!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, March 3, 2011

Home » , , » Sazzy Falak bakal menimang cahayamata kembar perempuan

Sazzy Falak bakal menimang cahayamata kembar perempuan


MENITI hari menunggu gelaran sebagai seorang ibu, Sazzy Falak yang kini sedang sarat mengandung berkemungkinan akan melahirkan sepasang bayi perempuan sekitar 24 April ini. 

Namun penampilan pemilik tubuh kecil molek itu masih lagi seksi seperti sebelum ini. Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 30, yang pernah menggondol gelaran wanita paling seksi sebanyak dua kali berturut-turut oleh majalah FHM dalam kategori ‘100 Most Sexiest Women In The World’ pada tahun 2005 dan 2006 tidak menjadikan kehamilannya sebagai alasan untuk tidak berfesyen. B

ercerita lebih lanjut mengenai kehamilannya Sazzy ketika ditemui di The Curve untuk mempromosi telefilem Dan Sebenarnya bersama Astro, berkata perut membesar kerana hamil bukanlah satu halangan untuk tampil cantik dan bergaya. 

Terangnya, kehamilan adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita. 

“Bagi saya pengalaman mengandungkan anak sulung kami ini bukanlah satu penghalang untuk saya berfesyen, asalkan saya selesa. 

Lagi pula bila mengandung, badan cepat terasa berpeluh. Jadi pakaian yang bersesuaian perlu dipilih dengan baik,” kata isteri kepada ahli perniagaan dan pengacara yang juga menceburkan diri dalam dunia lakonan, Nazril Idrus, 37. 

Lumrah wanita mengandung yang akan mengalami perubahan kerana si ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa, kenyataan ini yang diakui oleh suaminya yang lebih mesra dipanggil Nash berkata wanita yang dinikahinya pada 8 November 2006 itu lebih manja berbanding sebelum ini. 

“Selalunya dia memang manja tapi ketika dia mengandung, karakter berubah menjadi lebih manja dan kadang-kadang suka merajuk,” jelas Nash yang sudah pun berbincang dengan Sazzy mengenai nama bakal bayi mereka. 

Tidak mahu memilih nama yang terlalu panjang hingga merumitkan orang menyebut, pasangan romantik ini yang pernah dipilih sebagai Pasangan Selebriti Paling Diminati oleh majalah Eh! hasil undian pembacanya pada Julai tahun lalu, telah pun memilih nama yang ringkas dan mudah diingati untuk puteri-puteri mereka. “

Lagipun nama saya pendek, nama Nash pun pendek, jadi kami bersetuju nama yang pendek juga untuk anak kami nanti,“ sepakat pasangan yang mendapat tempat kedua dalam rancangan tarian pasangan selebriti Sehati Berdansa.

SERI ibu hamil. Sazzy mengutip banyak tips menjadi seorang ibu daripada rakan-rakan baiknya seperti Dynaz dan Aishah Sinclair.
Cerita Selanjutnya di sini

sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

3 Cupids ❤:

cikmOt said...

hurmm...beh kan dia...tunggu lama nak ngandung...sekali ngandung Allah kasi 2 terus...alhamdulillah...

Ila said...

bestnyer dapat anak kembar

AiDa AzRyN said...

wah! anak kembar?bestnye.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails