!! Live.Love.Laugh !!

Monday, February 28, 2011

Sejumlah RM4.85 juta saman telah dijelaskan

ALOR SETAR – Sejumlah RM4.85 juta saman telah dijelaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sejak November 2010 sehingga semalam, kata Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan.

Beliau berkata selepas kerajaan mengumumkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk bayaran pelbagai jenis saman, IPD itu menerima bayaran kira-kira RM363,000 pada bulan November, dan menjelang Disember, jumlah saman yang dijelaskan adalah RM2.004 juta.

"Jumlah saman yang dikumpul pada bulan Januari tahun ini kira-kira RM831,000 dan bulan ini sehingga semalam, kita telah menerima bayaran saman sebanyak RM1.653 juta,” katanya kepada pemberita hari ini.

Adzaman berkata sejak dua minggu lepas, kaunter bayaran dilanjutkan sehingga 6 petang berbanding pukul 5 petang sebelum ini, selain dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu bagi memudahkan orang ramai menjelaskan saman.

"Kita juga turut memasang khemah di luar kaunter bayaran saman, dan semalam kita memberi air minuman kepada pesalah trafik yang datang membayar saman kerana keadaan cuaca di sini sangat terik,” katanya. - Bernama

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Hari Isnin yang sibuk

Hari Isnin hari yang paling sibuk..sebab ni la hari 
pertama dalam setiap minggu..
Macam-macam yang ingin diselesaikan pada hari isnin...

Al-kisahnya...tadi aku pergi pejabat pos...bayar segala bil-bil yang ada..
Punyalah terkejut bila sampai kat sana...
ramai yang berdiri-diri kat luar ingatkan mati karan
Kalau macam tu susah la dah la penat-penat datang nak bayar bil..

Rupa-rupanya kat dalam dah penuh dengan orang...ada yang nak bayar bil, ada yang nak keluarkan duit ASB, bayar roadtax, renew lesen dan ada jugak yang masih nak cek saman lagi...

Disebabkan aku dah sampai...aku teruskan sajalah menunggu...
jadi pi ambik nombor..
Aku dapat nombor 2092..sekali nombor yang waktu tu baru 2064...
Hah!!! adihhhh...tak apala tunggu saja...malas lagi nak 
datang-datang esok..bikin penat betul...

Akhirnya berkat kesabaran aku tadi...aku dapat juga 
membayar segala bil tu...syukur alhamdulillah...
Lain kali aku tak mahu lagi datang berurusan di hari Isnin...
memang payah...hmmmm


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Mati lemas ketika cuba selamatkan adik

MOHAMAD ZAHER dipeluk neneknya, Ramlah Zainal ketika dirawat di Hospital Kota Tinggi, Johor semalam.
KOTA TINGGI – Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kota Tinggi mati lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya yang terjatuh dalam kolam renang di sebuah hotel di Desaru di sini kelmarin. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa, Mohamad Zuhary Mohamad Zailani, 17, cuba menyelamatkan adiknya, Mohamad Zaher, 14, yang terjatuh di dalam kolam renang sedalam empat meter di hotel berkenaan. 

“Sebelum kejadian, Mohamad Zaher dikatakan melompat-lompat di papan anjal di kolam renang itu sebelum dia terjatuh ke dalam kolam dan terus tenggelam,” kata beliau di sini semalam. 

Menurut beliau, Mohamad Zuhary yang melihat Mohamad Zaher tenggelam terjun ke dalam kolam itu untuk menyelamatkan adiknya bagaimanapun kedua-dua beradik itu lemas kerana mereka tidak pandai berenang. 

Muhammad berkata, bapa mangsa yang berada tidak jauh dari kolam itu terjun ke dalam kolam itu manakala ibu kepada dua beradik itu berlari mencari bantuan.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Sunday, February 27, 2011

Pameran alam mistik haram, dikhuatiri boleh merosakkan akidah

PAMERAN mistik menarik perhatian ramai tetapi dari sudut agama ia dikhuatiri boleh merosakkan akidah. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penganjur satu pameran di Kuala Terengganu yang bakal mengetengahkan artifak mistik seperti anak kerak, jenglot dan jin diminta membatalkan sahaja program itu memandangkan ia ditegah dalam Islam. 

Setiausaha Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, jawatankuasa itu sudah membuat ketetapan bahawa pameran seperti itu adalah haram sejak tahun 2007 lagi. 

“Jawatankuasa Fatwa membuat ketetapan itu atas kepentingan tidak mahu lagi melihat umat Islam di negara ini terus disogok dengan perkara-perkara tahyul serta khurafat yang tidak mendatangkan faedah,’’ katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengulas mengenai laporan akhbar semalam terhadap pameran bertemakan Masyarakat Berakidah yang dijadual berlangsung tiga bulan di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu mulai April ini. 

Pameran dikendalikan Dynasty Event Sdn. Bhd. itu turut mendapat kerjasama agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Kebudayaan Terengganu, Majlis Penggalakan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Friday, February 25, 2011

Shahir AF 8 Disyaki Sakit Kanser Hati

Shahir membuat persembahan pada majlis meraikan pencalon kategori penyanyi dan penyampai radio popular ABP. Foto TheStar RICKY LAI
KUALA LUMPUR: Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu.

Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh.

"Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius.

"Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.

Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu.

"Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar.

"Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya.

Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit dan kontroversi, Shahir menerima keadaan itu seadanya memandangkan dia faham, sebagai seorang selebriti, pelbagai dugaan yang perlu ditempuh.

Pada hujung tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dikatakan mula menghadapi masalah disiplin apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman, berkata kesihatan penyanyi itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran di kampungnya.

Sumber : mStar


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Demam selesema

Demam selesema..
aku tak berapa sihat hari ni..
Rasa macam nak sakit ja dari semalam..
mungkin dapat sakit dari Yoyo..

sebabnya Yoyo sekarang tengah batuk & selesema
mujur dia tak demam...
aku rasa bagus lagi demam panas kira ok..
Sebabnya kalau mau sakit selesema ni 
Waktu mula2 jadi time hidung keluar2 air ja
Memang rasa teruk sebab kepala rasa berat

Tapi bila selesema dah jadi kira ok la sudah
Cuma lepas tu penghabisan sakitnya ialah batuk
Selesema dengan batuk ni memang kawan karib
Ibarat irama dan lagu

Sekejap tadi dah makan ubat
sebab tak tahan kepala berat sangat
Dan sekarang rasa nak rehat kejap

Harap2 selepas rehat sekejap ni
aku akan ok sebab sebagai ibu & isteri ni susah sangat
bila sakit2 ni...
Biarpun payah terpaksa gagahkan diri pegi masak & urus hal2 rumah
selagi bole lah...

Ok..rasanya blogwalking hari ini terpaksa tangguh dulu kjap
mkin ptg sikit @ malam baru sesi balas kunjungan kat blog rakan2..

da...mau tidur kejap...


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu


KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.

Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4. 

"Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah," akui Daphne. 

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Thursday, February 24, 2011

Takut-takut berani

Hari ini hubby balik dari outstation di Beaufort..
jadi kami sungguh gembira memandangkan beberapa hari
Cuma kami berdua anak-beranak saja tinggal di rumah..
syukur penyakit penakut aku waktu kecik dah tak ada..
Kalau tak memang sangat2 payah la...

Bukan dah berani sangat ada takut jugak tp 
Lebih takut kat pencuri dr hantu wei...
Sebab aku dengan yoyo ja kan..
Dah la kami dua2 perempuan ayu...hehe

kalau hantu tu bole baca2 lagi pandai hilang kan
tapi kalau orang ni...palis2 masuk kat rumah..
Sebelum tidur tu..aku berdoa semoga aku anak-beranak selamat
Apa2pun tawakal ja kepada Allah...


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Siti Sarah Raissuddin akan bernikah 26 Februari

Tahniah! diucapkan kepada Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Raja Lawak kerana akhirnya mereka akan disatukan sebagai pasangan suami-isteri pada 26 Februari ini. 

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 16 November tahun lalu akan bernikah di Jeumpa D'ramo, Bukit Bangsar pada jam 4.00 petang. 

Berita pernihakan ini disampaikan oleh Perancang dan Penyelaras Majlis, Zuhairry Zainal melalui kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada GUA petang tadi. 

Menurut Zuhairry, majlis pernikahan yang akan diadakan secara sederhana ini akan menampilkan konsep moden kontemporari dengan menjadikan warna emas, putih dan oren samar sebagai warna tema. Siti Sarah dan Shuib akan menggayakan busana yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat. 

Manakala Deq Sha bertanggungjawab menatarias kedua-dua pengantin. Selain itu, Zuhairry juga memaklumkan pelamin pada majlis pernikahan itu nanti agak unik kerana ia akan membuatkan Siti Sarah kelihatan duduk di dalam sebuah kotak. 

Jangan lupa melayari GUA untuk berita dan gambar-gambar pernikahan pasangan ini nanti. Pasti ada info menarik yang boleh dikongsikan bersama. 

GUA akan cuba dapatkan Siti Sarah atau Shuib untuk bertanyakan persiapan yang mereka lakukan sebelum menjelang hari penting itu.

Sumber : Gua


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Yoyo dapat Award Creative Painting Typing Skills Distinction at DynaBook Computer Centre (M) SDN BHD

Yoyo yang happy
Tahniah yoyo..Mom love you so much...muax
Certificate Yoyo
Award Yoyo
Note : Yang ini untuk exam last year...dapat lagi Application Form tadi untuk exam tahun ini...fee cuma RM40..Untuk pelajaran anak..aku tak akan berkira...mudah2an tahun ni Yoyo akan pass lagi..amin..


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Mahal Kita | Marimar OST

Layan lagu ni..memang best..
kelmarin aku nda dapat blogwalking di sebabkan 
layan movie ni kat youtube... 
Marimar sekarang ngetop di TV3




Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Harimau Malaya mengaum lagi | Kim Swee yakin Malaysia mara

BIARPUN gagal mencipta kemenangan besar, jurulatih skuad Olimpik kebangsaan, Ong Kim Swee tetap yakin Malaysia mampu mara ke pusingan kedua.

Pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Shah Alam malam tadi, Malaysia berjaya menewaskan Pakistan 2-0.

Kim Swee berkata, Pakistan pasti akan beraksi corak lebih terbuka pada aksi kedua di Lahore pada 9 Mac depan kerana lawan perlu memadam kelebihan dua gol skuad negara.

“Secara keseluruhan, kita tetap beraksi baik. Cuma pada babak kedua, penjaga gol gantian Pakistan (Muhammad Omar) cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan terbaik kita.

“Tapi 2-0 masih tetap baik bagi kami. Sudah tentu pada aksi kedua di Lahore nanti, Pakistan akan bermain secara menyerang untuk mengejar dua gol.

“Dengan Pakistan tidak beraksi secara bertahan nanti, saya yakin kita mampu menjaringkan satu atau dua gol lagi di Lahore,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Kedua-dua gol skuad negara dijaringkan pemain bukan penyerang iaitu Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ketiga dan Irfan Fazail minit ke-45.

Namun Kim Swee tetap mempertahankan persembahan kedua-dua penyerang yang diturunkannya malam tadi iaitu Ahmad Shakir Md. Ali dan Ahmad Fakri Saarani.

“Saya terpaksa keluarkan Shakir pada minit ke-50 bagi mengelak risiko dia dilayangkan kad kuning kedua.
“Fakri memperoleh tiga peluang terbaik pada babak kedua tetapi dinafikan palang gol dan kecekapan penjaga gol lawan.”

Sementara itu, jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi menyifatkan gol awal Malaysia dan kad merah diterima Ansar Abbas pada minit ke-45 sebagai punca kekalahan mereka.

“Tapi kami tetap berjaya memberikan tentangan yang cukup baik ditambah pula Malaysia diberi sokongan padu penyokong mereka. Ia turut menjejaskan rentak kami.

“Harap kami dapat mempamerkan satu lagi persembahan baik pada 9 Mac depan. Dengan sokongan penyokong di Lahore nanti, saya yakin kami mampu memadam defisit dua gol ini,” kata Tariq.

PARA pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Pakistan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. 
Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Wednesday, February 23, 2011

Sultan Sulu ke-33 | Polis ambil kenyataan 18 orang

KOTA KINABALU - Polis setakat ini telah mengambil kenyataan daripada 18 orang bagi membantu siasatan kes rakyat Malaysia Datu Mohd. Akjan Ali Muhammad yang mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu dari Filipina baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, kenyataan itu diambil daripada individu dan saksi yang dirasakan boleh membantu siasatan kes itu termasuk anggota keluarga Mohd. Akjan sendiri.

"Saya telah diberi taklimat oleh pihak polis Kontinjen Sabah mengenai perkara ini dan 18 orang ini dari sekitar Kota Kinabalu... setakat ini belum ada lagi orang yang ditahan,” katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Perhubungan Dua Hala JSJ Malaysia-Singapura di sini, hari ini.

Mohd. Akjan dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai ‘Sultan Sulu ke-33’ dalam satu upacara tertutup di rumahnya di Kampung Likas di sini pada 12 Februari lepas.

Ditanya sama ada polis juga akan menyoal siasat pihak dari Sulu, Mohd. Bakri berkata: “Kita akan lihat dari sudut siasatan, kalau ada keperluan kita akan ambil tindakan, tetapi setakat ini belum ada.” katanya sambil menambah polis belum lagi memanggil Mohd. Akjan untuk merakamkan kenyataannya kerana polis sedang membuat penyiasatan mendalam mengenai perkara tersebut. - Bernama

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Kaji opsyen bagi kekal harga RON 95

KENAIKAN harga minyak dunia menyebabkan kos subsidi untuk RON 95 yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia turut naik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan harga minyak petrol RON 95 kekal dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan bagi memastikan impak kenaikan global tidak 
terlalu menekan rakyat.

"Kita perlu ada keseimbangan sebab kita bimbang kalau harga minyak naik, harga barangan turut meningkat dan bebanan kepada rakyat akan menjadi semakin tinggi.

"Sebab itu, kementerian ini bersama Kementerian Kewangan sedang mengkaji opsyen-opsyen tertentu untuk menstabilkan harga minyak bagi mengelak kenaikannya dalam masa terdekat,'' katanya ketika menjawab pertanyaan berhubung dakwaan akan berlaku kenaikan harga RON 95 dalam masa terdekat pada sidang akhbar di Pusat Latihan Harta Intelek di sini semalam.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tuesday, February 22, 2011

Kasanova perdaya 5 wanita & seorang lelaki berjaya mengaut RM60,000

KUALA LUMPUR - Bermodalkan rupa paras menarik dan ayat-ayat yang meruntun jiwa, seorang lelaki berjaya mengaut RM60,000 daripada lima wanita dan seorang lelaki lain sejak Julai tahun lepas sehingga awal tahun ini.

Kesemua mangsa yang membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam MCA di sini mendakwa berkenalan dengan lelaki yang dikenali Ken Isaac itu menerusi laman sosial sebelum menjalin perhubungan dan persahabatan.

Ketua Biro Datuk Michael Chong ketika mendedahkan taktik lelaki itu kepada pemberita, di sini berkata, secara umum lelaki tersebut akan menagih bantuan kewangan daripada mangsa selepas tiga bulan menjalin perhubungan.

Selain itu kasanova ini yang mendakwa bekerja dalam industri pengiklanan dan mempunyai perniagaan sendiri turut menuntut hubungan seks daripada mangsa wanita, katanya.

Chong berkata, kasanova itu menggunakan modus operandi serupa ke atas semua mangsa dan akan menghilangkan diri selepas memperolehi sejumlah wang. - Bernama

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Jalan-jalan Cari Makan #1 | Salut Seafood Restaurant

Kali ini aku sekeluarga Jalan-jalan Cari Makan di  
Salut Seafood Restaurant
Jom layan gambar yang aku ambil di sana

suasana yang lengang belum ramai orang
kangkung tumis belacan
ketam goreng tepung
ikan merah masak 3 rasa
Yoyo yang happy menikmati ketamnya
us
Entri berkaitan : 






Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Kesihatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs masih jadi tanda tanya

LAMAN web berita, The National Inquirer menyiarkan imej Steve Jobs keluar dari sebuah kafe di Palo Alto, California dua minggu lalu.
PALO ALTO, Amerika Syarikat (AS) - Keadaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple Inc, Steve Jobs yang kurus dan cekung semasa beliau keluar bersama isterinya di negeri California mencetuskan tanda tanya dalam kalangan penganalisis kewangan mengenai tahap kesihatannya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Pada minggu lalu, laman web berita, The National Inquirer menyiarkan beberapa gambar yang dirakamkan pada 8 Februari lalu menunjukkan Jobs di luar sebuah kafe di sini bersama isterinya, Lauren.

Beliau kelihatan kurus dan cekung ketika itu. CEO Apple itu sebelum ini disahkan menghidap penyakit barah pankreas dan beliau masih menjalani rawatan dari semasa ke semasa.

Baru-baru ini The National Enquirer melaporkan, keadaan kesihatan Jobs, 55, semakin serius.

Namun, Jobs kelihatan segar semasa dia menghadiri satu majlis makan malam kalangan usahawan teknologi AS bersama Presiden Barack Obama di utara California pada Khamis lalu sekali gus menepis dakwaan tersebut.

Turut hadir pada majlis perjumpaan itu termasuk CEO Facebook, Mark Zuckerberg, CEO Google, Eric Schmidt dan CEO Twitter, Dick Costolo.

Syarikat Apple merupakan pengeluar gajet popular di dunia seperti telefon pintar iPhone dan komputer tablet, iPad dengan lebih sejuta gajet itu dijual di seluruh dunia pada tahun lalu. - Agensi 

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Keputusan STPM 2010 | 12 buah sekolah Sabah catat 100 peratus lulus

KOTA KINABALU 21 Feb. - Sebanyak 12 buah sekolah di Sabah mencatat 100 peratus kelulusan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun lepas.

Sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Limauan, Kimanis Papar; SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu; Sekolah Menengah (SM) Lok Yuk Likas, Kota Kinabalu; Sekolah Tinggi Kota Kinabalu, SMK Keningau II, Keningau; SMK Kunak Jaya; SM Ken Hwa, Keningau; SM St. Patrick, Tawau; SMJK Tiong Hua Sandakan; SM Sung Siew, Sandakan; SM La Salle, Kota Kinabalu dan SMK Jambatan Putih, Tawau.

Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Dr. Muhiddin Yussin berkata, seramai 21 pelajar di negeri ini memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.0 dan 3.0 ke atas manakala bagi calon aliran sains pula seramai enam orang.

Beliau berkata, pelajar cemerlang STPM 2010 ialah Syivero Patrick dari SMK Kota Marudu yang memperoleh empat A dalam mata pelajaran Pengajian Am, Geografi, Ekonomi dan Pengurusan Perniagaan manakala Sejarah B+.

"Pada tahun lalu, seramai 6,185 orang calon dari sekolah kerajaan dan bantuan penuh di Sabah telah menduduki STPM. Jumlah ini meningkat kalau dibandingkan seramai 6,020 pada 2009.

"Bagaimanapun, peratusan kelulusan STPM bagi 2010 menurun sebanyak 1.66 peratus kepada 88.51 peratus berbanding 90.17 peratus pada 2009.

"Seramai 168 calon yang menduduki STPM tahun lalu lulus penuh lima prinsipal (5P) diikuti 1,823 (4P), 1,294 (3P), 1,047 (2P) dan seramai 889 lulus sekurang-kurangnya 1P," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di SMK Perempuan Likas, Kota Kinabalu di sini hari ini.
Muhiddin berkata, faktor penurunan peratus kelulusan itu disumbangkan oleh pencapaian calon dalam setiap mata pelajaran.

Katanya, kelulusan mata pelajaran Bahasa Arab, Usuluddin dan Perakaunan masing-masing menurun sebanyak 24.23 peratus, 9.43 peratus dan 15.08 peratus.

Sementara itu, seorang pelajar cemerlang yang ditemui pada majlis itu, Fazha Jazah, 19, berkata, dia gembira kerana berjaya mencapai keputusan membanggakan dalam peperiksaan STPM.

Pelajar dari SMK Majakir Papar itu yang memperolehi lima A berkata, keputusan yang diperolehi itu sebenarnya melepasi sasarannya.

"Sebulan sebelum peperiksaan, saya belajar macam lari pecut, tapi bukan bererti belajar pada saat akhir. Ini kerana, saya telah membuat persiapan lebih awal.

''Cikgu buat tutorial selepas sekolah, kalau pelajaran yang saya kurang faham akan cepat-cepat saya tanya cikgu selain mengamalkan perbincangan secara berkumpulan," katanya yang mengulangkaji pelajaran bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam setiap hari," ujarnya.

Anak sulung daripada empat adik beradik itu berkata, bahawa beliau kerap melayari internet terutama www.sejarah.blogspot bagi mendapatkan makllumat tambahan setiap mata pelajaran yang dipelajarinya.

Sumber : Utusan Malaysia


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Monday, February 21, 2011

Rinduku datang bertandang

Malam ni rasa nak jiwang la pula...ngeh3
bukan apa...tiba-tiba pula rinduku datang bertandang
pada suami yang nun jauh di mata

ala..hubby aku pergi out station kat Beaufort beberapa hari ni
Hari Jumaat..insyaallah..balik sudah la...

Dalam tahun ni baru ni kali la dia pergi out station...
kira ok dah ni...tunggu nanti bulan 5..
Pesta Kaamatan lagi la dia bertambah2 sibuk..
kira dalam bulan 5 tu out station saja kerjanya...

Tadi anak aku si Yoyo dah mengadu yang dia rindu daddynya
Yoyo sekarang makin besar makin bertambah manja ngan hubby
dulu Yoyo ni jarang dapat jumpa daddynya sebab kerjaya hubby 
dulu tak sama macam sekarang ni..
Kira ok la sekarang ni out station pun cuma setakat 1 minggu @ 2 minggu
Kalau dulu sampai berbulan2 out station...

sepatutnya aku rasa gembira la kan
Bila hubby tiada
jadi tiada siapa yang akan berebut main lappy ni
suka hati aku la nak on9 sampai jam berapa..
sebab klu ada hubby kat rumah dia bagi limit
tak marah cuma jangan abaikan tanggung jawab tu katanya
dan lagi dia pun nak on9 facebook dia juga..haha

Tapi sekarang aku rasa sedih 
sebab rinduku datang bertandang 


Stg..We love & miss u so much..muax


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Ramalan Cuaca bagi negeri Sabah untuk 7 hari bahagian Pantai Barat

Pantai Barat
Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Pantai Barat
Isnin, 21/02/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
Pagi : Mendung
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C
Selasa, 22/02/2011

Hujan curah di satu dua tempat
Petang
Pagi : Hujan di satu dua tempat
Petang : Hujan curah di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C
Rabu, 23/02/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C
Khamis, 24/02/2011

Hujan curah di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Hujan curah di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C
Jumaat, 25/02/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C
Sabtu, 26/02/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C
Ahad, 27/02/2011

Ribut petir di satu dua tempat
Petang
Pagi : Tiada Hujan
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat
Minimum : 23 °C
Maksimum : 32 °C


Sumber : Malaysia Meteorological Department 

note : hari ni bukan setakat mendung saja..dah hujan pun...huhu..apa kata orang kan namanya ramalan..hehe..tak kisah la nak hujan pun..jangan ada petir2 tu ja sudah..sebabnya aku memang takut gila sama petir aka guruh tu..sakit jantung aku dengar dum dam dum dam sana sini tu...lepas tu siap ada flash lagi..huhu


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)
Related Posts with Thumbnails