!! Live.Love.Laugh !!

Sunday, February 20, 2011

Home » , » Kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA) terbakar

Kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA) terbakar



BEGINILAH keadaan kuarters PGA yang hangus dalam kebakaran di Pengkalan Chepa semalam.



KOTA BHARU – Empat daripada enam blok kuarters Pasukan Gerakan Am (PGA), Batalion 8 di Pengkalan Chepa dekat sini hangus dijilat api dalam kebakaran awal pagi semalam menyebabkan 16 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, seramai 89 mangsa dikatakan sedang nyenyak tidur dan kebakaran menyebabkan 24 buah rumah papan ranap.

Walaupun tiada kemalangan jiwa, dua mangsa yang merupakan sepasang suami isteri melecur di tangan, belakang badan dan muka.

Kebakaran tersebut yang disifatkan terbesar melibatkan kuarters PGA itu diburukkan lagi dengan masalah bekalan air apabila paip bomba di situ tidak mempunyai air.

Ia diakui sendiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Annurrul Hakim Mohny.

Katanya, 41 anggota dengan enam jentera bertungkus-lumus mengawal kebakaran daripada merebak menggunakan air dari sumber terbuka termasuk sebuah tangki air yang dibawa daripada Pangkalan Kubor.

Sumber : Kosmo



Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

2 Cupids ❤:

mykhalis said...

harap mangsa dapat bersabar dengan ujian yang Allah berikan. Semoga ada rahmat di sebaliknye.bukan senang menghadapi dugaan harta hilang sekelip mata

Puanbee said...

hurm nasib tk de yg mati..

jom join bee tag yat hehee
http://www.puanbee.com/2011/02/contest-anak-ayah-serasi-bersama.html

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails