!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, March 24, 2011

Home » , , » Saya masih normal - Adira

Saya masih normal - Adira


Selepas dituduh bersekedudukan dengan teman lelaki, timbul pula gosip yang mengatakan Adira menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengkid. Sejauh mana kebenaran perkara ini, hanya tuan empunya badan sahaja yang boleh memberi komen.

Peluang bertemu dengan penyanyi kecil molek ini di sesi rakaman Muzik-Muzik memberi peluang kepada GUA untuk bertanyakan kebenaran gosip panas itu. Jelas Adira, dia dan individu yang dimaksudkan sebenarnya tidak mempunyai hubungan istimewa. Sebaliknya, mereka hanya berkawan baik.

“Sebenarnya antara saya dan dia memang kenal, kami memang berkawan. Saya tidak memilih status seseorang itu untuk dijadikan kawan. Jika ada keserasian, saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya rasa industri kita ini terlalu kecil untuk kita memilih kawan, bekerja dan sebagainya,” tutur Adira berterus terang.

Tika ditebak soalan sama ada dia bimbang atau tidak gosip itu akan berterusan, gadis kelahiran Ranau, Sabah ini mengelengkan kepala lantas mengakui yang dia tidak boleh boleh memuaskan hati semua pihak.

“Orang boleh berkata apa sahaja mengenai saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua pihak. Saya sudah cuba berikan kerjasama dan menjelaskan keadaan yang sebenar.Terpulang kepada peminat di luar sana untuk menilai. Syukurlah keluarga saya memahami dan mereka sentiasa memberi sokongan. Ingin saya tegaskan di sini, saya masih normal dan tidak akan menjalinkan hubungan cinta sesama jantina,” luah Adira lagi.
Bercerita tentang perancangan masa hadapannya, Adira memaklumkan bahawa dia sebenarnya dalam perancangan untuk menyambung pembelajarannya dalam bidang perakaunan.

“Saya memang berhasrat hendak sambung belajar lagi. Ingat mahu ambil perakaunan sebab saya memang suka dengan kira-kira. Bagaimanapun, hasrat ini terpaksa ditangguhkan dahulu sebab saya percaya kos pengajiannya pasti mahal. Buat masa ini saya mahu mengumpul wang untuk membantu keluarga dahulu.

Lagipun saya masih terlalu dalam bidang ini. Masih banyak yang perlu saya lakukan, contohnya pihak pengurusan telah mengatur kelas bahasa untuk saya memperbaiki pertuturan di dalam Bahasa Melayu agar lebih sempurna,” cerita Adira yang pernah menyertai kumpulan nasyid di zaman persekolahannya.

Buat peminat Adira, jangan lupa mengundi single ‘Ilusi’ yang bakal dicalonkan dalam Muzik-Muzik 26 April nanti. Undian anda amat penting kerana ia membuka peluang untuk Adira melangkah ke peringkat seterusnya.


Sumber : Gua

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

1 Cupids ❤:

beaty said...

macam2 la ni owh..artis memang dilanda gossip kan

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails