!! Live.Love.Laugh !!

Saturday, February 19, 2011

Home » , , , » Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) dan senarai penuh pemenang

Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) dan senarai penuh pemenang


Malam Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA2010) membuka tirai dengan menyaksikan sebanyak 31 anugerah dipertandingkan. Bertemakan Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia, ASA2010 telah berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur malam tadi.

Mula diperkenalkan pada tahun 1972, anugerah yang memberi pengiktirafan kepada industri penyiaran ini telah dihoskan oleh penyampai radio Sinar FM, Krill, penyampai berita TV9, Zuhairah serta pengacara RTM, Stephen.

Apa yang menariknya, anugerah ini buat julung kalinya telah dianjurkan oleh tiga peneraju utama stesen penyiaran negara iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM), Media Prima Berhad dan ASTRO, dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) selaku peneraju induk.

Penonton dihiburkan dengan persembahan dari Izwan Pilus, Fatin, Rei dan Erni menerusi lagu pembukaan berjudul "Kita Satu", Adira dan Suki ("Ilusi" dan "Siapa Ku"), persembahan tarian Colors of 1Malaysia oleh Wakaka Crew, Diana Idola Kecil dan Ning Baizura ("Curiga"), Presley dan Jamal Abdillah ("Dari Sudut Kamar Hati"), Wani dan Jaclyn Victor ("Gemilang"), Jamal Abdillah ("Secupak Dua Cupak") dan persembahan penutup oleh Jaclyn Victor, Ning Baizura dan Shila Amzah dengan lagu "Di Mana Di Mana".

ASA2010 diadakan selama dua hari berturut-turut iaitu pada 18 Februari (rakaman) dan 19 Februari (siaran langsung). Siaran langsung boleh diikuti serentak menerusi TV2 (RTM), TV9 (Media Prima Berhad) dan Astro Prima (ASTRO) pada jam 8.30 malam. Manakala rakaman malam tadi akan disiarkan pada 19 Februari pada jam 4 petang di TV2.

Berikut senarai penuh pemenang ASA2010 yang berlangsung pada malam tadi:

1. Anugerah Kapsul Radio Terbaik: Kempen Kebersihan/Pelancongan Dan Keselamatan (Negeri FM)

2. Anugerah Pengimbang Muzik Radio Terbaik: Ahmad Zaini Ahmad Norbi - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)

3. Anugerah Rekaan Set TV Terbaik: Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM-TV2)

4. Anugerah Promo / Montaj / Teaser TV Terbaik: Astro Arena Channel I.D (Astro Arena)

5. Anugerah Audio Rancangan TV Terbaik: Songkok (RTM-TV1)

6. Anugerah Buletin Berita Radio Terbaik: Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

7. Anugerah Liputan Berita Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)

8. Anugerah Pengulas Radio Terbaik: Nur Jamalina Jamali (Laporan F1 2010-Hot FM)

9. Anugerah Suntingan Rancangan TV Terbaik: Anuar Ahmad - Songkok (RTM-TV1)

10. Anugerah Jurukamera TV Terbaik: Dosa Semalam - Media Space Distribution Sdn Bhd (RTM-TV2)

11. Anugerah Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)

12. Anugerah Pengimbangan Muzik TV Terbaik: Anugerah Juara Lagu 24 (TV3)

13. Anugerah Kapsul TV Terbaik: Puan Zauyah Yusoff - Kapsul Ramadan (Muzik Aktif)

14. Anugerah Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik: Menggapai Harapan (RTM-TV1)

15. Anugerah Hiburan Radio Terbaik: Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)

16. Anugerah Bicarawara Radio Terbaik: Syezliza Basri - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)

17. Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik: A. Wahid Bin Nasir - Tasik (Klasik Nasional)

18. Anugerah Bicarawara TV Terbaik: Khadijah Abdul Gaffoor - Isu Khas Gaza (RTM-TV1)

19. Anugerah Animasi Tempatan TV Terbaik: Abus Episod 5 (RTM-TV1)

20. Anugerah Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik: Tom Tom Bak Musim 4 - Episod 1 (Astro Ceria)

21. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik: Hanis Kamal - Denai Berbisik (Astro Prima)

22. Anugerah Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik: Fadhilah Mansor - Sebelum Akhirat (TV3)

23. Anugerah Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik: Eyra Hazali - Anak-Anak Lorong (Astro Prima)

24. Anugerah Majalah Radio Terbaik: Feminin - Suara Malaysia (RTM)

25. Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik: Roslinda Binti Abdul Majid - Suria Cinta (Suria FM)

26. Anugerah Drama Radio Terbaik: Tasik - Zuraidah Mohd Noh (Klasik Nasional)

27. Anugerah Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik: Datuk Ahmad Tarmimi Siregar - Pencarian Nyonya Cantik (Klasik Nasional)

28. Anugerah Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik: Elliza Abdul Razak - Sayang Masih Belum Terlambat (Klasik Nasional)

29. Anugerah Liputan Berita TV Terbaik: Ashwad Ismail - Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro Awani)

30. Anugerah Laporan Khas Berita TV Terbaik: Isu Golongan Gelandangan di Kuala Lumpur - Aminhayat Abd Rahim (TV9)

31. Anugerah Wartawan TV Terbaik: Hanim Muhili – Eksklusif 1 “Abuya” (RTM – TV1)
Sumber : Gua
note : tahniah pada semua pemenang

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

0 Cupids ❤:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails