!! Live.Love.Laugh !!

Monday, February 21, 2011

Home » , , » Iron Maiden Tetap Nombor 1

Iron Maiden Tetap Nombor 1



SALAH satu daripada tiga gerai yang menjual barangan cenderahati Iron Maiden termasuklah kemeja-T di luar Stadium Tertutup Singapura.


TIDAK keterlaluan jika para peminat meletakkan Iron Maiden sebagai kumpulan nombor satu di persada muzik heavy metal dunia selepas 36 tahun mereka ditubuhkan di England.

Ini kerana, sepanjang lebih tiga dekad bergelumang dengan irama muzik bingit dan menghasilkan 25 album termasuklah album kompilasi, Iron Maiden tetap utuh sehingga ke hari ini.

Keunggulan mereka bukan setakat mampu bertahan lama dan menghasilkan banyak album tetapi juga keaktifan kumpulan enam anggota itu mengadakan konsert di seluruh dunia.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1975, Iron Maiden telah mengadakan ribuan konsert bergerak di seluruh dunia terutamanya setiap kali mereka muncul dengan album terbaru.

Vokalis kumpulan itu, Bruce Dickinson menyifatkan lagu-lagu mereka melangkaui sempadan bangsa dan agama di mana ia relevan sepanjang zaman.

“Kami telah mengadakan konsert di seluruh dunia dan para peminat kami terdiri dari pelbagai bangsa dan agama termasuklah juga dari negara-negara Islam.

“Iron Maiden pernah mengadakan konsert di Arab Saudi dan ia diterima di sana. Ini menunjukkan muzik kami bersifat sejagat,” katanya pada konsert mereka di Singapura baru-baru ini.

Namun, sepanjang ditubuhkan kumpulan yang baru muncul dengan album terbaru berjudul The Final Frontier itu belum pernah mengadakan konsert di Asia Tenggara.

Singapura boleh dikatakan bertuah kerana menjadi negara destinasi pertama Iron Maiden di rantau ini untuk mengadakan Konsert The Final Frontier World Tour 2011 di Stadium Tertutup Singapura.

Konsert anjuran LAMC Productions itu yang mengenakan tiket berharga daripada S$98 dolar (RM225) sehingga S$158 dolar (RM363) mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Kuasa Iron Maiden bermula di luar stadium lagi yang mana seawal pukul 4 petang lagi, peminat berpusu-pusu membanjiri stadium kerana mahu membeli barangan rasmi Iron Maiden terutama lapan corak kemeja-T ikon genre heavy metal.

Terdapat tiga gerai menjual kemeja-T kumpulan itu yang dijual dengan harga S$50 dolar (RM115) setiap sehelai dan ia habis dijual sebelum berlangsungnya konsert tersebut.

Stadium itu juga sentiasa bergema dengan suara Dickinson: “Jeritan untuk saya Singapura,” laungnya saat berada di atas pentas berskala besar.

Ruang stadium itu sesak dengan 12,000 peminat Iron Maiden yang bukan sahaja terdiri daripada warga tempatan malah ramai juga yang datang dari Malaysia, Thailand, India dan Indonesia.

Tepat pukul 9 malam, stadium bergema dengan jeritan para peminat sebaik sahaja enam anggota kumpulan itu muncul di pentas selepas intro berjudul Satellite 15 dan lagu The Final Frontier bergema.

Persembahan diteruskan menerusi lagu popular, El Dorado yang dipetik daripada album terbaru mereka itu dengan aksi yang sungguh bertenaga.

Gaya Dickinson yang memakai kemeja-T tertera tulisan Psych Ward yang sesekali melompat tinggi di atas pentas menambahkan lagi semangat para penonton yang bagaikan diserang histeria memberi sorakan dan pekikan sebagai tanda terhibur dengan persembahan Iron Maiden.

Suasana bertambah hangat apabila Iron Maiden menyampaikan salah satu lagu yang pernah popular pada tahun 1980-an berjudul 2 Minutes To Midnight kerana lagu itu mengimbau nostalgia mereka sebagai artis berkumpulan heavy metal.

Pemain bass yang juga salah seorang anggota asalIron Maiden, Steve Harris mencuri perhatian dengan aksinya yang menghalakan bucu gitarnya ke arah para penonton.

Itulah trade mark Harris sejak mula menganggotai kumpuan tersebut.

Seakan-akan memahami kehendak para peminat yang tentunya mendambakan lagu-lagu lama mereka mengalunkan lapan lagu lama antaranya berjudul The Trooper, Iron Maiden, Wickerman, Hallowed By Thy 
Name dan Number of the Beast.

Namun sebagai tanda pengenalan yang mereka telah tampil dengan album terbaru, Iron Maiden mempersembahkan lima lagu daripada album The Final Frontier antaranya termasuklah Coming Home, When The Wild Wind Blows dan The Talisman.

Iron Maiden yang menyampaikan 17 buah lagu ternyata tidak mengecewakan para peminat mereka dengan kualiti bunyi yang bagus dan set pentasberskala besar.

Persembahan hebat mereka didokong oleh latar pentas yang berubah-ubah setiap kali lagu daripada album yang berbeza-beza di sampaikan.

Sewaktu The Talisman dilantunkan, pentas dilatari dengan gambar kulit album terbaru mereka yang tertera maskot kumpulan itu iaitu wajah Eddie versi makhluk asing.

Kelaziman dalam konsert Iron Maiden, maskot gergasi Eddie akan muncul di pentas dengan aksi tersendiri.

Konsert pada malam itu diakhiri dengan lagu berjudul Running Free yang menyaksikan para penonton turut sama menyanyikannya dengan Dickinson.

Ternyata penjelajahan Konsert The Final Frontier World Tour 2011 itu tidak terhenti di Singapura sebaliknya diteruskan ke Jakarta pada 17 Februari dan Bali 20 Februari.

Selepas itu Iron Maiden yang turut dianggotai oleh Steve Harris (bass), Dave Murray (gitar), Adrian Smith (gitar), Janick Gers (gitar) dan Nicko McBrain itu turut diadakan di lebih 20 negara.

Antara negara yang akan dilawati sempena konsert bergerak itu ialah Mexico, Denmark, Jepun, Australia, Argentina, Jerman, Belanda, Perancis dan Rusia.

Perjalanan Iron Maiden penuh bergaya dengan pesawat Boeing 757 Ed Force One dengan dipandu sendiri oleh Dickinson sehingga hujung tahun ini.

Sumber : Utusan Malaysia
note : Iron Maiden favourite band my hubby....kesian dia tak dapat pergi tengok disebabkan komitmen kerja yang sangat sibuk..tapi dia tetap minta kirim cenderahati iaitu T-Shirt dari kawan2 yang pergi ke Singapura tu..Kalau dah minat memang macam tu kan..hehe


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

4 Cupids ❤:

Puanbee said...

bee singgah selamat pagiiiiii....

beaty said...

wahh...ur hubi minat ni ka pla

AngahSayang2314 said...

angah tak kenal la...

Mawar Merah said...

Xminat heavy metal or lagu rock.. Dlu je minat- Wings, awie, Saleem, Aerosmith, Hoobastank, Jet segala. Tp dh berthn xlyn lagu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails