!! Live.Love.Laugh !!

Friday, February 25, 2011

Home » , , , » Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu

Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu


KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.

Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4. 

"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne. 

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

5 Cupids ❤:

LehaMY said...

Alhamdulillah ~ Semoga perkahwinan Daphne bahagia ~ :D

Ellen said...

Hehe...ellen dah buat entry mengenai ni kelmarin..hehe

Eryati said...

baru tau Daphne org sabah..masa ASA

Just said...

tekejut jg sy ni... masing2 pnya jodoh laa..

zubir othman said...

Alhamdulillah hidayah itu milikNya andai Dia telah plih seseorang itu untuk mendapat hidayah maka tiada apa pun yang dapat menghalangnya

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails