!! Live.Love.Laugh !!

Tuesday, February 22, 2011

Home » , , » Kasanova perdaya 5 wanita & seorang lelaki berjaya mengaut RM60,000

Kasanova perdaya 5 wanita & seorang lelaki berjaya mengaut RM60,000

KUALA LUMPUR - Bermodalkan rupa paras menarik dan ayat-ayat yang meruntun jiwa, seorang lelaki berjaya mengaut RM60,000 daripada lima wanita dan seorang lelaki lain sejak Julai tahun lepas sehingga awal tahun ini.

Kesemua mangsa yang membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA di sini mendakwa berkenalan dengan lelaki yang dikenali Ken Isaac itu menerusi laman sosial sebelum menjalin perhubungan dan persahabatan.

Ketua Biro Datuk Michael Chong ketika mendedahkan taktik lelaki itu kepada pemberita, di sini berkata, secara umum lelaki tersebut akan menagih bantuan kewangan daripada mangsa selepas tiga bulan menjalin perhubungan.

Selain itu kasanova ini yang mendakwa bekerja dalam industri pengiklanan dan mempunyai perniagaan sendiri turut menuntut hubungan seks daripada mangsa wanita, katanya.

Chong berkata, kasanova itu menggunakan modus operandi serupa ke atas semua mangsa dan akan menghilangkan diri selepas memperolehi sejumlah wang. - Bernama

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

5 Cupids ❤:

Puanbee said...

singgah sini mama yg hot

m!ss $@BR!D@H said...

gulp..... kasanova mmg bhaya.. smga di jauhkan.. aminn..

s.y.a.r.q said...

Dah bagi rupa yang hensem,tapi salah guna kan.adesss

Dhia Delisha said...

uiks.mcm2 ada.hati2 lah kaum wanita yg lain ;)

Ellen said...

bahayanya lelaki kasanova ni..minta dijauhkan..miahahaha

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails