!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, March 24, 2011

Home » , » Mangsa banjir di Kerian bertambah lagi

Mangsa banjir di Kerian bertambah lagi

IPOH - Mangsa banjir di Kerian bertambah seramai 19 orang lagi setakat pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan 359 orang berbanding 340 orang petang semalam.

Mereka adalah dari Kampung Alor Setangguk seramai 168 orang, Batu 37/38 Jalan Keretapi (48), Kampung Parit Haji Abu Hasan Ban (46), Kampung Parit Abu Hasan (31), Batu 40 Bukit Merah (44), Parit Mat Keling (4), Kampung Perlis (2), Kampung Tebuk Pancur (8) dan Kampung Parit Ayer Hitam (8).

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Fauzi Mat Nayan berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan seperti di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan dewan-dewan orang ramai di Alor Pongsu, Batu 38 Parit Abu Hasan dan Batu 40 Bukit Merah.

Kampung-kampung terbabit dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter ekoran pelepasan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak empat hari lalu, katanya.

Beliau berkata jalan raya di Batu 38 Alor Pongsu-Selama turut ditutup kepada kenderaan ringan. - Bernama

Sumber : Kosmo

note : kat tempat aku sekarang pun hari2 dah hujan la


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

3 Cupids ❤:

mykhalis said...

tempat khalis tak hujan lagik

hottest entry di blog khalis :
Pasar cari isteri yang wujud

videi rakaman yang tersebar

sekamar rindu said...

salam...

moga para ibu bapa sentiasa mengwasi anak2 dalam masa banjir ini..

Ct Aja said...

skrg ni tak mnntu kan... kjap ujan kejap panas...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails