belum dapat mengulas lanjut kes
tersebut kerana  belum menerima sebarang maklum
balas dari pihak polis  Amsterdam,” katanya
ketika ditemui pemberita di sini hari ini.


Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

0 Cupids ❤:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails