!! Live.Love.Laugh !!

Tuesday, February 22, 2011

Home » , , » Kesihatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs masih jadi tanda tanya

Kesihatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs masih jadi tanda tanya

LAMAN web berita, The National Inquirer menyiarkan imej Steve Jobs keluar dari sebuah kafe di Palo Alto, California dua minggu lalu.
PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Keadaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs yang kurus dan cekung semasa beliau keluar bersama isterinya di negeri California mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penganalisis kewangan mengenai tahap kesihatannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pada minggu lalu, laman web berita, The National Inquirer menyiarkan beberapa gambar yang dirakamkan pada 8 Februari lalu menunjukkan Jobs di luar sebuah kafe di sini bersama isterinya, Lauren.

Beliau kelihatan kurus dan cekung ketika itu. CEO Apple itu sebelum ini disahkan menghidap penyakit barah pankreas dan beliau masih menjalani rawatan dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini The National Enquirer melaporkan, keadaan kesihatan Jobs, 55, semakin serius.

Namun, Jobs kelihatan segar semasa dia menghadiri satu majlis makan malam kalangan usahawan teknologi AS bersama Presiden Barack Obama di utara California pada Khamis lalu sekali gus menepis dakwaan tersebut.

Turut hadir pada majlis perjumpaan itu termasuk CEO Facebook, Mark Zuckerberg, CEO Google, Eric Schmidt dan CEO Twitter, Dick Costolo.

Syarikat Apple merupakan pengeluar gajet popular di dunia seperti telefon pintar iPhone dan komputer tablet, iPad dengan lebih sejuta gajet itu dijual di seluruh dunia pada tahun lalu. - Agensi 

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

3 Cupids ❤:

Azura "Banyak Cakap" said...

Anduk bah, mudah2an dia cepat sembuh, cian pula :)

Faizal Syukri @ Peja said...

kaya, tapi berpenyakit... apa blh buat... kekayaan xleh nak beli kesihatan yg baik.

AngahSayang2314 said...

betul ke?? entah la..bab kematian kita tak bole ramal...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails