!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, February 17, 2011

Home » , , » Hanya sedikit salah faham, remaja parah selepas terkena tembakan

Hanya sedikit salah faham, remaja parah selepas terkena tembakan

REMAJA yang cedera ditembak selepas menyerang anggota UPP dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di Kota Bharu, semalam.
 
TUMPAT: Seorang remaja berusia 19 tahun parah, manakala seorang anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) cedera dalam pergelutan di perkarangan Hospital Tumpat (HT), di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, remaja terbabit bersama beberapa lelaki yang menaiki lima kereta dikatakan menyerang empat anggota UPP berikutan salah faham.

Tiga anggota UPP berjaya meloloskan diri, manakala seorang lagi yang diserang menggunakan cota terpaksa melepaskan dua das tempat mengenai dada dan perut remaja terbabit.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata anggota berusia 29 tahun itu terpaksa melepaskan tembakan untuk menyelamatkan diri.

“Sebelum kejadian anggota UPP berkenaan menemui seorang lelaki yang disyaki penyeludup dalam berkeadaan lemah dengan mulut berbuih dalam kereta Perodua Kancil, pada jam 7.45 pagi di Kampung Tin, di sini.

“Lelaki terbabit, Said Mat Hassan, 56, kemudian disahkan meninggal dunia sebaik saja tiba di HT selepas dihantar oleh empat anggota UPP berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Abdul Rahim berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan anggota UPP terbabit untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Kita menjalankan siasatan mengikut Seksyen 37 Akta Senjata Api dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, kakak mangsa yang terkena tembakan meminta siasatan rapi dibuat pihak berkuasa berhubung dengan kejadian itu.

“Saya kecewa kejadian itu boleh berlaku dalam kawasan hospital, saya berharap ia disiasat sewajarnya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II. 

Sumber : Berita Harian


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

5 Cupids ❤:

saya_arief said...

macam2 hal sekarang ni.

bun_nee said...

pelik2 laa

Del Glamiva said...

Eeee seram. Oh and one funny thing. Remaja berumur 29 tahun? Rasanya mid-life sudah tu if you ask me. xD

Hot Mama said...

@bun_nee :)

@saya_arief mmg betul tu

Hot Mama said...

@Del Glamiva mmg seram pun..btw tu remaja 19 tahun yg 29 tahun tu anggota UPP...ko salah tengok & baca kali tu..hehe ;p

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails