!! Live.Love.Laugh !!

Tuesday, January 11, 2011

Home » , , » Siti Nurhaliza Mencari Wajah SimplySiti

Siti Nurhaliza Mencari Wajah SimplySiti



Menerima anugerah Produk Halal Terbaik 2010 menerusi ‘Halal Journal Awards’, jenama produk kecantikan yang berteraskan kepada nilai-nilai keaslian, selamat, mudah dan semulajadi, SimplySiti kini melangkah setapak lagi dalam memperkukuhkan jenamanya.

Bersempena dengan tahun baru 2011, produk SimplySiti telah melancarkan kempen ‘Wajah-wajah SimplySiti’ sebagai menghargai sokongan daripada pengguna-penggunanya. Majlis yang berlangsung di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur ini telah dilancarkan oleh presiden SimplySiti Sdn Bhd sendiri iaitu Dato’ Siti Nurhaliza.

“Siti berterima kasih dan bersyukur dengan sambutan yang diterima. Sehubungan dengan itu, SimplySiti berhasrat mengumpul seramai mungkin wajah-wajah pengguna SimplySiti dan meraikan mereka pada majlis kemuncak ‘Malam Gala Simply 1’.

“Majlis yang akan diadakan pada bulan April nanti adalah bersempena dengan sambutan ulangtahun pertama SimplySiti,”kata Siti ketika ditemui selepas majlis pelancaran kempen tersebut, semalam.

Menurut Siti lagi, wajah-wajah ini akan dipamerkan di showcase ‘Himpunan Wajah-Wajah SimplySiti’ selain berkemungkinan akan dipaparkan semasa promosi jenama ini di media cetak ataupun media elektronik.

“Pelbagai jenis aktiviti akan dijalankan sepanjang Januari hingga Mac ini sempena kempen yang dilancarkan antaranya berpeluang menyertai Bengkel Kecantikan SimplySiti, sesi bertemu peminat dan roadshow di pusat-pusat membeli-belah.

“Bukan itu saja, pengguna-pengguna SimplySiti juga berpeluang untuk mendapatkan tiket percuma ke ‘Malam Gala Simply 1’ yang akan diadakan pada bulan April nanti.”

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi wajah SimplySiti, caranya mudah saja. Anda hanya perlu membeli barangan SimplySiti bernilai RM80 ke atas dan memuat turut gambar anda di Facebook SimplySiti Sdn Bhd, emel gambar kepada info@simplysiti.com.my atau lawati cawangan-cawangan niaga dan roadshow SimplySiti di seluruh Malaysia.

Produk SimplySiti boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Watson’s, cawangan Jusco Alpha Angle, Taman Equine, Cheras Selatan dan Air Keroh Melaka, cawangan Carrefour Shah Alam, Puchong Utama, Bandar Tun Hussien Onn, Ampang, Subang, Alamanda dan Wangsa Maju.

Selain itu, produk ini juga terdapat di cawangan Tesco Seremban 2, Shah Alam, Kajang, Ampang, Mutiara Damansara, Klang, Mergong, Sungai Petani, Taiping, Sitiawan, Kota Bharu dan Kulim seta kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh negara.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk dan senarai rangkaian niaga sah yang menjual SimplySiti, sila layari laman web rasmi http://www.simplysiti.com.my/

SUMBER : GUA


Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

0 Cupids ❤:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails