!! Live.Love.Laugh !!

Monday, May 9, 2011

Home » , , » VICTORIA BECKHAM teruja pilih merah jambu

VICTORIA BECKHAM teruja pilih merah jambu



VICTORIA BECKHAM sangat teruja untuk menyambut kelahiran bayi keempatnya yang sudah diketahui sebagai bayi perempuan.

Ini kerana dia telah memiliki tiga cahaya mata lelaki iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz. Lantaran bakal menimang cahaya mata perempuan buat pertama kali, mantan personal Spice Girls ini telah berbelanja besar. 

Isteri kepada David Beckham itu dilaporkan telah membelanjakan sekitar RM44,500 untuk membeli kelengkapan bayi tersebut.

Wanita yang kini lebih dikenali sebagai pereka busana itu juga dilaporkan telah membeli semua peralatan berwarna merah jambu untuk menghiasi kamar bayinya di kediaman mereka di London.

Tidak hanya itu, pasangan ini juga telah mempersiapkan sebuah kamar bayi yang mewah di vila mereka di Perancis.

Malah menurut M&C, pasangan selebriti itu merancang untuk membina sebuah kediaman untuk mereka seisi keluarga apabila bayi tersebut selamat dilahirkan kelak. Ia akan menjadi rumah idaman buat mereka sekeluarga.

Khabarnya, untuk membina rumah impian tersebut, Victoria dan Beckham mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk merealisasikan impian mereka itu.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

4 Cupids ❤:

Just said...

excited gila ooo! ;p

CikHaniBhulat said...

kalo kat mlaysia blnja byk tu hebat la..itu baru lahir...kalo nak kawen sok..mahu berjuta lak..hehehe

Freaky said...

gile excited sampai belanja banyak tu. heheh

StellaClaire-Richard said...

wow belanja sakan oh........ gini la kalau celebriti..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails