!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, February 16, 2011

Home » , , , , , , » Remy mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan akibat kena tendang

Remy mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan akibat kena tendang

Selepas insiden dibelasah sekumpulan lelaki pada hujung tahun 2009, pelakon terkenal, Remy Ishak sekali lagi terlibat dalam satu insiden pergaduhan sehingga mendatangkan kecederaan pada dirinya.

Pelakon drama ‘Nur Kasih’ ini mengalami kecederaan di bahagian tulung rusuk kanan setelah ditendang dalam kejadian yang berlaku di sebuah rumah di Kuala Lumpur, kira-kira dua minggu lalu. Ekoran dari insiden tersebut, pelakon drama siri ‘Arjuna’ ini kini mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu dalam dunia seni lakonan.

“Saya mengalami kecederaan di tulang rusuk kanan ketika menjayakan satu babak pergaduhan dalam filem terbaru saya berjudul ‘Barajiwa’. Ketika melakukan babak itu, saya telah ditendang sehingga menyebabkan tulung rusuk saya lebam.

“Selepas ditendang, saya tak boleh bangun dan telah dibawa ke klinik untuk menjalani ujian x-ray. Ia cedera kecil saja, tapi sebab ia melibatkan bahagian dalam, jadi agak merisaukan juga. Nasib baiklah insiden ini berlaku pada hari terakhir penggambaran,” kata Remy ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama pelakon filem 'Cun!' baru-baru ini.

“Apa yang berlaku bagi saya ada hikmah. Setidak-tidaknya saya dapat berehat dengan lebih lama. Saya letih sangat sebab sudah dua tahun saya bekerja tanpa henti. Jadi, sekarang saya ambil peluang ini untuk berehat.

“Selepas dua minggu berehat di rumah, hari ini barulah saya keluar untuk menghadiri majlis ini,” ujar Remy yang kelihatan agak kurus berbanding sebelum ini.

“Bila saya terlibat dengan filem ‘Barajiwa’, saya kena selalu pergi gim. Saya juga banyak terlibat dengan babak pergaduhan dan saya akui saya sangat letih kerana perlu banyak beraksi.”

Menurut Remy, selepas berehat, dia akan kembali sibuk dengan penggambaran drama ‘Tahajud Cinta’ arahan Erma Fatima dan filem muzikal terbitan KRU berjudul, ‘29 Februari’. Selain itu, Remy juga sedang menunggu dua filem lakonannya ditayangkan di pawagam iaitu ‘Nur Kasih The Movie’ dan 'Cun!'.

“Filem Nur Kasih dijangka ditayangkan pada bulan Mei nanti manakala 'Cun!' akan ditayangkan pada 31 Mac ini,” ujar Remy yang memegang watak sebagai Atan dalam filem terbitan Nuansa Sdn Bhd dan Tayangan Unggul ini.

“Atan merupakan seorang yang sangat kelam-kabut. Sejujurnya saya sendiri tidak sangka akan terlibat dengan produksi ini memandangkan sebelum ini saya sibuk dengan teater ‘Natrah’. Namun, alhamdulillah, nampaknya rezeki berpihak kepada saya juga,” kata  Remy yang bergandingan dengan Maya Karin dalam filem ini.

“Kami mula menjalani penggambaran pada hujung tahun 2009. Bagi Remy, tiada masalah untuk bergandingan dengan Maya kerana sebelum ini pun, kami pernah digandingkan bersama dalam ‘Natrah’.

“Selain itu, watak Atan juga menuntut Remy untuk bertutur dalam loghat Kedah. Setakat ini memang tidak ada masalah kerana Remy pernah duduk di Kedah selama 9 tahun. Cuma apa yang paling mencabar, Remy kena berlakon untuk watak komedi romantik.

“Ini percubaan kali pertama Remy dalam memegang watak seperti ini. Remy perlu berusaha keras untuk membuat orang ketawa. Terus-terang Remy kata, Remy takut juga nak tengok reaksi dan penerimaan orang terhadap watak Remy ini. Remy harap, mereka dapat menerima sepenuhnya karakter yang Remy bawa dalam filem ini.”

Sumber : Gua


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

2 Cupids ❤:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

oh ye ke??
wahh, parah jugak tu ...
apapun, wish him get better day by day:)
dulu2 org kata nur kasih sempat hot sebab remy n tiq kan? bot of them so suit each other in acting:)

cikmOt said...

ishh...kut ye pung berlakon...badan tu kena jaga juga bang remy oiit....

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails