!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, February 23, 2011

Home » , » Sultan Sulu ke-33 | Polis ambil kenyataan 18 orang

Sultan Sulu ke-33 | Polis ambil kenyataan 18 orang

KOTA KINABALU - Polis setakat ini telah mengambil kenyataan daripada 18 orang bagi membantu siasatan kes rakyat Malaysia Datu Mohd. Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dari Filipina baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kenyataan itu diambil daripada individu dan saksi yang dirasakan boleh membantu siasatan kes itu termasuk anggota keluarga Mohd. Akjan sendiri.

"Saya telah diberi taklimat oleh pihak polis Kontinjen Sabah mengenai perkara ini dan 18 orang ini dari sekitar Kota Kinabalu... setakat ini belum ada lagi orang yang ditahan,” katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Perhubungan Dua Hala JSJ Malaysia-Singapura di sini, hari ini.

Mohd. Akjan dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Sultan Sulu ke-33’ dalam satu upacara tertutup di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 12 Februari lepas.

Ditanya sama ada polis juga akan menyoal siasat pihak dari Sulu, Mohd. Bakri berkata: “Kita akan lihat dari sudut siasatan, kalau ada keperluan kita akan ambil tindakan, tetapi setakat ini belum ada.” katanya sambil menambah polis belum lagi memanggil Mohd. Akjan untuk merakamkan kenyataannya kerana polis sedang membuat penyiasatan mendalam mengenai perkara tersebut. - Bernama

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

0 Cupids ❤:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails