!! Live.Love.Laugh !!

Friday, February 11, 2011

Home » , » Petua Dapur #3

Petua Dapur #3

Jemput-jemput lembut dan enak

Bagi mendapatkan jemput-jemput lembut dan tahan lebih lama, ikuti petua ini. Campurkan semua bahan-bahan untuk membuat jemput-jemput di dalam satu bekas. Ketika hendak menguli tepung, tuangkan air panas ke dalam tepung tadi. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian goreng seperti biasa.

Kuah kacang lebih lazat

Kebiasaannya kuah kacang dimasak tanpa perencah seperti ayam dan udang kering. Untuk masakan lebih sedap, masukkan ayam dipotong kecil atau sedikit udang kering ke dalam kuah kacang yang dimasak. Kemudian, tambahkan satu kiub ayam di dalamnya. Kuah kacang akan terasa lebih lazat daripada biasa.

Hampas kelapa bersihkan kerak dodol

Selepas memasak dodol, kawah selalunya akan berkerak. Bagi membersihkannya taburkan hampas kelapa di seluruh bahagian kawah. Kemudian gosok dengan menggunakan tangan. Insya-Allah kerak dodol akan keluar dengan mudah.

Hilangkan hanyir ikan air tawar

Bau ikan tawar selalunya kurang menyenangkan. Bagi menghilangkan bau hanyir tersebut, caranya mudah. Ambil sebiji buah lemon dan diperah jusnya. Gaul ikan bersama jus lemon selama lima minit. Kemudian basuh. Bukan sahaja bau hanyir akan hilang, malah hasilnya akan sedap.


Sumber : Mingguan Wanita


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

4 Cupids ❤:

Ellen said...

wah..petua yang baik dan boleh di try..hehe

puanbee said...

best petua cam nih ! bee tak pandai lg buat kuah kacang tu tk lepas2..

SALAM MINTA TOLONG LIKE GAMBAR UNA DI FB KALAU SUDI THAKNS

AngahSayang2314 said...

wah bagus nie pertua2 hot mama nie..thankssss

StellaClaire-Richard said...

Nice info yats :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails