!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, February 17, 2011

Home » , , , » Kerajaan Sabah membatalkan cadangan membina loji arang batu jana elektrik

Kerajaan Sabah membatalkan cadangan membina loji arang batu jana elektrik

Kerajaan negeri terima bantahan babit kelestarian alam

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah membatalkan cadangan membina loji arang batu yang mampu menjana 300 Megawatt (MW) tenaga elektrik bernilai kira-kira RM1.3 bilion oleh Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Felda Sahabat dekat Lahad Datu yang tertangguh sejak tiga tahun lalu.

Sebaliknya, kerajaan negeri akan membenarkan TNB menggunakan gas atau gas cecair asli (LNG) sebagai sumber tenaga alternatif bagi meningkatkan keperluan tenaga negeri ini.

Mengumumkannya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet negeri di sini, semalam, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana prihatin terhadap keadaan di Sabah. Kerajaan negeri menerima banyak bantahan, terutama daripada pertubuhan bukan kerajaan berhubung projek itu,” katanya.

Musa berkata, Najib juga meminta TNB, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Petronas membincangkan kaedah terbaik untuk menjamin kelangsungan pembekalan tenaga elektrik di negeri ini.

“Perdana Menteri memahami bahawa sementara kita perlu meningkatkan keupayaan bekalan tenaga di negeri ini, ia tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Projek itu pada mulanya dicadangkan dibina di Teluk Darvel, Lahad Datu, tetapi ditolak kerajaan negeri atas alasan ia dibimbangi menjejaskan alam sekitar dan kesihatan masyarakat sekitarnya.

TNB kemudian mencadangkan satu kawasan di Sandakan, tetapi sekali lagi ditolak kerajaan negeri.

Najib kemudian mengumumkan projek itu akan dibina di Felda Sahabat, pada akhir 2009 bagi membantu menyediakan keperluan bekalan tenaga negeri, sekali gus menjamin pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Jabatan Alam Sekitar menolak laporan kajian alam sekitar (EIA) berhubung cadangan projek itu yang disediakan TNB berikutan ada beberapa aspek tidak jelas.

Sehubungan itu, TNB diminta menyediakan satu lagi laporan berkenaan tetapi setakat ini, ia belum disiapkan.

Sementara itu, Musa berkata, kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan 

Dalam Negeri (ISA), Datu Mohd Akjan Ali Muhammad mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, minggu lalu.

Sehubungan itu, Musa meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. 

Sumber : Berita Harian


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

2 Cupids ❤:

Dhia Delisha said...

memang patut pun tarik balik keputusan nak buat loji arang batu kat sana. teknologi nak dapatkan kuasa letrik dah berlambak, yg "eco friendly" lagi banyak.

Ellen said...

ellen setuju ngan ni..hehe

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails