!! Live.Love.Laugh !!

Friday, January 28, 2011

Home » , , » 'Saya dikerah seperti hamba'

'Saya dikerah seperti hamba'

Seorang anggota polis mengambil keterangan daripada kanak-kanak di Pusat Tahfiz, Lukut, Port Dickson semalam.
SHAH ALAM – Seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun.

Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.

“Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.

“Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan,” ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba.

Sumber : KOSMO

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

4 Cupids ❤:

azzey said...

Knplah ada yg sanggup bersikap seperti itu ye....:(

||aLeaSaRa|| said...

tulah kite kesian kat bdk2 ni.kdg2 kite tgk bdk kat stesen myk yg jual kalendar dll rasa kesian.officemate kite ada study kat sekolah mcm budak atas ni.mmg kdg2 kena gi stesyen myk jual itu,jual ini,ibarat mcm aktiviti kokurikulum.

Hot Mama said...

@azzey dunia skrg ni mmg mcm tu..semuanya duit semata2...huhu

Hot Mama said...

@||aLeaSaRa|| ye ker sis? tak tau la dunia skrg ni...dah makin teruk sgt la..:(

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails