!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, April 27, 2011

Home » , » Jualan model saga akan melepasi 80 000 buah

Jualan model saga akan melepasi 80 000 buah

KUALA LUMPUR 26 April - Proton Edar Sdn. Bhd., (Proton Edar), yakin jualan model Saga akan melepasi 80,000 buah bagi tahun kewangannya berakhir 31 Mac nanti.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, jumlah yang disasarkan itu melebihi apa yang berjaya dijual sepanjang tahun kewangan sebelumnya iaitu 78,000 buah.

Beliau berkata, model Saga masih menjadi pilihan dan taruhan Proton untuk mengekalkan jumlah jualan tertinggi sepanjang tahun kewangan ini.

"Saga masih menjadi pilihan pembeli dan kita yakin jumlah itu akan mencapai sasaran yang ditetapkan selain mengadakan pelbagai kempen kesedaran dan promosi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Persona, sememangnya lebih sempurna' serba baru di sini hari ini.

Kempen selama lima bulan itu akan mendekati rakyat Malaysia menerusi platform lain daripada yang lain untuk memupuk keyakinan kepada bakal pembeli.

Menurut Sidik, selain Saga model Persona turut menjadi pilihan orang ramai dan antara model terlaris ketika ini.

Beliau berkata, jualan Persona kini mencecah 3,800 buah sebulan dan kadang-kadang ia boleh mencecah 4,000 buah sebulan.

"Jualan Persona kadang-kadang boleh meningkat naik mendadak, sebagai contoh sebelum musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina," katanya.

Sidik berkata, Persona bukan sahaja menawarkan harga kompetitif dan berkualiti tetapi memberi keyakinan dari segi pemanduan serta menepati gaya hidup masa kini.

Manakala jualan Inspira pula lebih 1,000 buah sebulan.

sumber : utusan malaysia


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

2 Cupids ❤:

Cinoi said...

Bagus beli MYVI pink!@ hehehe

POSH76 said...

blogwalking

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails