!! Live.Love.Laugh !!

Friday, March 18, 2011

Home » , , , , » Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif yang terjejas di Jepun

Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif yang terjejas di Jepun

DR. MAXIMUS ONGKILI memberi penjelasan berhubung kesan radiasi Jepun semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di Dengkil semalam.

DENGKIL - Kerajaan memberi jaminan Malaysia bebas daripada kesan pelepasan radioaktif ekoran loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang terjejas di Jepun. 

Jaminan itu disuarakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sebagai menjawab segala kebimbangan rakyat di negara ini.

"Orang ramai tidak perlu bimbang dan jangan mempercayai khabar angin atau SMS yang disebarkan mengenai perkara ini," katanya semasa melawat Pusat Bertindak Kecemasan Radiologi Kebangsaan di sini semalam.

Beliau berkata,berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar itu bergerak ke arah timur negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.

"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.

 Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

1 Cupids ❤:

Ila said...

lega rasanya kan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails