!! Live.Love.Laugh !!

Saturday, February 19, 2011

Home » , , , » Kenaikan harga barangan dan petrol satu fenomena global

Kenaikan harga barangan dan petrol satu fenomena global

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenaikan harga barangan dan petrol merupakan satu fenomena global di mana tiada satu negara pun terlepas daripada kesan kenaikan itu.

Malah kata Perdana Menteri, ada setengah negara seperti Iran, harga minyak naik sampai mencecah 200 peratus manakala di China harga gandum turut meningkat.

Katanya, kebanyakan kenaikan berlaku pada bulan Oktober tahun lepas dan berlanjutan sehingga sekarang.

Najib berkata, dalam pertemuannya dengan Menteri Perdagangan dan Industri India, Anand Sharma semalam, menteri berkenaan memberitahu bahawa negara itu turut menghadapi tekanan harga makanan yang sudah melambung.

"(Jadi) saya nak beritahu ini (kenaikan) bukan kerana (kerajaan) BN... ini merupakan fenomena global... jadi tak boleh kita persalahkan (kerajaan)," katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai kenaikan harga barangan dan petrol yang semakin meningkat.

Terdahulu Najib mengadakan perjumpaan dengan Tuai Rumah Panjang dari Bahagian Belaga, Sarawak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Ketika ditanya sama ada kenaikan harga barangan dan petrol ini merupakan satu isu, Perdana Menteri berkata: "Bukan... bukan satu isu dan tidak sepatutnya menjadi satu isu."

Menurut beliau, seperti krisis ekonomi dunia, kenaikan harga komoditi itu juga merupakan fenomena global.

"Sebenarnya kita (kerajaan) punya subsidi bagi makanan dan semua barangan lain juga meningkat kepada RM14 bilion tahun ini kerana kenaikan harga barangan, dan jika bukan kerana adanya program subsidi ini, harganya adalah lebih tinggi," katanya.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

0 Cupids ❤:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails