!! Live.Love.Laugh !!

Tuesday, February 1, 2011

Home » , , » 40,140 mangsa banjir di empat negeri berpindah | Johor, Melaka, Negeri Sembilan & Pahang

40,140 mangsa banjir di empat negeri berpindah | Johor, Melaka, Negeri Sembilan & Pahang

KUALA LUMPUR - Seramai 40,140 mangsa banjir dari empat buah negeri dipindahkan sejak kelmarin. Johor mempunyai mangsa banjir paling ramai dipindahan selain Melaka, Negeri embilan dan Pahang. 

Di Johor, seramai 39,304 mangsa membabitkan 8,879 keluarga dipindahkan ke 241 pusat penempatan banjir berikutan banjir besar yang melanda negeri itu semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri Johor memberitahu, daerah Segamat paling terjejas apabila 12,064 mangsa dipindahkan dan difahamkan, semua laluan masuk ke Segamat ditutup ekoran banjir melanda bandar tersebut. 

Di Kluang, katanya, seramai 11,273 mangsa dipindahkan dan 50 pusat pemindahan sementara dibuka termasuklah di Kluang Baru, Kampung Gajah, Seri Lalang, Paloh, Kahang, Layang-Layang dan Simpang Renggam.

"Di Johor Bahru, pemindahan mangsa membabitkan 7,557 orang daripada 1,959 keluarga dari Kampung Bentara, Kampung Oren, Kampung Kangkar Tebrau, Kampung Pasir dan Kampung Paya Kenangan. 

Sementara itu, di Jempol, Negeri Sembilan pula kira-kira 100 penduduk meninggalkan kediaman mereka selepas dinaiki air dalam kejadian banjir petang semalam. 

Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan Kemas Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Norzilah Basiran berkata, mangsa rata-rata dari Palong 1 selamat dipindah ke pusat pemindahan pada pukul 5 petang. 

Di Melaka, lebih 198 penduduk di beberapa kampung sekitar Asahan dan Nyalas di daerah Jasin di sini dipindahkan ke kawasan selamat selepas rumah mereka ditenggelami air sedalam hampir satu meter. 

Sehingga pukul 7 malam semalam, seramai 198 penduduk daripada 45 keluarga dari Kampung Relau, Kampung Sungai Dua dan Kampung Abby, Asahan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan Asahan. 

Di Kuantan, Pahang, seramai 538 orang mangsa banjir telah dipindahkan ke 13 pusat pemindahan sementara di empat daerah negeri ini ekoran hujan lebat dan banjir semalam. 

Daerah-daerah yang terjejas ialah Raub, Bentong, Maran dan Rompin. Dalam pada itu, enam perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) kawasan Timur dan Selatan dibatalkan ekoran banjir dan tanah runtuh di beberapa kawasan.

Sumber : Kosmo

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

5 Cupids ❤:

nelly said...

kesian dorang kan ? ?

Ujang9897 said...

teruk tol bancir..

syafiqsulaiman said...

thankx selalu gak lawat blog saya..
act, saya bru je lalu jalan banjir area melaka and negeri sembilan..
nasib banjir dah surut.. klo tak mesti kene patah balik..

Yanie J said...

area tempat yanie dah banjir (kluang) tp uma yanie xla cz kwsn tu slmt dr bnjir hihi...
abg ipa n akak no 3 nak balik CNY tpksa batalkan,huhu..

d_tieah said...

Malaysia dgn isu banjir..
Mesir pulak rusuhan..
Mana tak pening kerajaan..
Tapi, percayalah kerajaan akan bantu rakyat..

Latest entry : Lagi Isu Krisis di Mesir dan Nasib Rakyat Malaysia

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails