!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, March 23, 2011

Home » , » Kemudahan rawatan perubatan percuma

Kemudahan rawatan perubatan percuma

PESARA kerajaan yang memilih skim KWSP layak mendapat skim perubatan percuma. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

Ganjaran itu diberikan berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga negara mulai pulih daripada masalah ekonomi.

Keputusan kerajaan itu berkuat kuasa mulai tarikh diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) Ke-12 di sini semalam.

"Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa," kata Perdana Menteri.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

2 Cupids ❤:

Haw said...

horreyyy!.. eh! kita pekerja swasta lah.. dpt vss je!

kakchik@ella said...

Ala .. kita 'private'. tak layak la nmpaknya. hihi ..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails