!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, February 10, 2011

Home » , , , » Dunia bakal kekurangan gula

Dunia bakal kekurangan gula

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Krisis bekalan makanan terus berlarutan dengan isu terbaharu dunia dijangka mengalami kekurangan gula.

AmResearch dalam nota penyelidikannya berkata, kemelut itu berlaku apabila Australia yang merupakan pengeksport gula ketiga terbesar dunia akan mengurangkan bekalannya pada tahun ini selepas dilanda Taufan Yasi.

Brazil dan Thailand masing-masing merupakan pengeluar utama dan kedua gula di dunia.
Katanya, bencana alam itu akan menyebabkan Australia mengurangkan 50 peratus pengeluaran.

''Taufan itu melanda bahagian selatan Queensland, lokasi pengeluaran gula pada minggu lalu. Pusat pengeluaran gula besar-besaran milik Queensland Sugar Ltd. ini mengeluarkan 90 peratus eksport gula.

''Kumpulan Canegrowers mengunjurkan sehingga 50 peratus hasil gula telah musnah, iaitu 800,000 tan atau 30 peratus daripada eksport pada 2010,'' katanya dalam nota penyelidikan itu.

Firma penyelidikan itu menjangkakan bencana tersebut akan mengakibatkan kenaikan harga komoditi tersebut.

Katanya, kenaikan harga gula mentah baru-baru ini disebabkan oleh ketidakseimbangan permintaan dan penawaran - akibat keadaan cuaca dan permintaan tinggi bagi gula.

Gula mentah kini didagangkan pada harga AS$32.50 (RM98.80) setiap paun pada ICE Futures New York, naik 12 peratus sejak Oktober 2010.

Pada November tahun lalu, Organisasi Gula Antarabangsa (ISO) mengunjurkan lebihan gula dunia berkurangan daripada 2.7 juta tan kepada 1.3 juta tan, selepas kemarau di Brazil, banjir besar di Pakistan dan hujan di India.

Bagaimanapun, AmResearch berpendapat kenaikan harga gula dunia itu tidak memberi impak besar dalam industri minuman dan makanan di Malaysia kerana setiap pemain industri mempunyai pandangan berbeza mengenainya.

Kerajaan Malaysia pada tahun lalu telah mengurangkan pemberian subsidi gula sebanyak 11 peratus atau kenaikan sebanyak 20 sen sekilogram.

Di negara ini, harga gula ialah RM2.10 sekilogram, 70 hingga 80 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.

Sumber : Utusan Malaysia

krisis kekurangan gula nda pandai habis-habis la kan...baru ja nak stabil sikit...ada lg krisis datang balik..
Jadi nak kena stok gula la dari skarang ni kan..huhu...tak jugak banyak guna gula selalu tapi masih nak simpan stok mana la tahu kan...


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

7 Cupids ❤:

StellaClaire-Richard said...

pengusaha kek, minuman dan biskut susah la kalau mcm tu. Kalau mcm sya d rumah teda pakai gula. Minuman pun milo kusung ja hahaha...:P

ciKmOt said...

kalau macam ni, kene beli gula wat stok ni...hai mama...naper tah bila nak komen kat sini jadi stuck...mengang tul...rini baru bleh...

Ellen said...

Nasib baik sa nda pandai minum benda2 bergula ni sis...hehe

aibaks said...

bagus gak klu dunia kurang gula.. kurang la penyakit kencing manis nti.. hehe

lovely.me said...

hmmm...banyak sangat gula dapat penyakit...huhu....kene kurang kan la penggunaan gula kn?...hehe...

Nancy Poh said...

Ba..kita tanam la tebu banyak2..kan manis juga tu..bila gula kurang, nah! macam2 lagi barang lain naik harga..adoiii!! pokai..harga gatah naik, tapi harga barang pun naik..this is life ba kan..

Penangkap Rabit Terbaik

mzhany said...

ishhh bahaya gak kan. maka kena simpan stock la dari sekarang nih....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails