!! Live.Love.Laugh !!

Monday, January 31, 2011

Penduduk Mesir kunci pintu

KUMPULAN anti-kerajaan Mesir bersolat di hadapan kereta kebal tentera ketika mengadakan bantahan di dataran Tahrir, Kaherah. 
Beribu-ribu banduan, tahanan melarikan diri selepas berlaku kebakaran di pusat tahanan.

KAHERAH: Penduduk ibu negara Mesir ini terpaksa mengunci rapi pintu rumah mereka dan menubuhkan pasukan kawalan kejiranan berikutan rusuhan dan keganasan semakin menjadi-jadi selepas keadaan kucar-kacir menyusul akibat tunjuk perasaan antikerajaan besar-besaran sejak enam hari lalu.  

Sementara itu, ribuan banduan dan tahanan melarikan diri dari empat penjara dan pusat tahanan selepas mencetuskan kebakaran dan bertempur dengan pengawal ketika ribuan penunjuk perasaan terus membanjiri jalan raya menuntut Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan. 

Seorang pegawai keselamatan itu berkata, tahanan berkenaan yang termasuk beberapa orang dari kumpulan pembangkang yang diharamkan, Ikhwanul Muslimin dan kumpulan Palestin, Hamas, dibantu oleh kumpulan bersenjata yang bertempur dengan pengawal penjara selama beberapa jam.

Pemimpin Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman terus mendesak Mubarak mengelak tindak balas ganas dan memperkenalkan pembaharuan yang dituntut penunjuk perasaan yang kebanyakannya adalah golongan muda.

Pasukan polis semalam mengurangkan kawalan di jalan raya, manakala anggota tentera semakin meningkatkan kawalan dengan mengerahkan kereta kebal dan perisai, terutama di depan bangunan kerajaan.

Beberapa penduduk melaporkan kumpulan remaja, sebahagiannya menunggang motosikal berleluasa di jalan raya dan bertindak merusuh ke dalam pasar raya, pusat beli belah dan kedai.
Beberapa daripada perusuh itu memasuki kawasan kediaman mewah di pinggir Kaherah dan menceroboh masuk rumah dan pangsa puri.

Dentuman tembakan juga kedengaran di pusat dan pinggir bandar.

Perusuh melarikan diri dengan set televisyen, barangan elektronik dan perabot dari pusat beli belah sepanjang sungai Nil.

Di Giza, sekumpulan remaja dilihat membawa lari berkotak-kotak arak, kerusi, sofa dan meja dari sebuah kasino.

Di pusat bandar, perusuh menceroboh masuk cawangan Arab International Bank dan beberapa kafe dan restoran termasuk McDonald's dan Hardees.

Bangunan ibu pejabat parti pemerintah dan pasar raya Carrefour di selatan bandaraya dibakar.

Rusuhan itu merebak walaupun pihak tentera mengenakan perintah berkurung dari 4 petang hingga 8 pagi.

Sementara itu, rangkaian televisyen antarabangsa Al-Jazeera berkata, pihak berkuasa Mesir mengarahnya menutup pejabatnya di Kaherah dan seluruh negara itu. – Agensi 

Sumber : Berita Harian
Note : Sama2 la kita berdoa semoga rakyat Malaysia yg ada di sana dlm keadaan yg selamat
insyaAllah...amin

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Place Your Free Ads From KakLong Aina

Pada sesiapa yang ada banner tu
Dah buat cantik2 kan..
tentu nak publish kat org

Senang ja nak yg berbayar pun ada
Nak yg free pun ada..
Klu rasa2 nak free tu 
tp mmg la nak free kan

Pi la blog KakLong Aina
Kat blog dia 
Ada buat ruangan letak
Banner secara percuma 
Tapi ada jugak syarat2nya tau

Kena:
- Jadi follower KakLong
- Buat entry/notes credit to KakLong.

Mudah ja kan..hehe
Ada 2 jenis banner bulih letak kat ctu:
yg ni size 180X60
yg ni pula 125X125
 Jadi Pilih2 mana berkenan..
Kalau berminat..
Just klik ruangan iklan yg kosong tu ja..
Ba apa tunggu lg
dah kena offer free kan
Terjah la blog KakLong Aina


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Pencarian Blog Paling Ringan, Ideal Dan Berat 2011

Header Hikayat Si Luncai

Dapat contest ni dr Ieda
Tengkiu sis

Untuk lihat syarat2 penyertaan
Klik kat sini
@ klik kat Header Hikayat Si Luncai
yg kat atas tu
Rasa2nya blog aku ni ringan..
kira ok la tu kan.. 
sbb berat bwh 100KB
tada
nak tag pada semua followers aku yg minat nak join
Tarikh tutup 31 Jan 2011 / 11:59 PM


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

JOM JOIN KAMI GENG PINK


cute kan banner dia :)

Nak join GENG PINK la..
Klu nak join sama klik kat SINI
untuk lihat syarat2nya

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

COMEBACK GA - lalalalalaaaaaa


Join GA lg..lalala

Syarat2nya: 

~ kena jd followers...

done

~ jwb 2 soklan mudah...

1) tarikh perkahwinan ku

 Actually nikah 23/12/2001 tp
dlm sijil kahwin tulis 
29/12/2003 sbb tu Ustaz kat 
kg lewat daftar..huhu

2) tarikh kelahiran putera sulung ku 

tiada putera just puteri ja..hehe
11/09/2003

~ then tepek link korg kt sini ek..

done

SIMPLE & EASY...

TILL 1ST FEB 2011

Klu nak join just klik SINI

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Keputusan Pilihanraya Kecil Dun Tenang | BN menang besar

MUHYIDDIN Yassin  mengangkat tangan Mohd.Azahar Ibrahim setelah diumumkan sebagai pemenang kerusi DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, malam tadi.-Utusan/ISHAK RAHMAT

LABIS 30 Jan. - Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.
Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.

Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.

Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.

"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.

Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.

Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.

Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.
Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.

Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.

"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.

"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Sunday, January 30, 2011

‘Spiderman’ terima padah

Beratur...sebahagian pendatang tanpa izin ditahan ketika serbuan awal pagi semalam

SUBANG JAYA: Tindakan berani seorang lelaki warga Indonesia melakukan aksi ‘spiderman’ dengan terjun dari kediamannya di tingkat tiga membawa padah apabila cedera parah di pinggang dan patah kaki.
Lelaki terbabit panik selepas Pangsapuri Seri Mutiara diserbu Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan kerjasama pegawai Imigresen dan anggota Rela, semalam.

Dia mulanya melawan anggota yang menahannya sebelum terjun semata-mata ingin melarikan diri.
Dalam operasi dijalankan pada jam 1 pagi, lelaki berkenaan tidak mempedulikan kecederaannya dan terus melarikan diri, namun berjaya ditangkap pihak berkuasa di bawah pangsapuri terbabit.

Sementara itu, satu unit di pangsapuri berkenaan terpaksa dipecahkan apabila penghuni enggan membuka pintu selepas diketuk berulang kali.

Selepas berjaya memasukinya, muncul seorang wanita berpura-pura seperti baru bangun daripada tidur dan mengaku dia tinggal berseorangan.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut menjumpai seorang wanita pendatang tanpa izin dari Indonesia bersembunyi di bawah tilam.

Yang Dipertua MPSJ, Datuk Adnan Ikhsan berkata, serbuan terbabit dilakukan selepas mendapat aduan orang ramai yang bimbang dengan kehadiran pendatang tanpa izin.

Beliau berkata, orang awam turut bekerjasama memberi maklumat berkaitan kediaman diduduki warga asing yang memudahkan pihaknya melakukan serbuan.

“Hasil serbuan ini kita memeriksa 112 warga asing dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, India dan Vietnam. Bagaimanapun kita hanya menahan 14 orang yang tidak mempunyai dokumen sah.

“Semua mereka yang ditahan akan diserahkan kepada Imigresen Selangor bagi tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas operasi berkenaan.

Adnan berkata, pihaknya memeriksa 50 unit kediaman yang disewa warga asing, bagaimanapun lima daripadanya tidak tepat.

“Lelaki yang cedera akibat terjun dari tingkat tiga dibawa ke Hospital Serdang bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sumber : myMetro

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tips Meningkatkan Trafik Blog Bersama M@t@Haw

Kelmarin tergerak hati nak pergi blog M@t@Haw ni..
Mmg slalu nampak banner dia kat blog kawan2..
Tapi ingatkan sekadar award biasa ja..

Skali masuk blog dia la..
Nampak kat sidebar dia ada Extra Traffic
Apa lagi pi klik la 
nak jugak tau kan..hehe


kat ctu ada diterangkan cara2nya..
dan dah ramai pun yg dpt trafik tinggi
antaranya abgteror, Azhan, Belalang, Zero,  
Ammboi, Daus, Pendekar Berkuda & ramai lg la
ni antaranya ja...
Semua pun kenal jugak ni kan...

Jadi aku tanpa buang masa 
request la kat M@t@Haw ni..
Tak lama gtu dia balas balik bg la award tu..
Dah simpan pun kelmarin kat sidebar..
nampak kat seblah tu kan..ngee

Jadi ari ni kunun2 cek la kat Traffic Sources
tada


-klik gambar untuk lebih jelas-

dah masukkan trafik M@t@Haw
Harap2 selepas ni 
trafik akan lebih bertambah lg...
Terima Kasih byk2 kat M@t@Haw

Jadi siapa2 yg nak trafik dr M@t@Haw ni
Klik kat SINI


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tips Mengelakkan Dari Penyakit Kanser

Tahukah Penyakit kanser boleh dihindari dengan mengambil pemakanan yang mengandungi unsur-unsur antioksidan. Masih ramai yang tidak tahu apakah makanan yang baik untuk mengelakkan dari penyakit-penyakit kanser. Berikut adalah beberapa tips untuk anda dan saya menyarankan agar anda mengambil pemakanan ini secara semulajadi.

1. Minumlah air rendaman teh ( hijau atau hitam tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan, ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakkan sel.

3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang mungkin boleh menolong melindungi daripada kanser payudara dan prostat.

4. Makan sayur brokoli, kobis dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan merangsang sel-sel kebal membunuh kanser, mengandungi vitamin C yang banyak.

7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah, kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluar enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

9. Dapatkan Omega-3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payudara , prostat dan pankreas.

10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payudara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.

11. Makan ekstrak buah manggis kerana biji dan kulit buah manggis mengandungi sebatian yang dipanggil Xanton iaitu bahan antioksida yang paling tinggi yang dapat menghalang anda dari mendapat penyakit kanser.

12. Makanlah lobak merah dengan kerap kerana ia mengandungi Beta-Karoten iaitu sejenis antioksida yang menghalang tubuh kita mendapat serangan kanser.
 
Sumber : Berita Harian / Tips Kecantikan

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Saturday, January 29, 2011

Polis nafi ada kes culik budak di Puchong

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS), semalam adalah palsu.
“PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diuar-uarkan. Terima kasih,” kata PDRM dalam laman sosialnya.

Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi semalam gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.
SMS yang diedarkan berbunyi, “PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.

“Suspek melarikan seorang bayi berusia setahun di dalam kereta ketika pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar. Sila sebarkan.”- Bernama

Sumber : myMetro

Mmg kelmarin ada nampak kat blog rakan2
menyebarkan berita ini..
Macamana individu yg terbabit tu sanggup
buat berita palsu mcm tu kan...
kang btul2 kena culik bru tau
padan ngan muka..haha
Tapi tabik spring la kat rakyat Malaysia...
Mmg cukup prihatin semuanya...
Syabas rakan blogger & FB..
2 Thumbs Up..

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Aku dapat BE baru lg dari Nuffnang hari ini

malu nak kasi nampak amaun tu...haha
Hari aku diceriakan lg dgn kedatangan BE baru ni
terima kasih bebyk la kat Nuffnang

Walaupun pendapatan tu ciput ja
tapi aku tetap bersyukur la

Pepatah org tu ada berkata
" Sikit-sikit lama2 jadi bukit"

Tapi jgn hanya berpeluk tubuh ja
Rezeki takkan bergolek dtg pun
Kalau tak berusaha kan..

Jd sesapa yg dtg melawat kat blog aku 
yg tak seberapa..
sudi2kan la klik $$$ yer
wah!! sempat request lg..miahaha

Love you Nuffnang..ngee


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Siti Nurhaliza dicadang jadi duta

Siti Nurhaliza bersama peminatnya memperagakan produk SimplySiti di Bandung semalam
BANDUNG - Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadangkala 'panas', diva dari Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Besar Budaya Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.

Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.

Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari yang dianjurkan oleh Iswami itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya.

Saiful Hadi yang juga Ketua Pengarang, Agensi Berita Indonesia (Antara) berkata, beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan berkesan untuk 'mendinginkan suasana' ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.

"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu payah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan suasana, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.

Sumber : KOSMO 

Suka dgn produk SimplySiti ni...
Setakat ni cuma guna 
makeup dia tp kali ni nak cuba 
produk penjagaan muka pula :)


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Friday, January 28, 2011

Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info


Wah!!! Contest di sana sini la...miahaha
Ada can la aku menang kali ni...;p
Trip tu ba nda sudah2...ehehe

Kali ni cuba nasib lg kat blog YIEDPOZI

Syarat2 peryertaan ada di SINI

Review

Yg best pasal Blog ni ialah mempunyai informasi,  
tutorial & tips untuk para blogger.
Selain itu ada segmen Jom Blogwalking 
lg di dalam blog ini yg bole menaikkan
trafik & memudahkan cara blogwalking..
Dan yang paling penting owner blog 
mesra alam & sempoi la...hehe

Tag pada geng karas aku : Azura

Contest Review Blog Yiedpozi [Dot] Info ini ditaja oleh 
Contest ni berlangsung daripada 10 Januari 2011 hingga 
31 Januari 2011. Jom lah ramai-ramai join.


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

1st GiveAway Ang Pow Chinese New Year


Buat contest lg..miahaha
tp nda pandai2 menang la
Macam biasa bila kena 
tag dr aku punya
geng karas contest...ngeh3
sapa lg klu bukan c AZURA

Syarat2 untuk Join contest ni..
Klik kat SINI

Jadi sempena dah buat GA ni..
Nak bg ucapan sekali la...
Kepada yg menyambut Tahun baru Cina tu
"Selamat Tahun Baru Cina" ya
Kalau aku mmg tak dpt angpau la jwbnya
tp wakil utk anak aku..bole kah? miahaha

Skrg KK ni dah sesak
Trafik jam di sana sini
Kalau nak ke pusat bandar
Kena awal2 jln lambat ckit
berkhemah la ko dlm kreta..haha
(sedia bw tapau sekali ya)


hadiah nya.. Angpows kepada 5 lucky winner!!..
(Angpow berisi k...)

Due Date : 10 Feb 2011
 

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Jom Blogwalking Bersama Yiedpozi


Cerita pasal BLOGWALKING semua blogger pun tertarik kan
semua nak trafik tinggi termasuk la aku..miahaha
Hari tu sibuk sana sini pasal auto blogwalking ni
Tapi malas aku nak komen panjang lebar
sbb aku pun masih baru dlm dunia blogging ni...

Jadi disebabkan skrg aku masih baru dan 
trafik pun setakat cukup2 makan
kata orang..jadi aku nak cuba masuk 
kira nak cuba nasib la..haha
Sebabnya sesapa yg dah masuk ni..
kira respon semua positif la..
Sapa2 nak cuba join bole klik kat SINI



Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

BEN ASHAARI BLOG


Kali nak cuba masuk Bloglist otai ni Ben Ashaari
sapa2 nak join klik kat sini

Syarat2nya : 

1. Letakkan header BEN ASHAARI BLOG 
Done

2. Tajuk : BEN ASHAARI BLOG dan linkkan ke entri ini .. 
Done

3. Sila nyatakan berapa kalikah anda update sehari 
dan jumlah entri anda sehingga kini .. 
Biasanya dlm 3x sehari ja & ada 150 entri setakat ni 

4. Kenapa anda berminat nak berada dalam 
blog list BEN ASHAARI ..
Nak lebih ramai kenalan & nak perkenalkan blog 
aku ni agar diterima oleh semua blogger2

5. Apakah perkara yang ingin anda lakukan sekiranya blog anda popular ?
Akan berkongsi ilmu & tips kepada semua cara2 
utk menjadi popular seperti aku...
(trip tu..miahaha)

Pesanan Bro Ben Ashaari :
Siap .. dan hantarkan ke ruangan entri ini.. 

PERINGATAN : Blog list baru ini pon akan 
dibubarkan selepas 3 bulan .. iaitu pada bulan 
penghujung bulan 4 .. Sekian ... Terima kasih .. 
Hanya 200 terawal akan dimasukkan dalam 
satu  blog list.. Sapa cepat dia masuk.. hehee..


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Antara salah satu hobiku..Majalah

Td pagi keluar la sekejap pi bayar bil segala
Hujung2 bln mcm ni biasa la 
Mmg slalu dapat surat2 cinta ni..ehehe

Hubby siap suruh kira belanjawan semua
Jd semlm kerjaya bertukar menjadi 
accountant..miahaha
siap buat itu ini kira masuk kluar...haha
akhirnya siap..
Terus bgtau hbby jumlah2nya
Hbby bg duit ngam2 utk byr bil
Ada lebih RM10 ja
Tu pun bikin belanja mkn..adissss

Pura2 tnya utk baby teda kah?
(nama manja aku dr hbby)
kata hbby..nanti la esok..
hmmmmmm..ni yg males ni..haha
Tp harap2 dpt la elaun lebih ckit bln ni..ahakss

Td menyempat jugak pi mkn bread cicah ngan kari ayam
bersama kopi O kat Big Bowl di Taipan Inanam
Lepas mkn...beli la reload utk diri sendiri, ibu & adik kat kg
(kira anak solehah la tu..amin)
Dah tu pi beli bread ngan roti utk Yoyo
(ala anak aku tu mmg lebih suka mkn bread dr nasi)

Jln2 lg kjap masuk kedai majalah
Hah! tmpt ni mmg aku pantang masuk
bukan apa..bila dah masuk
mmg kompom aku akan beli majalah 
paling2 pun 1..
Klu ngam mood baik beli smpi 4 tau...haha
(tak kisah sbb bole claim ngan hbby balik..hehe)
Mingguan Wanita utk Hot Mama, ERing utk Hbby, E-baca & Angelina Ballerina utk Yoyo
Dah siap semuanya..bertolak balik 
naik bas je..hehe
sbb blum ada lesen lg 
InsyaAllah akan dapat jugak nnti
mudah2an amin.....


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

'Saya dikerah seperti hamba'

Seorang anggota polis mengambil keterangan daripada kanak-kanak di Pusat Tahfiz, Lukut, Port Dickson semalam.
SHAH ALAM – Seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun.

Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.

“Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.

“Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan,” ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba.

Sumber : KOSMO

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Thursday, January 27, 2011

Nora Danish Mahu Kahwin Cepat


Setelah berita perpisahan Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli atau Jejai tersebar, ramai ingin tahu apa reaksi Nora Danish berhubung perkara ini. Maklumlah, Jejai secara terang-terangan membela Nora dengan mengatakan bekas isterinya itu tidak ada kena mengena dengan perpisahan itu. Kenyataan Jejai ini ternyata membuatkan Nora menarik nafas lega.

"Saya memang lega apabila Jejai akhirnya tampil membuat kenyataan yang saya bukan penyebab kepada perpisahan mereka. Saya harap kenyataan itu membuka mata semua orang di luar sana bahawa saya tidak ada kena-mengena dengan perpisahan itu. 

Saya pun tidak faham mengapa saya terus-terusan dipersalahkan, sedangkan saya tidak pernah mencampuri urusan peribadi Jejai selepas kami bercerai. Bahkan, saya juga tidak pernah sesekali menghasut bekas keluarga mentua untuk merosakkan hubungan mereka. 

Syukur akhirnya Jejai mahu bersihkan nama saya," ujar Nora yang ditemui di Malam Penghargaan Dan Penyampaian Bonus Metrowealth di Hotel One World malam tadi.

Menjawab tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dia gila talak, Nora memberitahu dia sebenarnya sangat terkejut apabila perkara itu sampai ke pengetahuan.

"Saya terkejut kerana ada yang sanggup melemparkan tuduhan itu terhadap saya. Ini kerana saya tidak pernah cakap yang saya masih menunggu atau mengharapkan Jejai akan kembali kepada saya. Mungkin orang salah faham. 

Saya baik dengan Jejai bukan kerana ingin bersatu kembali, tetapi hanya kerana dia adalah ayah kepada anak kami Putra Rayqal. Saya rasa, kami hanya boleh menjadi rakan dan ibu bapa yang baik kepada anak kami," jelas Nora berterus-terang.
 
Dalam masa yang sama, Nora juga juga diminta mengulas tentang lelaki yang dimaksudkan oleh Jejai yang kononnya sedang mendekati Nora ketika ini. Jelas heroin filem Cuti-Cuti Cinta ini, dia juga tidak sangka Jejai membuat pendedahan itu.
 
"Memang saya ada mengenali seseorang buat masa ini tetapi hubungan kami belum lagi sampai lagi ke tahap bercinta. Kami masih cuba mengenali hati-budi masing-masing. Seandainya ada jodoh di antara kami, saya akan beritahu nanti. Buat masa ini biarlah saya rahsiakan dahulu," ujar Nora sambil tersenyum.

Nora juga sempat berseloroh dengan mengatakan dirinya mungkin akan cepat berkahwin bagi menangkis serangan gosip yang sering terpalit padanya. Kata Nora, mungkin status janda yang dipegangnya sekarang ini membuatkan orang sering memandang serong.

Awal Januari lalu, Nora dan putera kesayangannya telah menghabiskan masa 20 hari bercuti di Jepun bersama Jejai dan bekas keluarga mentuanya di Tokyo dan Niseko, Jepun. Percutian yang dirancang oleh Jejai itu adalah yang pertama dilakukan bersama setelah mereka bercerai.
 
Percutian ini telah membuatkan Fasha Sandha berasa cemburu sehingga membawa diri ke Bali bersama beberapa rakannya. Semua ini terdedah apabila gambar-gambar seksi Fasha berbikini tersebar meluas di ruang siber. 

Bermula daripada itu timbul pula gosip yang mengatakan Fasha dan Jejai sebenarnya telah berpisah dan ia disebabkan oleh Nora Danish. Bagi menjelaskan situasi sebenar, Jejai tampil memberi pengakuan kepada sebuah akhbar tabloid baru-baru ini.

Sumber : GUA

Entri sebelum ini Apa Fasha Dan Jejai Berpisah


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Kenapa saya suka drama Korea?

Dapat ni dari si wasaber michelle

Kenapa saya suka drama Korea? 
mmg suka mau jwb kuiz ni...ehehe
thanks to si michelle ya...

1. Dari kecik sampai besar panjang ne, berapa sudah 
drama Korea yang kamu tengok?

uiiiinaaaa...nda terkira sudah ni..haha

2. Kalau kamu hebat, drama Korea biasanya ada berapa episod?

Rasa2nya dlm 20 ke bwh la..

3. Mana part yang paling kamu suka dalam d
rama Korea? Kenapa?

Part yg paling akhir la sbbnya dia slalu happy 
ending wlupun ada jugak cerita
yg endingnya sedih..

4. Mana part yang paling kamu nda suka? 
Kenapa?

Part yg heroin slalu ja kena buli...
mmg sakit hati btul la...
emo btul tau time tu...haha

5. Drama Korea yang paling kamu suka? 
(Berapa2 ja yang kamu sanggup)

* Full House *
* Stairyway To Heaven * 
* Sorry I Love You *
* Memories Of Bali *
* The Successful Story Of Bright Girl *
* Little Bride *
(ini ja yg diingat yg lain tu lupa sudah tajuknya..haha)

6. Kasi senarai 5 sebab kenapa kamu suka drama Korea?

~ cara dia bercakap kan mmg lucu...haha
~ kisah2 yg romantik la..ehehe
~ Pelakonnya cute2 & hensem2 yg boleh menawan hati ku..ahaksss
~ fesyen2 durang mmg up to date...mmg cantik...

7. Tag 5 org geng drama Korea yg kamu tahu...

ini kali nda mau tag ckit2...
mau tag pada semua followers 
aku yg mmg suka gila ngan drama Korea ni
dan pada mereka2 yg sudi dtg 
menjenguk blog aku ni...
sudi2 kan la ambik yer..jgn malu2


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Geng Piramid mencuri motorsikal di kawasan Perumahan Polis

Ahmad Johari menunjukkan rangka motorsikal yang ditemui semula di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam


MARAN - Penjenayah curi motosikal bergelar Geng Piramid yang aktif setahun lalu tumpas apabila mereka tersilap langkah mencuri motosikal di kawasan perumahan polis di Temerloh baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Supritendan Ahmad Johari Shahabuddin berkata, penahanan sembilan anggota kumpulan itu diyakini dapat menyelesaikan 18 kes mencuri motosikal yang dilaporkan di Pahang dan Selangor sejak setahun lalu.

Penangkapan kumpulan suspek itu bermula dengan penahanan empat anggota Geng Piramid pada 8 Januari selepas mereka mencuri sebuah motosikal dalam kawasan perumahan polis di Temerloh.

"Penangkapan empat anggota kumpulan terbabit yang masing-masing berumur 18 tahun termasuk ketua mereka membawa kepada penangkapan lima lagi suspek yang yang berumur 17 hingga 26 tahun di daerah ini," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Ahmad Johari, sepasukan polis yang mendapat maklumat mengenai kecurian sebuah motosikal di kawasan Perumahan Kakitangan Polis Temerloh Jaya telah membawa kepada penahanan empat suspek pada pukul 11 malam pada 8 Januari lalu.

Polis menahan lima lagi lelaki di daerah ini dalam operasi yang dimulakan dari 8 Januari hingga 12 Januari.

"Suspek-suspek kemudian menunjukkan lokasi tempat mereka membuang rangka motosikal curi iaitu di Tasik Bukit Kebok berdekatan Kampung Sentosa dekat sini," kata beliau.

Sumber : KOSMO



Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Wednesday, January 26, 2011

Rahsia bulan kelahiran Mei

-klik gmbr utk lebih jelas-

ternyata apa yg tersenarai di atas mmg kena ngan batang hidung aku sendri..ehehe
sesapa rasa nak cuba jugak klik kat sini

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Mendung tak bererti hujan dan langit tak selalunya cerah

Ingat tak lirik lagu tu..

"Mendung tak bererti hujan"..lalala 
aku tak tau lirik seterusnya...hahaha

Bukan nak cerita ttg lirik lagu ni...
sebenarnya aku bru ja jemur kain...
sibuk blogging dr pg terlupa pula 
nak jemur kain tu td...sekali teringat
bru sibuk2 nak jemur...Tp...
tgk cuaca lain macam ja ni....

Mendung2 angin pun sepoi2 bahasa...
duduk berfikir seketika..
"Haruskah aku jemur @ tidak ni?" Hatiku berkata2...
terus mengeluh mcmana la bulih lupa jemur td pg...
hmmmmmm dah tua kot tu la pndi lupa...miahahaha

Bila teringat lirik lagu tu...
Aku teruskan ja la niat utk 
jemur kain tu...
Aku cuma berharap lepas dah 
kain2 aku kering
suka ati la nak hujan lebat kah @ 
gerimis mengundang
yg penting kain aku dah kering...

la bulih2 lg request mcm tu
dah salah sendri lupa..
tawakal ja la...ehehehe

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Kecoh pelajar histeria cuba cederakan guru

seorang guru cuba menenangkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam yang mengalami histeria di Teluk Intan, semalam. Gambar kecil menunjukkan seoarang pelajar yang cedera selepas diserang histeria.

TELUK INTAN 25 Jan. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Ranggam di sini kecoh apabila beberapa pelajarnya diserang histeria sehingga cuba mengancam nyawa guru serta pelajar lain.

Selain cuba membaling guru dengan cermin tingkap, ada juga pelajar yang diserang histeria itu mengeluarkan pisau cuba mencederakan pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru sekolah berkenaan, Baalozaman Mohd. Noor yang berada di tempat kejadian berkata, serangan histeria itu bermula pukul 8 pagi ketika pelajar baru hendak memulakan sesi persekolahan.

"Tiba-tiba seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga menjerit-jerit lalu memecahkan cermin tingkap dan membaling ke arah guru tetapi berjaya dielak oleh guru berkenaan.

"Selepas itu ia berjangkit pula kepada pelajar perempuan lain menyebabkan keadaan sekolah menjadi kelam-kabut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata, sebaik sahaja kejadian histeria membabitkan pelajar perempuan reda, ia kemudian menyerang pelajar lelaki pula.

"Keadaan menjadi lebih kecoh apabila seorang pelajar mengeluarkan pisau dan cuba menyerang pelajar lain sebelum berlari ke arah jalan besar sehingga menyebabkan dia hampir dilanggar kereta," katanya.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati kebanyakan pelajar sekolah berkenaan telah pulang ke rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Tinjauan juga mendapati cermin tingkap dan pasu bunga bertaburan akibat dipecah oleh pelajar-pelajar yang diserang histeria tersebut.

Utusan Malaysia difahamkan ini bukan kali pertama kejadian histeria berlaku di kalangan pelajar sekolah berkenaan.

Dalam pada itu seorang pelajar, Noorhafidah Abdulah, 15, berkata, dia dan rakan-rakannya berharap pihak sekolah mencari jalan bagi mengatasi masalah histeria itu kerana ia mengganggu persekolahan dan menakutkan mereka.

"Kami tidak mahu pindah sekolah kerana sekolah ini mengeluarkan ramai pelajar yang memperoleh 8A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)," katanya.

Sementara itu, pengusaha kantin sekolah tersebut, Norhazirah Hassan mendakwa, bilangan pelajar mengunjungi kantin sekolah berkurangan sejak kejadian histeria berlaku di sekolah berkenaan.

Beliau yang tinggal di kantin tersebut mendakwa sering diganggu makhluk halus pada waktu malam.

"Kadang-kadang saya terdengar pintu diketuk tetapi apabila dibuka tidak ada orang. Ada masanya 'dia' mengganggu seperti menggeletek kaki ketika kita tidur," katanya.

Menurut Norhazirah, kejadian tersebut menyebabkan dia rugi dan menghadapi kesukaran untuk membayar sewa kantin berkenaan.

Sumber :  Utusan Malaysia



Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tuesday, January 25, 2011

Apa Fasha Dan Jejai Berpisah?


KL, 21 JAN 2011: Terkejut ada, tak percaya pun ada bila Murai Batu dikhabarkan dengan cerita panas yang satu ini. Terima kasihlah kepada teman Murai Batu yang kecil molek yang sudi menyampai cerita yang agak panas ini.

Khabarnya, aktres kontroversi Malaya, siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha telah pun putus cinta dengan buah hatinya, Jejai. Memang sukar untuk Murai Batu percaya, tapi informer Murai Batu bersungguh-sungguh mengatakan berita tersebut benar.
Mari kita dengar penjelasannya.

Jelasnya, hubungan antara mereka putus disebabkan kerana Jejai sudah tidak tahan dengan perangai Fasha yang dikatakan agak suka 'meroyan' tak tentu pasal. Dek kerana itu, Jejai yang juga merupakan bekas suami Nora Danish ini dikatakan angkat kaki kerana tak mahu pening-pening lalat memikirkan sikap aktres jelita itu.

Sukar untuk Murai Batu mempercayai cerita tersebut, namun kata teman Murai Batu kisah berkenaan memang benar.
Tak dinafikan, Murai Batu sebenarnya pernah mendengar kisah panas ini, tapi Murai Batu enggan mempercayainya. Namun apabila teman terdekat ini datang berjumpa dan bercerita kepada Murai Batu, ia sedikit sebanyak telah membuatkan Murai Batu berfikir dua kali, sama ada betul atau tidak cerita ini.

Malah dalam satu pertemuan baru-baru ini, Fasha mengakui yang mereka masih lagi pasangan kekasih. Jadi yang mana satu betul, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa.

Murai Batu tak mahu menyokong mana-mana pihak, tapi jika betul seperti yang dikatakan Murai Batu harap Fasha mahupun Jejai, buat banyak-banyaklah bersabar.

Tapi kalau cerita yang Murai Batu dengar ini salah, Murai Batu amat gembira dan mendoakan agar mereka berdua cepat-cepatlah menamatkan hubungan cinta tersebut dengan ikatan yang sah. Lagi cepat lagi bagus kerana tidak akan ada lagi kisah-kisah kurang enak boleh dijaja.

Sumber : MURAI

Dah heboh crita pasal Fasha Sandha putus ngan Jejai
tu ari pasal isu berbikini...hmmmmmmm
Tak tahu nak cakap apa dah pasal Fasha Sandha ni...
Tak apa la Fasha..masih muda & cantik lg..
Ada masa lg untuk membuat pilihan kan...

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Interesting Blog Award

Award from Lina
Tengkiu ar Lina
Baru ada kesempatan
nak buat n3..hehe
mcm biasa la nak kena
jwp soalan2 cepu emas..ngee

Nama Belog dan Kenapa anda letak nama itu

❤ Live.Love.Laugh ❤ sbb blog ku ni berkisar mengenai kehidupan, cinta & gelak tawa ku bersama keluarga & kawan2

URL belog anda dan dari mana datangnya idea itu

babyyats tu nama manja ku..ngee & hotmama tu adalah kira trademark bg aku...pasal tu je la rasa2nya

Apakah kaedah dalam penulisan belog anda?

Teda kaedah2 pun..asal rasa nak buat entri terus tulis je..cuma sebelum post tu akan preview dulu
sbb aku suka pada kesempurnaan..jd biar entri tu nampak sempurna di mataku bru la ku post...
Kiranya selagi tak sempurna aku akan balik2 pi edit...

Apa perasaan anda bila tengok beloh orang cantik dan menarik sedangkan belog anda tidak.
Rasa sgt la kagum...dan berfikir sejenak mcm mana dia boleh buat mcm tu ar???...

Bilakah belog anda diwujudkan?

July 2010

Siapakah orang pertama yang tahu dan menjadi follower belog anda?

Si Lina Ramsah tu yg pertama2 jd follower ku sbb dia yg mengajar aku cara2 buat blog ni
tengkiu Lina..ngeh3

Sila tag 5 orang lain untuk menerima anugerah dan serahkan syarat-syarat ini.


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Monday, January 24, 2011

Renew my license L

Belum renew
Dah renew
La...bulih2 lupa
Nasib baik tutor aku call td
suruh pi renew lesen
sbb dia nak booking awal utk test JPJ

Kelam kabut td kluar pi
pos opis..ehehehe
skali smpi pos opis punya la 
ramai org..adidi
aku pi ambik la no.giliran
aku dapat 1090
no.waktu tu bru 1057
hah!!!! mampus....
Punya la mcm mau gila tggu 
Nasib la penting klu tidak
mmg lama dah aku blah..hahaha

Berkat kesabaran menunggu tu 
akhirnya dah ok semuanya...
tggl tunggu waktu & tika masa itu...
cukup excited & berdebar2 jantung ku skrg..

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

happY sUndaY ~23/01/2011~

Kelmarin hbby bawa jln2 kat suria &
belanja mkn kat Kenny Rogers
celebrate sbb aku kan lulus tu ujian QTI
Photobucket
Aksi2 kat Kenny Rogers..ehehehe

Lepas siap makan
rehat2 sekejap
dah tu aku jln2 kat metrojaya
tgk2 ja kunu tu
Last2 tersimbat juga
beli sepasang kasut
ala2 ballerina

kasut ni sgt2 selesa
Aku sebenarnya 
teringat ckp tutor aku tu ari
klu bole waktu test JPJ tu nnti
cuba guna kasut yg style ala2 ballerina
sbb dia nipis jadi
waktu nak tekan minyak & clutch tu
dpt rasa jd senang ckit 
la nak handle minyak & clutch

Tapi mmg btul la
last belajar ari tu 
aku guna kasut nike sukan tu
sekali waktu tekan minyak tu
btul2 aku nda terasa ni
sbb tu kasut tebal tapaknya
last2 aku buka kasut ni..miahaha
terpaksa belajar berkaki ayam 
nasib ada stokin la...ehehehe

Lepas sakan aku jln2 ke sana ke mari 
hbby bawa balik
Pasal tu kelmarin teda aku berblogging
huhuhu


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Saturday, January 22, 2011

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah S.W.T & doa dr semua rakan2 FB & blogger...Aku lulus QTI!!! :)

16/20
nda sampai 1 minit kat ujian bukit ni...fuhh!!! nda sangka btul..hehe
syukur la...semuanya ok
Ala lulus QTI pun heboh kah...
Tapi bg aku walaupun setakat QTI
Aku cukup gembira ba..
Sbb aku sendiri nda kompiden juga
Jgnkan JPJ..QTI ni pun mau ambik
masa sampai 7bln bru aku pegi test

Dengan alasan aku takut..adakah??? 
hahaha
Tapi td tu dua2 hati jugak...
Aku cuba jgn nervous & stress 
cuba berlagak biasa

Syukur walaupun ada step2 yg aku terlupa
Tapi aku bulih handle la kiranya...
Biarpun td waktu test kat laluan 
punya la byk kereta sama lori2 besar
lalu lalang...adidi...
kecut jua isi perut ckit...haha

Dan impian aku semakin menjadi 
kenyataan sikit masa lg...
Dalam 7hb februari aku pegi 
test JPJ pulak...
skali lg mcm 
mau pengsan pula aku..hahaha
tenang....tenang...
Tu JPJ orang jugak ba kan...
Bukan raksasa...
Apa mau ditakut...huhu

Mudah2an aku berjaya..
Andai kandas pun
aku tidak akan patah semangat
Cuba & cuba lg...
Doa2 kalian mengiringi ku...
Amin

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Friday, January 21, 2011

Penat kelesuan tapi cukup berpuas hati...ehehehe

tgh duduk2 memerhati org belajar..ehehehe
Ibu Pejabat ADC
tak berapa ramai hari ni org pi belajar jd cukup lengang
Semua gambar kat atas aku ambik 
selepas abis belajar
Tengah tunggu tutor tu ajar lg 
sorang pacik tu baru dia 
hantar balik td...

Cukup penat la..
seawal pagi dr jam 7.45am aku tggu
sbb jadual belajar jam 8am
sekali lambat mau jam 9.30am baru bermula
Habis belajar jam 11.30am ambik 2 jam ja td

Alhamdulillah....
Hari ni pembelajaran semuanya ok..
Belajar mendaki bukit...OK
Belajar parking...OK
Belajar 3 penjuru pun OK

Jd dgn penuh kompiden 
Esok aku nak pi Pra ujian iaitu QTI
sepatutnya dah lama ambik QTI ni 
dr minggu2 lepas lg
Tapi selalu last2 minute
my tutor terpaksa cancel sbb dia ada masalah

Jadi aku harap esok jadi la
Jgn pula tak jd..huhuhu
sbb aku dah cukup semangat ni

Harap2 semuanya berjln dgn lancar
Kalau ok dlm awal bulan Februari
kunun2 mau pi test JPJ laini...hehe

mudah2an amin.....

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

~Sticky Post~ Undi Templates Terkemas



Ingat lg hari tu aku ada ikut contest

"Pertandingan Templates Tercantik" yg dianjurkan

oleh cik GayahSpears



Penyertaan tu dah tertututp jd skrg masa utk mengundi

dan tak sangka2 antara ramai2 tu

Blog aku ni tersenarai..hehe

Syukur alhamdulilah...



Gembira mengalahkan menang award

Anugerah Bintang Popular pulak...






antara blog yg tersenarai yg penting nama blog aku tu

Rasa2nya tak tau la bulih menang tp

korang tlg la vote erk...

Klu nak vote tu klik kat SINI

Tarikh untuk mengundi akan ditutup selepas

seminggu dari tarikh hari ini (15.01.2011)


Undian korang semua amat dihargai...

Sesapa yg mengundi tu

diucapkan terima kasih banyak..



Undi tau...sekali lg klik kat SINI



Sekian Terima Kasih

Photobucket

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)
Related Posts with Thumbnails