!! Live.Love.Laugh !!

Monday, February 21, 2011

Home » , , » Gempar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) | Calon pilihan raya didakwa hilang

Gempar Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) | Calon pilihan raya didakwa hilang

KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin.

MASTURA didakwa hilang secara tiba-tiba selepas berkempen kelmarin.
Sebelum hilang pukul 5 petang kelmarin, calon tersebut, Mastura Abu Bakar, 22, yang mewakili Pro-Mahasiswa (Pro-M) dipercayai keluar berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai yang banyak didiami pelajar UM.

Namun Mastura didakwa tiba-tiba hilang oleh rakan-rakannya selepas menamatkan aktiviti berkempen pada hari tersebut.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul berkata, sebelum hilang, Mastura dan rakan-rakannya berkumpul di antara blok D dan E di sebuah pangsapuri Taman Pantai Permai.

“Mangsa kemudian pergi membeli kad tambah nilai telefon di sebuah kedai tidak jauh dari situ sebelum meminta rakan-rakan menunggunya di blok E.

“Bagaimanapun, setelah lama menunggu, Mastura tidak muncul, malah dia juga gagal dihubungi,” kata Mohd. Taufiq kepada Kosmo! di sini semalam.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

2 Cupids ❤:

StellaClaire-Richard said...

bahaya ni.. ada org hilang lg.. kena kidnap ka?..

mykhalis said...

semoga selamat ditemui..harap bukan kerana khianat politik

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails