!! Live.Love.Laugh !!

Monday, January 10, 2011

Home » » Tip Untuk Kulit Sihat #1

Tip Untuk Kulit Sihat #1

#01. Perkara paling asas untuk memastikan kesihatan dan kehalusan kulit ialah AIR.
Walaupun makanan yang diambil turut mengandungi air, dinasihatkan untuk meminum 
air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari untuk memastikan kulit sihat dan bersih.

#02. Makanan berserat juga membantu memperbaiki kompleksi kulit 
dan menjadikannya lebih cerah dan licin.

#03. Vitamin A sangat penting untuk perkembangan dan pemulihan tisu kulit.
Kekurangan Vitamin A akan menyebabkan maslah kekeringan, pengelupasan dan
kedutan. Untuk memastikan anda mendapat vitamin A yang mencukupi, lebihkan
pengambilan lobak merah, bayam, brokoli dan aprikot.

#04. Vitamin C pula diperlukan untuk penghasilan kolagen yang membantu mengekalkan
keanjalan kulit. Vitamin C banyak terkandung pada strawberi, buah-buahan sitrus, kobis,
tomato dan selada air.

#05. Vitamin E adalah vitamin antioksidan yang meneutralkan kesan radikal bebas.
Radikal bebas menyebabkan kulit lebih mudah diserang masalah penuaan. Demi membantu
meningkatkan pengambilan vitamin E, boleh mengamalkan pengambilan buah badam,
hazelnut dan gandum.

#06. Zink saling bekerjasama dengan vitamin E untuk menghasilkan kolagen dan elastin.
Zink membantu kulit lebih tegang, kuat dan lembut.

p/s: sesama kita amalkan..hehe (motivasi untuk diri sendiri)


Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

4 Cupids ❤:

yuyu aziz said...

wah belog ni seriously somell ! :)

❤ Baby Yats ❤ said...

@yuyu aziz tengkiu dear...:)

||aLeaSaRa|| said...

wah..bgs info ni..pakailah mekap tebal mana,brand ternama sekali pun yg penting jaga kulit wajah.nice info yq ye!

❤ Baby Yats ❤ said...

@||aLeaSaRa|| btul tu dear...kena jaga mkn sepatutnya...bukan nak tempel make up ja tu..hehe
urwelkam :D

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails