!! Live.Love.Laugh !!

Friday, March 11, 2011

Home » , , » Peniaga di Pulau Pinang naikkan harga barang

Peniaga di Pulau Pinang naikkan harga barang

KENAIKAN harga barangan keperluan seperti sayur-sayuran turut menyumbang kepada peningkatan harga makanan di negara ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Harga pelbagai makanan di negara ini didapati mulai melonjak secara mendadak sejak bulan lalu akibat kenaikan harga pelbagai barangan keperluan di pasaran.

Ketika ini, antara barangan keperluan yang naik di pasaran ialah bawang besar, bawang putih, kacang dal, rempah, ayam, daging, daging kambing, ikan, udang, sayur-sayuran, tepung beras, telur, susu pekat manis, biji kopi dan serbuk teh.

Hasil kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga barangan import dan peningkatan harga gas serta bahan api sejak kebelakangan ini.
Kesan kenaikan itu menyebabkan harga makanan turut mengalami kenaikan.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, kenaikan harga makanan itu disedari hasil kajian pegawainya di restoran dan pemilik gerai makanan di sekitar Pulau Pinang baru-baru ini.

“Bayangkan, satu hidangan sayuran yang dijual pada harga 60 sen enam bulan lepas kini dijual pada harga 80 sen hingga RM1.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

2 Cupids ❤:

AngahSayang2314 said...

naik harga lg tapi kat sini memang macam tue sayur 1 cekak pun dah 1.30

✿ etiey erywan ✿ said...

hmmm peniaga ni memang...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails