!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, April 7, 2011

Home » , » Berhati-hati dengan telur ayam tiruan

Berhati-hati dengan telur ayam tiruan

SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

5 Cupids ❤:

cik ewun said...

huaaa macam2 la skng nihhh huishhh ~

Ila said...

bahaya ni..dah smpai kat malaysia ke telur dari china ni...huhuhuu

Just said...

ada pula telur ayam palsu kan! hishhh.. mcm2..

miss nadya said...

telur ayam pon boley wat tiruan??pelek2..nad dah mollow blog niey..shudi kan diri mollow blog nad alek yer..^_^

Arif said...

Dalam istilah sains, ini lah yang dinamakan Genetically Modified Food (GMF) atay Genetically Modified Organism (GMO).

Maknanya, dalam setiap hidupan yang dijadikan sebagai bahan makanan, contohnya ayam, hanya sel-sel ayam yang berkualiti saja yang akan diambil, dan sel-sel yang tidak berkualiti akan dinyahkan. Maka, wujudlah spesies 'ayam yang cepat membesar' dan mempunyai kualiti seperti banyak isi, tiada paruh, tiada bulu pelepah, dan cepat matang. Ayam (hidupan) seperti ini lazimnya digunakan untuk pasaran ayam-ayam dalam KFC, daging ayam karan/elektrik dan lain-lain.

Ada pelbagai lagi sebenarnya. Cuma kita perlu peka dengan keadaan persekitaran.

Wallahuallam.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails