!! Live.Love.Laugh !!

Saturday, March 19, 2011

Home » , , » Janda beranak satu warga Singapura ke tali gantung

Janda beranak satu warga Singapura ke tali gantung

SHAH ALAM 18 Mac - Seorang janda beranak satu warga Singapura dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar 372.4 gram dadah campuran heroin dan morfin, dua tahun lalu.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Noor Atiqah M. Lasim, 27, seorang pembantu di sebuah firma guaman dekat sini selepas tertuduh didapati gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Dalam penghakimannya, Hakim Noor Azian berpendapat bahawa wanita terbabit mempunyai pengetahuan dan kawalan ke atas dadah tersebut.

''Tertuduh dalam pembelaannya menyatakan dadah di dalam beg itu bukan miliknya dan dia hanya membawa bagi pihak orang lain tanpa mengetahui isi kandungan beg itu.

''Pembelaan itu tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai oleh mahkamah kerana seseorang tidak akan membawa beg milik orang lain tanpa sebab,'' kata beliau.

Noor Atiqah didakwa mengedar 342.1 gram heroin dan 30.3 gram morfin di mesin pengimbas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini pada pukul 6 pagi, 5 Januari 2009.

Sumber : Utusan Malaysia


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

1 Cupids ❤:

afifah. said...

;) suka entry ini ! sapa suruh edar dadah ..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails