!! Live.Love.Laugh !!

Friday, January 14, 2011

Home » , , » Siti mohon disayangi ramai

Siti mohon disayangi ramai

Keluarga bahagia Siti & Datuk K bersama Auddra anak angkat mereka.
Auddra adalah anak kpd pelakon Sharifah Shahira & Ijoy Azhari

BESAR atau kecil hadiah yang diterima sempena hari lahir bukanlah ukuran untuk menilai kasih sayang. Apa yang penting adalah ingatan orang tersayang terhadap diri kita.

Bagi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, kesungguhan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Muhamad Jiwa atau Datuk K mengatur majlis sambutan hari lahirnya yang ke-32 Isnin lalu, merupakan satu hadiah yang paling istimewa.

Siti yang anggun dengan gaun hijau lumut rekaan Wanpa berkata, beliau tidak terlibat dalam pengurusan majlis yang berlangsung dalam suasana gilang gemilang di Hotel J.W. Marriot, Kuala Lumpur itu.

Majlis sambutan hari lahir Siti itu dilihat seperti festival kerana ramai artis ternama dari kalangan penyanyi, pelakon, produser dan penggiat seni hadir memeriahkannya.

Antara yang hadir, Fizo Omar, Fahrin Ahmad, Habsah Hassan, Rubiah Suparman, Ziela Jalil, Ezlynn, Shahir, Shahira, Lisa Surihani, Diana dan Linda Rafar.

Ini kerana majlis sambutan hari lahir Siti diraikan serentak dengan pelancaran Wajah-Wajah SimplySiti, iaitu produk kecantikan jenamanya.

Secara jujur Siti akui, beliau tidak menduga sambutan hari lahirnya meriah sebegitu hasil sentuhan kerja suami dan kaki tangan Siti Nurhaliza Production (SNP).

"Datuk K adalah tulang belakang dalam pembikinan semua acara ini. Masa dulu mana pernah Siti sambut hari lahir sebegini meriah.

"Acara ini sungguh istimewa sekali. Siti bersyukur ke hadrat Illahi kerana pada usia ini masih dihargai dan harap untuk usia seterusnya, terus disayangi ramai," katanya.

Kata Siti, perjalanan seninya masih jauh dan banyak yang perlu diterokai dan berharap kerjayanya yang bermula sebagai juara Bintang HMI 1995 akan lebih cerah di masa depan.

Sempena anjakan usianya itu, Siti berharap kehidupan masa depannya sebagai isteri, wanita, anak dan ibu akan menjadi lebih baik.

"Banyak sangat harapan yang Siti inginkan tapi dari segi kehidupan, Siti mahu perbaiki kelemahan diri agar boleh terus maju ke hadapan baik kerjaya ataupun bidang perniagaan," katanya.

Setiap kali penyanyi asal Kuala Lipis, Kuantan, Pahang, itu menyambut hari lahir setelah bergelar isteri Datuk K pada 2006, ramai yang tertunggu-tunggu hadiah apa yang bakal diperoleh.

Maklumlah, tahun lalu, Siti menerima sebuah beg tangan berjenama Louis Vuitton (LV) yang berharga RM40,000 yang menjadi idaman ramai wanita.

Lain-lain hadiah sempena hari lahir yang Siti terima daripada Datuk K adalah seutas jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 yang ditempah khas dan sebuah kereta Mercedes berwarna hitam.

Bagaimanpun tahun ini Siti hanya mahukan sebuah komputer riba Mac Book Pro jenama Apple yang harga di pasaran sekitar RM7,000.

Keinginannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh suami kerana pasangan itu belum berkesempatan untuk meninjau gajet berkenaan kerana kesibukan Siti.

Beliau yang dirai turut menghiburkan
penonton dengan lagu Mencintaimu yang dituju khas untuk suami tercinta.

Selain itu, Syed Sobrie dan isteri, Azie turut menghibur para penonton pada acara yang dikendalikan oleh Zizan Raja Lawak dan Fara Fauzana.



Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

9 Cupids ❤:

BuLat i2 CirCLE said...

eppy bufdy Dato Hajjah Siti Nurhaliza..

ciK mOt ©™ said...

untung jadi ct nurhalija ni...

Nancy Poh said...

wahh...mahallnya hadiah dia!! entah bila saya boleh dapat mcm tu..fuh..nak kawin dgn datuk juga la..ceh!!

StellaClaire-Richard said...

atukkoiiiiii..boleh beli satu rumah dia punya harga hadiah

❤ Baby Yats ❤ said...

@BuLat i2 CirCLE :D

@ciK mOt mmg untung cik mot..hehe

@Nancy Poh ba lekas cri datuk2 d ctu..keh3

@StellaClaire-Richard ya kan...klu kita beli rumah sudah tu kan..huhu
tp dia kaya ba stella..byk duit kan..hehe

Sumandak Kinabalu said...

Sudah rezeki dia :)
Kalau tiada Datuk K pun dia masih mampu bah beli tu semua...
Cuma ada sentimental value lah kalau orang yang kita sayang yang bagi :)

❤ Baby Yats ❤ said...

@Sumandak Kinabalu ya btul tu ba mandak...teda tu Datuk K pun dia mmg kaya raya sudah ni...hehe

Ellen said...

baru konon terbaca ni sis..hahhaa...best oh kalo jadi Datuk Siti ni kan...apa mo pun kena bagi..

❤ Baby Yats ❤ said...

@Ellen ok ba klu c ellen ja..hehe
ya ba urg sudah sedia cantik semua datuk2 pun berebut sama dia ni..hehe
last2 Datuk K jugak yg dapat..keh3

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails