!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, January 19, 2011

Home » , » Vanidah cuma temankan anak saudara

Vanidah cuma temankan anak saudara

Vanidah ( kanan ) dan Rashidi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kelmarin
KUALA LUMPUR - Kehadiran pelakon Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, di Mahkamah Syariah di sini kelmarin sebenarnya tiada kaitan dengan rumah tangga mereka.

Pasangan pelakon itu sebaliknya hanya menemani anak saudara Rashidi yang ingin menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak.

Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Vanidah yang lebih mesra dengan panggilan Vee sama sekali tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi besar dan disalahertikan oleh banyak pihak.

"Kami ke mahkamah hanya untuk menemani anak saudara menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak dan saya tidak pernah terfikir akan jadi begini.

"Saya tahu bila kami berdua dilihat di sana, ramai yang akan risau termasuk peminat tetapi tidak ada apa yang berlaku antara kami berdua," katanya.

Menurut Vee, dia dan suami sudah banyak kali ke mahkamah itu untuk menemani saudara-mara atau rakan-rakan yang ingin menyelesaikan kes mereka.

Kelmarin, juara sulung program Sehati Berdansa itu mengejutkan pihak media apabila mereka dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tengah hari kelmarin.

Vee menjelaskan, dia dan suami tidak boleh memberikan kenyataan pada hari yang sama kerana sebaik sahaja selesai urusan di mahkamah, dia terpaksa bergegas untuk menghadiri satu mesyuarat sebelum disusuli dengan sesi fotografi pada sebelah petang.

Sumber : KOSMO

skrg ni dikalangan artis nda sudah heran klu pasal cerai berai ni
dah jd biasa sama durang
waktu kawen tu ngetop smpi berpuluh ribu duit abis
lepas dah kawen 2-3 bln cerai la durang...
kalau yg ada anak tu kesian kan...entah la
susah jua mo di komen2 ni


Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

7 Cupids ❤:

Just said...

hrp2 rmhtangga dorang ok.. syg oo klu cerai.. hmm..

StellaClaire-Richard said...

sya suka tgk vee dan rashidi..jgn la cerai hehe!

Hot Mama said...

@Just mmg syg..anak2 dah besar panjang..umur pun dah meningkat kan..hehe

@StellaCalaire-Richard aku pun suka tgk..durang sweet btul kan sama2...:)

~boy @ Mr. K~ said...

aku suka career vanida sebagai pengacara tv3 skg ni...sesuai..

Hot Mama said...

@~boy @ Mr. K~ mmg ngam btul ngan gaya2 dia kan...seswai sgt..hehe

beaty said...

Durang pasangan ideal bh kan jangan la da apa2 bah

Hot Mama said...

@beaty yup mmg pasangan ideal..nda pernah ada kontroversi pasal durang ni kan...hehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails