!! Live.Love.Laugh !!

Tuesday, February 8, 2011

Home » , , » Penoreh raih RM8,000 sebulan

Penoreh raih RM8,000 sebulan

WAN ALIAS menoreh getah yang  kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.

Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Sumber : Kosmo

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

8 Cupids ❤:

ciKmOt said...

ingat pencen sok nak jadi penoreh jugak la...hahaha...

pagi mama

StellaClaire said...

mau cari pokok getah la ni..tp d mana ya.........hehe!

beaty said...

best kalo ada getah skg kan...

beaty said...

best kalo ada getah skg kan...

beaty said...

best kalo ada getah skg kan...

nuriz said...

pakcik kayo pakcik kayo

Zaidah said...

dengarnyer harga getah susah nak turun lagik...so memang berbaloi2...

LehaMY said...

uikss. kalu ada pokok getah tu kat sini . memang pi menoreh la~ hehehehe :D

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails