!! Live.Love.Laugh !!

Tuesday, May 17, 2011

Home » , , » Kolej Yayasan Sabah (KYS) anjur pameran kerjaya di Sembulan

Kolej Yayasan Sabah (KYS) anjur pameran kerjaya di Sembulan

KOTA KINABALU – Kolej Yayasan Sabah (KYS) dengan kerjasama JobsMalaysia Centre akan menganjurkan pameran kerjaya KYS di City Campus KYS, Sembulan pada Khamis ini. 

Ketua Eksekutif KYS, Dr Dayang Aminah Ali berkata, pameran kerjaya itu bertujuan membolehkan golongan yang masih mencari pekerjaan untuk mendapatkan maklumat penting tentang peluang kerja yang ditawarkan oleh syarikat, agensi dan firma yang akan menyertai pameran tersebut. 

Katanya aktiviti ini merupakan usaha Kolej Yayasan Sabah (KYS) yang julung kali diadakan dengan bantuan JobsMalaysia Centre di bawah Jabatan Tenaga Kerja, Sabah.

"Ia terbuka kepada semua pelajar IPTS/IPTA yang bakal menamatkan pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi termasuk daripada pusat-pusat latihan di Kota Kinabalu serta kepada orang awam yang berminat,” katanya di sini hari ini.

Empat belas organisasi majikan dari Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah akan menyertai pameran kerjaya tersebut yang akan bermula dari 9 pagi hingga 4 petang. - Bernama

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

1 Cupids ❤:

mizzCloudy said...

askom... hai cantik blog ^_^

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails