!! Live.Love.Laugh !!

Monday, March 14, 2011

Home » , , , » Jepun semakin bahaya

Jepun semakin bahaya

KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan. 

Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun. 

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.

ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi ketika melakukan kerja-kerja menyelamat di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam. 

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

8 Cupids ❤:

phee ungu said...

sgt sedih ap y jadi . org d labuan pun takut2 juga haritu . alhamdulillah , semua baik2 saje .

Ellen said...

Rasanya loji tu dah meletop lah tadi sis..huhu..takut kan..

diera_syadiera said...

nsb baik lah kt m'sia nih x de gunung berapi @ bencana alam yang dasyat kan..takut diera tgk keadaan tsunami tu..

Haw said...

bencana d jepun bakal mempengaruhi negara2 sekitar dgn ancaman pencemaran nuklier

~ PIJA ~ said...

moge segalanya selamat laa....amin

beaty said...

bikin takut ni hot mama ow

Mohamadazhan hjDesa said...

salam

kesian diorg, terbaru nuklear pula yang meletup...

CIK GADIS said...

kesian dkt dorg..hope drg bnyk sabar..mnx ngra kita dijauhkn dri bencana cmtuh..amin!

LATEST :
ANDAI DIRI DIJEMPUT ILLAHI

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails