!! Live.Love.Laugh !!

Monday, March 21, 2011

Home » , » Peraduan Sembang Santai semakin hangat

Peraduan Sembang Santai semakin hangat

TAJUL ARIFFIN (kiri) dan kartunis Kumpulan Utusan, Noorkamaro Mohd. Noor menunjukkan kepala akhbar Kosmo! dan borang penyertaan yang diterima di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Peraduan Sembang Santai anjuran bersama Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) dan akhbar Kosmo! yang menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 semakin hangat.

Sejak dilancarkan pada 4 Mac lalu, sebanyak 300 penyertaan sudah diterima pihak urusetia pertandingan dan kebanyakan penyertaan daripada golongan wanita dan remaja.

Eksekutif Pengurusan Jenama Kosmo!, Tajul Ariffin Arsad berkata, ramai peserta menampilkan penyertaan yang kreatif dan unik sekali gus menepati kriteria penting untuk membolehkan mereka memenangi peraduan tersebut.

"Ramai peserta telah menepati syarat-syarat yang ditetapkan melalui penyertaan yang kreatif dan unik. Ia sekali gus menjadikan peraduan ini semakin sengit," katanya kepada Kosmo! semalam.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

0 Cupids ❤:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails