!! Live.Love.Laugh !!

Tuesday, January 18, 2011

Home » , , » Salun Chinta Dibuka 14 Februari

Salun Chinta Dibuka 14 Februari



Permulaan 2011 mungkin tidak begitu indah buat Fasha Sandha apabila dia sekali lagi diterjah kontroversi. Selepas beberapa gambar berbikininya tersebar di laman sosial Facebook, pelakon ini didakwa sengaja tidak menghadirkan diri di Pertunjukan Fesyen Cheongsam Hijau anjuran pusat membeli-belah The Weld pada Selasa lalu.

Ketidakhadirannya itu dipercayai kerana mahu mengelak daripada menjadi tumpuan umum gara-gara penyebaran gambar percutiannya di Bali itu. Tambah mengeruhkan keadaan, salah seorang pereka fesyen, Hazree Wahid terpaksa menarik diri daripada pertunjukan fesyen itu kerana Cheongsam yang direka khas untuk Fasha tidak dapat dipertontonkan.

Dalam satu laporan akhbar kelmarin, Hazree memberitahu Fasha menghubunginya pada saat-saat akhir memberitahu dia tidak dapat hadir kerana ada urusan lain. Ekoran itu, Fasha menjadi buruan pihak media yang mahu mendapatkan penjelasan lanjut. Kehadirannya di sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) membuka peluang kepada pihak media bersemuka dengannya. Namun, hasil pertemuan ini tidaklah seperti yang diharapkan.

Walaupun didesak beberapa kali supaya memberi penjelasan tentang situasi yang sebenar, Fasha tetap tidak berganjak dengan pendiriannya yang enggan mengulas lanjut. Menurut bintang Anak Halal ini, berdiam adalah jalan terbaik buat masa ini.

"Saya tidak mahu beri sebarang komen tentang isu itu. Kalau saya komen, ia hanya akan mengeruhkan keadaan. Adakalanya, berdiam adalah lebih baik daripada bersuara. Saya harap anda semua faham dengan situasi ini. Saya lebih selesa mendiamkan diri. Biarlah orang hendak hendak buat sebarang spekulasi, saya tidak kisah. Kalau bagi kenyataan pun, tidak semestinya orang akan faham apa yang berlaku. Mungkin juga akan disalahertikan," jelas Fasha.

Ditanya bagaimana dia menghadapi kontroversi ini, Fasha memberitahu sokongan keluarga dan peminat membuatkan dia yakin boleh melalui perkara ini sekali lagi. Baginya, walau apa pun berlaku, keluarga dan peminat akan sentiasa bersama dengannya.

Apa yang dikatakan Fasha ini ada juga benarnya. Buktinya, Fasha sekali lagi tercalon sebagai finalis Pelakon TV Wanita Popular ABPBH 2010. Mengulas tentang pencalonan itu, Fasha melahirkan rasa syukur kerana sehingga kini peminat masih tidak jemu-jemu memberi sokongan kepada dirinya.

"Saya bersyukur kerana masih terpilih sebagai finalis ABPBH 2010. Ini menunjukkan peminat masih memberi sokongan kepada saya. Sebab itulah saya tidak mahu memikirkan perkara lain. Saya mahu fokus pada karier. Itu yang paling penting," ujar Fasha.

Buka salun rambut

Dalam perkembangan lain, bintang Anak Halal ini rupa-rupanya telah pun bergelar ahli perniagaan kerana telah memiliki sebuah salun rambut dan kecantikan di Wangsa Link. Salun yang dinamakan Chinta Hair Saloon & Beauty itu akan dibuka kepada pelanggan bermula 14 Februari hadapan. Menurut Fasha, idea untuk membuka salun ini timbul kira-kira empat bulan lalu apabila dia mula terfikir untuk melakukan sesuatu yang berbeza daripada berlakon.

"Saya tidak war-warkan perkara ini kepada umum kerana bimbang ia tidak berjalan seperti yang dirancang. Apabila semuanya sudah sedia, barulah saya buka cerita ini. Insyaallah bermula 14 Februari depan, salun ini akan mula beroperasi. Saya sudah pun mempunyai empat orang pekerja buat masa ini. Saya harap dengan adanya salun ini ia akan memberi peluang kepada peminat yang ingin berjumpa saya dengan lebih dekat. Ini kerana, jika saya tidak sibuk di lokasi penggambaran, saya akan luangkan masa di salun ini," ujar Fasha yang bercadang mengambil kursus pendek penggayaan rambut dalam waktu terdekat.

Sumber : GUA

Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

10 Cupids ❤:

AngahSayang2314 said...

angah tahu pun dari melodi

fara feroza said...

huhu..nanti nk try pegi salon dia la..:)

Hot Mama said...

@AngahSayang2314 ala tak tgk melodi la ari tu..huhu

Ellen said...

Ingatkan salon cinta tu di KK..ingin juga nak p..hehe

Hot Mama said...

@fara feroza best la dpt pegi salun dia...ngeh3

Hot Mama said...

@Ellen btul ba tu Ellen..klu dkat KK..mmg tiap2 minggu muka kita ja kan...hahaha

Yanie J said...

lantak dia la nak buka salon ke,ada aku kisah?hahahaa :P

Hot Mama said...

@Yanie J hahahahaha :p

BuLat i2 CirCLE said...

cian fasha...hek3

Hot Mama said...

@BuLat i2 CirCLE wah!!! peminat fasha rupanya..hak3

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails