!! Live.Love.Laugh !!

Saturday, March 19, 2011

Home » , , » Perodua bakal lancar model baru kompak mampu milik Julai ini

Perodua bakal lancar model baru kompak mampu milik Julai ini

BESUT - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka melancarkan model baru kereta kompak yang menampilkan reka bentuk terkini, lebih bergaya dan sporty pada Julai atau September tahun ini.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model baru itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris di pasaran sedia ada seperti MyVi, Alza dan ViVa.

"Bagi model baru ini, kita juga mengambil kira komen pelanggan terhadap model yang diperkenalkan sebelum ini.

"Sebab itu, setiap kali Perodua memperkenalkan model baru, tentunya ia lebih baik daripada yang lama, umpamanya dari segi reka bentuk, enjin dan penjimatan minyak," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai model baru itu mahu pun mengesahkannya ketika ditanya kemungkinan model baru itu membabitkan kereta sedan kompak dengan kapasiti enjin 1.5 liter.

"Apa yang saya boleh kata, model baru ini merupakan kereta kompak yang mampu milik dan berpatutan, sesuai untuk semua golongan masyarakat khususnya golongan muda," katanya.

Pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan sebanyak 195,000 unit pada tahun ini sebaik sahaja model baru itu memasuki pasaran. - Bernama

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

5 Cupids ❤:

LyNn'Azlina said...

keter aper plak erk nk kuar tu...kita tunggu

Lina said...

nda mo la bli perodua punya kluaran..kualiti kurang, wlupun mura..scary..klu ko tingu kreta viva tuh, ko buka penutup pintu nya tuh, senipis tin milo tuh la, besi pintunya..duit ja dorg mo, safety org dorg nda pikir..

Ct Aja said...

wah... lg bsar ke lg kecik kretanye, tak sbr nk tggu ni...heeeeee

Dayana AZ said...

tak sabarnye! klu cute boleh la dayana beli ganti swift yang terlebih mahal tuu haha, tunggu la keje dulu bru dpt swift.

CIK TOM said...

kete camane tue..xleh imagine la..heheh

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails