!! Live.Love.Laugh !!

Thursday, March 31, 2011

Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gempa jiran

PETA menunjukkan kedudukan Malaysia yang terletak berhampiran Lingkaran Api Pasifik menyebabkan ada kemungkinan turut menerima kesan jika berlaku gempa bumi kuat di negara-negara jiran.
KUALA LUMPUR – Kajian mendapati Malaysia akan turut berisiko menerima tempias gegaran dari semasa ke semasa sekiranya bencana alam yang teruk berlaku di Sumatera, Pulau Jawa dan Filipina.

Walaupun negara ini tidak termasuk dalam Lingkaran Api Pasifik namun fenomena itu diakui oleh Jabatan Mineral dan Geosains sendiri melalui kajian yang dilakukan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, jika gempa bumi melanda Sumatera, sebahagian kawasan di Semenanjung Malaysia akan terasa gegaran manakala Sabah dan Sarawak pula menerima kesan sama jika bencana itu berlaku di Filipina.

“Kepingan tektonik bumi dan titik gempa di negara ini dalam keadaan solid (kukuh) berbanding negara lain yang sentiasa aktif.

“Namun negara ini tidak akan terlepas merasai gegaran sama ada kuat atau sedikit akibat tempias daripada kedua-kedua negara itu dan ia bergantung kepada skala di mana titik gempa di dua negara itu sama ada cetek atau dalam,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Wednesday, March 30, 2011

Tarian poco-poco diharamkan | Perak

TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan

IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tuesday, March 29, 2011

Murid mendakwa ditumbuk di kepala oleh cikgu kerana jawapan salah

JAMALIAH melihat kesan di kepala Nur Ummi Aishah sambil diperhatikan Ismail selepas mendakwa ditumbuk oleh guru Matematik di Butterworth semalam.
BUTTERWORTH - Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kuala Perai di sini trauma untuk ke sekolah selepas mendakwa ditumbuk di kepala oleh seorang guru pada Jumaat lalu.

Nur Ummi Aishah Ismail, 11, berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 11 pagi ketika dia berada di bilik darjah mengikuti mata pelajaran Matematik.

Katanya, tidak lama kemudian dia dan murid-murid lain diminta membuat latihan oleh seorang guru lelaki.
"Apabila cikgu tengok jawapan saya salah, dia terus menumbuk bahagian atas kepala saya lima kali berturut-turut sehingga saya sakit dan terasa mahu pitam.

"Ketika saya kesakitan, cikgu menarik pula telinga kanan saya hingga saya hampir terjatuh dari kerusi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bagan Dalam di sini semalam.

Dakwa Nur Ummi Aishah, guru berkenaan sering memukul murid-murid lain apabila mereka gagal menjawab soalan latihan yang diberikan.

Sementara itu, ibu murid berkenaan, Jamaliah Maani, 39, berkata, dia dan suaminya, Ismail Abdllah, 60, telah mengadu kepada pihak sekolah selain membuat laporan polis pada hari kejadian.

"Saya tak kisah kalau cikgu nak pukul anak saya dengan tujuan mendidik tapi kalau sudah sampai tumbuk kepala banyak kali, itu melampau," katanya.

Ujarnya, anaknya takut untuk ke sekolah kerana bimbang dimarahi guru berkenaan kerana tindakannya mendedahkan kejadian itu.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai Utara, Abu Bakar Muaz memberitahu, pihaknya akan meminta laporan lanjut berhubung kejadian itu daripada pihak sekolah berkenaan.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Monday, March 28, 2011

Tidak perlu lagi lapor polis jika hilang MyKad atau Pasport

PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.

"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.

"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Sunday, March 27, 2011

Rutin ku di malam hujung minggu

Rutin ku di malam hujung minggu ni...arghhhhhhhhh!!!...kena sterika baju kerja hubby dan baju sekolah Yoyo...

Baju uniform hubby 4 pasang & baju sekolah Yoyo 5 pasang (ngam2 5 hari sekolah..haha)

pic from google
Ok..lepas update ni nak pi mulakan tugas..huhu



Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Aku suka makan Japan Boat Takoyaki

kredir to google

Macam ni la rupa Japan Boat Takoyaki tu...aku memang suka makan sampai beli 2 untuk aku sorang saja yang makan...haha...Bila datang kat Wisma Merdeka memang tak sah kalau tak beli ni...

Rasa dia memang sedap cuma bau sotong dia agak kuat jadi ada sesetengah yang tak makan sebab bau tu...kalau aku makan kat dalam kereta memang kompom kena marah oleh hubby sebab dia tak tahan dengan bau tu kuat sangat...hehe

Tapi aku tak peduli...makan punya pasal...aku cuma turunkan tingkap kereta supaya bau tu tak la terkurung dalam kereta tu nanti hubby pengsan pula...miahaha

note : sekarang Yoyo pun dah minat makan ni...dia cakap memang sedap la mami..hehe


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Menjadi bahan sensasi media | Saya tidak pernah menangis - Erra

ERRA dan Emran sering menjadi bahan sensasi media

SEPUTAR daripada 360 darjah sudut hidupnya, Erra Fazira barangkali masih berbaki satu pertiga nafas lelah yang harus ditelan. Banyak yang telah dimuntahkan dan diperdagangkan sebagai publisiti mahupun promosi dan ketika bidang seni sudah satu kesinambungan buatnya, dia masih berdepan getir yang cukup hebat.

Mendapat jolokan primadona filem Melayu, bukan lagi soal kredibiliti kerjanya yang mahu diselongkar sebaliknya, wanita berstatus ibu dan isteri berusia 37 tahun harus gagah mempertahankan taufan sensasi yang bergulung tanpa henti ke pintu mahligainya.

Perkahwinan kedua bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin membenihkan Engku Aleesya. Mahligai mereka tidak henti-henti dibidik kontroversi. 

Pernah dikhabarkan goyah ekoran orang ketiga, baru-baru ini Erra sekali lagi dicucuk selumbar berbisa berikutan timbul pula khabar angin yang lebih dahsyat. 

Kali ini bukan 'main-main cinta' lagi tetapi suami yang dinikahi pada Oktober 2007 itu didakwa sudah mengahwini seorang lagi wanita.

Sensasi Bintang: Pernah merasa kecewa gara-gara rumah tangga asyik menjadi bahan sensasi?

ERRA FAZIRA: Saya sedikitpun tidak tergugat kerana saya tahu dakwaan itu tidak berasas. Saya rentan kerana terpaksa menjawab pertanyaan semua dan berdepan ucapan tahniah atas salah interpretasi sebuah artikel mengatakan bahawa saya hamil anak kedua. 

Mana-mana saya pergi soalan itu yang ditanyakan, masing-masing sibuk mengucapkan tahniah padahal saya tidak hamil. Saya cuma bersedia untuk hamil.

Khabar angin mendakwa Emran sudah bernikah lain tetapi kalau tiada angin bagaimana pokok bergoyang?

Dalam mana-mana rumah tangga pun mesti ada salah faham, itu bukan perkara mustahil dan perkara begitu juga berlaku dalam rumah tangga rakan-rakan artis. 

Mungkin orang boleh kata, saya mungkin tak tahu sebab suami kahwin sembunyi-sembunyi, tapi saya yang hari-hari tengok muka suami dan hari-hari juga dia pulang ke rumah, bila masa dia kahwin. 

Mungkinlah dia ada bergaul dengan kakitangan wanita di pejabat dan perkara itu disalah erti oleh mata-mata yang memandang.

Pernah menangis akibat isu yang tak sudah-sudah?

Tak pernah, buat apa nak membazirkan tenaga menangis tentang perkara yang tidak betul. 

Mungkin saya masih kuat berdepan semua ini dan saya belum merasa kesakitan yang digembar-gemburkan itu.

Perlukah Erra meyakinkan umum tentang kebahagiaan yang sedang dikecapi bersama Emran sekarang?

Rasanya tak perlu tapi respons yang saya terima kata, saya perlu berbuat begitu. 

Saya tetap percaya bahawa suatu hari nanti kebenaran akan disedari semua.

Apa reaksi Emran apabila didakwa sudah bernikah lain?

Sebenarnya, saya yang jadi penyampai berita kepadanya apabila ada gosip-gosip yang ditanyakan kepada saya. 

Kami tidak pernah ambil serius perkara itu, bercakap pun dalam nada berjenaka dan bergelak ketawa sahaja. 

Saya pernah usik Emran, 'kalau dia dah kahwin, saya akan dapat madu' dan Emran ketawa.

Merujuk kes fotografi sebuah majalah hiburan membabitkan Ziana Zain dan Ning Baizura yang dikecam hebat oleh editor majalah berkenaan. Kalian dilihat sebagai 'diva' yang tidak boleh menerima pendapat orang. Siapa bersalah dan Erra di pihak mana?

Saya yang berada di tempat kejadian dan situasi itu berlaku depan mata saya. 

Saya tidak boleh kata siapa betul atau siapa salah tapi moralnya, semua orang sama ada artis atau media, masing-masing kena hormat kerja masing-masing. 

Mustahil kami nak tabur pasir dalam periuk nasi sendiri dan itu bukan pertama kali kami buat fotografi.

Ada sebab kenapa Ziana tinggalkan studio fotografi tempoh hari, kalau dia tidak setuju dengan konsep fotografi itu, awal-awal lagi dia tolak ajakan itu. 

Saya dan Ning yang habiskan fotografi itu juga kena kutuk sampa tiga muka surat. 

Artikel itu sangat berat sebelah dan kami tidak dipanggil atau diajak berbincang. 

Nampak sangat apa yang tertulis adalah permainan emosi penulis berkenaan.

Tapi, sampai sekarang kami tidak tergugat, buat apa nak buat sidang media atau saman-menyaman, industri ini kecil. Perkara itu harus dilihat secara matang.

Penyakit selebriti dikatakan menyerang artis yang berstatus 'diva', komen Erra?

'Diva' ada dua maksud, 'diva' daripada pencapaian yang positif dan 'diva' yang dilihat dari sudut negatif.

Ikut pengalaman saya, semakin tinggi pencapaian seseorang artis itu, semakin dia merendah diri dan semakin dia tahu menyayangi pencapaian yang dibina berbelas tahun yang sudah. 

Ada masanya artis yang baru melonjak naik yang lebih 'diva' perangainya berbanding artis yang sudah sukses. 

Artis yang terkena 'penyakit selebriti' mungkin ada tapi jangan cepat pukul rata, bagi saya itu justifikasi yang silap. Dan jangan salah guna perkataan 'diva' itu sesuka hati.

Bagaimana dengan kepanasan persaingan dalam Mentor?

Sekarang baru saya tahu, betapa sengitnya persaingan dalaman dalam program itu, ingatkan secara luaran sahaja.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

200,000 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) ghaib elak bayar pinjaman

KUALA KRAU - Seramai 200,000 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) gagal dihubungi berhubung pembayaran balik pinjaman.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, pihaknya telah menggunakan pelbagai saluran termasuk media bagi mengingatkan peminjam namun masih ramai yang gagal berbuat demikian.

"Saya memohon kepada ibu bapa atau penjaga kepada peminjam terbabit menasihati anak-anak mereka yang menerima pinjaman tersebut supaya menjelaskannya dalam tempoh ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru di Sekolah Kebangsaan Jengka 18 di sini semalam.

Menurut Ismail, sasaran kutipan hutang pinjaman itu ialah sebanyak RM4.1 bilion pada tahun lepas tetapi jumlah yang berjaya dikutip hanya RM2 bilion atau sebanyak 48 peratus sahaja.

Dalam pada itu beliau berkata, PTPTN memperuntukkan RM6 bilion sebagai pinjaman kepada 235,000 pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta pada tahun ini. 

Jelas Ismail, para pelajar perlu membuat permohonan melalui dalam talian dan akan ditawarkan pinjaman itu untuk sesi pengajian September ini.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Saturday, March 26, 2011

Gempa bumi di Myanmar menyebabkan 75 orang maut

Sebuah rumah ranap dalam gempa bumi di Tarlay, timur Myanmar, semalam. Sekurang-kurangnya 75 maut, manakala 111 lagi cedera dalam bencana gempa berukuran 6.8 pada skala Richter itu. - REUTERS

YANGON 25 Mac - Sekurang-kurangnya 75 orang maut apabila satu gempa bumi kuat menggegarkan timur Myanmar malam tadi, dengan angka korban dijangka meningkat apabila laporan diterima dari kawasan-kawasan terpencil yang masih terputus hubungan.

Gegaran dirasai sejauh Bangkok, hampir 800 kilometer dari pusat gempa di kawasan pergunungan Myanmar, serta Hanoi di Vietnam dan beberapa bahagian China apabila gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu berlaku pada 8.25 malam tadi (9.55 malam waktu Malaysia).

Pegawai Myanmar berkata, 74 orang terbunuh dan 111 lagi cedera di lima kawasan berdekatan pusat gempa, manakala lebih 240 bangunan runtuh.

"Kami masih cuba masuk ke kawasan terpencil, dengan tentera, polis dan pihak berkuasa tempatan berusaha untuk mencari mangsa yang cedera di kawasan bencana, tetapi jalan masih ditutup," katanya.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thailand berkata, seorang wanita berusia 52 tahun maut di daerah Mae Sai ditimpa dinding rumahnya yang roboh.

Utara Thailand turut digegarkan dengan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter pada 7 pagi ini (8 pagi waktu Malaysia), tetapi pihak berkuasa melaporkan tiada kerosakan besar berlaku.

Penduduk yang ketakutan di wilayah itu keluar rumah dan bangunan tinggi bergoyang, manakala hospital dan sekolah dikosongkan, semasa gempa bumi malam tadi.

Di Yangon, pengarah badan kebajikan World Vision bagi Myanmar, Chris Herink berkata, kerosakan infrastruktur yang besar tidak berlaku di kawasan Kengtung dan Tachileik yang terjejas, walaupun bangunan retak dan bekalan air terputus di sesetengah tempat.

"Namun paling membimbangkan ialah kawasan luar bandar kerana saya khuatir, maklumat tidak menggembirakan akan diterima dari sana sepanjang hari ini," katanya.

Gempa bumi itu berpusat 90 kilometer ke utara Chiang Rai dan 235 kilometer ke timur timur laut Chiang Mai, destinasi popular pelancong di Thailand. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia 


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Friday, March 25, 2011

Fesyen Artis di Golden Gala Rafflesia & Mandalay


Jumaat lepas bertempat di Hotel Le Meridien, jenama barangan kemas Rafflesia dan Mandalay telah mengadakan sebuah malam gala yang dihadiri lebih daripada 50 selebriti, peragawati serta pereka fesyen. Warna tema malam itu rona keemasan. Seperti biasa, polis fesyen GUA membuat rondaan untuk menyaman mereka yang nampaknya masih kurang prihatin terhadap fesyen.


 Deja Moss yang memakai 'dress' rekaan Bill Keith bersedia untuk ke ujibakat filem ‘Princess and The Frog” dan watak yang diidam sudah tentulah Princess Tiana. Er, ada had umur tak untuk watak tu?







'Cute'-nya Liyana Jasmay memakai persalinan Rizman Ruzaini, sesuai dengan personalitinya yang ceria. Kasut Sergio Rossi miliknya melengkapkan penampilan ‘elegant party girl'.









Selamat menyambut hari lahir, Diana Danielle. Baju gaun kembang ciptaan Hazwani Osman membuatkan Di tampak seperti ingin ke parti harijadinya yang ke-12.








Gaya minimal Hazwani Osman menyerlahkan penampilan Intan Ladyana. Tidak perlu serabut dengan manik untuk nampak glamour!










Pakaian untuk 'show girl'? Wajah cantik Rozita Che Wan seakan-akan tenggelam di dalam baju emas berkilat ciptaan Riffai Couture.










Elfira Loy memilih dress pendek Wanpa dengan perincian yang minimal. 'Fashionista in the making?' Masih jauh lagi perjalanannya ke arah itu tetapi yang pasti, Elfira atas trek yang tepat.









Ramai memuji penampilan Irma Hasmie yang dikatakan sangat manis bila bertudung walaupun baju rekaan Hatta Dolmat ini lebih kepada baju pengantin daripada untuk ke karpet merah.









Siapa tidak kenal dengan Nasha Aziz? Pakailah apa sahaja dan pakaian tersebut tetap akan nampak meletup! Contoh terbaik rekaan Syaiful Baharim ini. Hanya Nasha yang mampu memakainya. Jika diberi pada orang lain mesti tidak sesuai!









Nasib baiklah model terkenal, Fazlun ini tinggi orangnya. Rekaan Zery Zamry ini membuatkan si pemakainya nampak seperti ingin ‘terbang’. Perincian yang terlalu sarat hinggakan kita mungkin tidak akan nampak siapkah pemakainya kerana perhatian akan hanya tertumpu pada struktur dan perincian baju tersebut.







Anggun sungguh Natasha Hudson, hampir sempurna penampilannya pada malam tu daripada rambut hinggalah kepada kasut. Antara penampilan terbaik pada malam tersebut.








Pasangan secocok sama padan, Norman Hakim nampak segak di dalam kemeja satin Lords Tailor dan Memey ibarat ratu cantik di dalam dress ala duyung ciptaan Hazwani Osman. 'What a beautiful couple'. Bayangkan waktu diaorang kahwin nanti, lagi meletop kan?






Sumber : Gua


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Dua selebriti, M. Nasir dan Ramli MS dianugerahkan Datuk

M. NASIR (kiri) bersalam dengan Ramli MS di Istana Abu Bakar, Pekan semalam.

PEKAN - Dua selebriti, M. Nasir dan Ramli MS semalam dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-80 Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. 

Penyanyi dan pencipta lagu, M. Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed dan konduktor muzik, Ramli MS atau nama penuhnya, Ramli Mohamed Salleh adalah antara 124 penerima darjah DIMP pada satu istiadat di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini.

Turut menerima anugerah tersebut ialah pegawai kanan polis Jabatan Petugas Khas/Counter Terrorism Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ayob Khan Mydin Pitchay.

Seramai 148 orang menerima anugerah darjah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang itu.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Kenangan ku sebagai Pembantu Makmal #1

Sambungan dari cerita hari tu


Tiap pagi datang opis punch kad...terus pergi tengok report nak key in masuk komputer...dah siap tu lepak2 kejap dengan kawan2 yang lain...makmal kami akan jadi riuh bila ada pekerja2 lain datang mau jumpa bos tapi sempat lepak kejap di makmal...memang best la sebab kebanyakkan pekerja tu orang kampung aku sendiri...

Sebab kenapa macam tu..sebabnya projek buat jalan tu tengah buat jalan raya kat kampung aku..hahaha...Buat pertama kali kerja aku rasa seronok sangat benda baru bagi aku...tapi dah lama cukup membosankan sebab hari2 nak masak tanah nak kaji batu lagi...

Yang buat malas lagi tu..keja kat sana ramai lelaki2 yang gatal..kena kuat iman tau keja di sana...sebab ada bos2 tu kan suka nak bawa jalan2 pergi bandar cakap la belikan itu & ini..Dorang ingat budak kampung senang kah mau di beli...

Tapi aku selalu menolak dengan cara lembut saja bila ada yang ajak..tu waktu solo tapi bila dah kapel ngan hubby tak ada berani dah...haha...Hubby pun antara senarai yang gatal jugak tu..miahaha..dah berkali2 dia cuba mengorat tapi aku tetap tak layan kira jual mahal la kan...tapi memang dah jodoh akhirnya aku pilih dia..

Kalau mau abis bulan saja kat situ la aku rasa mau gila sebabnya buat report bulanan sebab big bos mau datang tengok report dari pihak kami...dan bila test cube yang hantar kat bandar gagal...kami kena marah o tapi paling sandi tu ketua makmal & pekerja2 lelaki sebab dorang kan kerja di site...aku ni kerja kat opis ja..tp terasa tempiasnya...

Ada masa bila teda kerja di opis..rutin kami buat kerja memasing...aku biasa la rutin ku tidur..haha..yang lelaki buat alasan pergi site konon padahal melepak di rumah member...dorang bole la sebab kerja memang kat site jadi kalau teda kat opis teda sapa yang peduli kan..macam aku terpaksa tunggu dr pagi sampai petang..tapi dorang pernah terkantoi sebab bos sibuk cari dorang..aku cakap kat site dah waktu tu dorang tak kasitau mau menular sekali nya pergi tidur di rumah...terus la kena marah dorang...

Masa dulu aku teda handphone...tak macam sekarang ni handphone murah2 senang beli...kalau dulu handphone Nokia 3310 mau harga RM800 o....mana ada duit mo beli...tapi bila first time hubby bagi hadiah handphone brand tak silap Kyocera dari Jepun la...Punya la gembira tak terkira...First ringtone tu lagu doraemon...bangga gila la..kawan2 yang lain cemburu....miahahaha

Tapi tak lama aku tak suka dengan model handphone tu sebabnya di kala itu Nokia 3310 tu popular mengalahkan Siti Nurhaliza...Hubby cakap nanti la...aku ni jenis yang tak sabar bila masuk gaji aku ja...terus pergi bandar kedai handphone nak trade in...punya la sandi aku kena tambah lagi RM400 punyala mahal Nokia 3310 tu dulu...tapi sebab minat gila aku pejam mata ja habiskan duit gaji tu...huhu...ada tinggal sikit untuk belanja makan hari2 kat tempat kerja...hwaaaaa..rasa mau meraung pun ada....

bersambung........


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Marsha AF3 sudah berpunya

MARSHA Londoh merupakan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) yang paling popular selepas juara program realiti televisyen (TV) musim itu, Mawi mencetuskan fenomena lapan tahun lalu.

Biarpun populariti Mawi dikatakan semakin merudum, tetapi ia sebaliknya buat Marsha yang kini semakin laris dengan tawaran berlakon drama, telemovie mahupun filem.

Pelakon dan penyanyi yang dilahirkan di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat pada 6 November 1985 itu bukan setakat menjadi sebutan para peminat kerana bakat seninya.

Malah, Marsha yang dibesarkan di Tamparuli, Sabah ini juga sering mencetuskan banyak gosip panas yang mengaitkannya dengan ramai artis mahupun selebriti terkenal tanah air.

Dalam pada sibuk menafikan semua gosip itu termasuklah pernah dikaitkan bercinta dengan Yusry KRU, Hans Isaac dan Ramli MS, tetapi baru-baru ini dia mengakui hatinya sudah dimiliki.

Menurut penyanyi lagu Untuk Terakhir Kali ini, dia kini sedang menjalani perhubungan intim bersama seorang jejaka Melayu yang dikenali sebagai Z sejak mereka berkenalan setahun lalu.

“Teman lelaki saya itu bukannya artis tetapi dia orang biasa dan bekerja di pejabat sahaja. Adalah EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk bekalan semasa hari tuanya nanti.

“Dia tidak mahu dikenali ramai. Cukuplah saya katakan namanya bermula daripada huruf Z,” katanya selepas sidang akhbar drama Kum Kum The Series lakonannya baru-baru.

Pada majlis yang diadakan di Mutiara Damansara, Selangor itu pihak Astro Ria memperkenalkan para pelakon drama 13 episod itu termasuklah Marsha yang melakonkan watak Mawar.

Kata Marsha, dia sengaja memilih pasangannya bukan dari kalangan artis kerana takut dengan perceraian yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini.

“Saya dapati perkahwinan sesama pasangan artis ramai yang tidak kekal lama. Itu tidak bermakna saya menolak jodoh kalau ditakdirkan pasangan saya juga adalah golongan artis.

“Kalau boleh saya mahu elakkan perkara itu. Saya kenal Z secara kebetulan setahun lalu sewaktu majlis pelancaran restoran Kopitiam milik komposer Ajai di Kuala Lumpur.

“Sewaktu mula berkenalan, saya tidak tahu latarbelakang Z. Tidak kiralah sama ada dia orang kaya atau miskin. Kebetulan saya pula memang banyak bergaul dengan orang Melayu,” ujarnya.

Marsha yang akan muncul dengan album sulung berjudul Yang Pertama tidak lama lagi menambah, dia sudahpun memperkenalkan Z dengan keluarganya pada 6 Disember tahun lalu.

Disenangi

Pada majlis hari lahirnya yang ke-25 itu, Z telah bertemu dengan ibu bapa penyanyi berketurunan Kadazan Dusun di mana kehadiran jejaka itu turut disenangi sanak keluarganya yang lain.

“Sebelum itu, pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, saya juga telah pergi beraya di rumah keluarga Z di Klang, Selangor. Sekarang ini, keluarga dua belah pihak tahu hubungan kami,” jelasnya.

Sewaktu ditanya perancangan terdekatnya bersama Z, Marsha menjelaskan, dia belum menetapkan tarikh tertentu untuk menamatkan zaman gadisnya dalam waktu terdekat ini.

Sebaliknya, pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh ini menyerahkan kepada jodoh di mana pada masa sama dia akan menjaga hubungannya dengan Z sebaik mungkin.

Gosip yang sering melanda Marsha turut mendapat perhatian teman lelakinya yang sering bertanya kebenaran di sebalik sesuatu gosip itu.

“Biasanya kalau ada keluar gosip saya dengan artis-artis lain, Z akan bertanya kepada saya, sama ada betul atau tidak. Bagaimanapun, dia bukan seorang yang kaki cemburu.

“Dia seorang yang amat mengambil berat tentang perkembangan diri saya. Saya pun tidak pasti sama ada hubungan saya dengan Z akan ke jenjang pelamin ataupun tidak.

“Pada masa sama, setiap kali ke majlis perkahwinan kawan-kawan sama sekolah, hati ini tiba-tiba hendak kahwin,” kata Marsha tanpa berselindung.

Kum Kum The Series akan bersiaran setiap hari Selasa mulai 12 April ini pukul 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104, Astro).

Selain Marsha, turut membintangi drama arahan Michael Ang itu ialah Didie Alias yang melakonkan watak Mak Hitam, Elfira Loy (Shikin), Sharnaaz Ahmad (Yusof) dan Saiful Nizan (Ramli).
Bercerita tentang pengalamannya berlakon Kum Kum The Series, kata penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman Alibi Music ini, dia berasa puas dengan watak Mawar yang dilakonkannya itu.

“Selain drama, saya juga ada menerima tawaran berlakon beberapa filem tetapi saya tolak kerana wataknya kurang sesuai dengan saya. Saya asyik diberikan watak gadis yang mengada-ngada.

“Selalunya saya menolak sesuatu tawaran berlakon filem kerana masa yang kurang sesuai,” tutur gadis manis tinggi lampai ini lagi.

Sejak 2005, Marsha telah melakonkan lebih 10 telemovie antaranya berjudul Rumah Terbuka AF3, Gitu-Gitu Raya, Besan vs Madu, 5 Saat, Beautiful Maria dan Cinta Meriam Buluh serta drama rantaian Hotel Mania, K.I.T.A., Dottie dan Awan Dania 3.

Sumber : Utusan Malaysia


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Dapat Buffered Earning yang ke 10 dari Nuffnang hari ini


Hari aku dapat BE baru lagi la dari Nuffnang 
Berbanyak terima kasih la yer Nuffnang...
kalau hari2 dapat lagi la suka...haha

Tapi tetap bersyukur..alhamdulillah..
sebab sekarang ramai yang mengeluh susah dapat BE
Tak tau la apa yang menyebabkan jadi begitu kan..

Baru kelmarin update Blog Bio & Blog Manager tu..
tup..tup...hari ni dapat BE lagi la..ngee
Petua selalu yang aku dapat dari blogger2 yang lain...
Kena selalu update Blog Bio & Blog Manager 
tu supaya pihak Nuffnang akan tau sama ada
blog tu masih berpenghuni atau tidak...hehe

trafik aku setiap hari..ciput kan


Trafik yang tinggi tidak menjanjikan dapat BE..
aku pun tak tau nak jelaskan macam mana..
Kira rezeki aku kot...
sebenarnya malu nak tunjuk carta trafik aku tu...miahahaha

Apapun terima kasih sekali lagi kepada encik Nuffnang

pic from google


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tertekan dengan masalah keluarga dan cinta seorang gadis Kelantan cedera terjun tingkat 3

DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam.

 
KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.

Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.

Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.

Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Thursday, March 24, 2011

Kartun kegemaran Yoyo

Saja nak cerita kartun kegemaran Yoyo...Dia memang sangat suka tengok tv..ikut macam aku la tu sebab dulu masa aku budak2 sampai la remaja memang lepak depan tv ja...aku jenis yang nda suka jalan pergi ke rumah orang nda menentu biarpun kawan...

sampai arwah nenek aku cakap dulu kan...'bagus masuk kau dalam tu tv sekali tinggal la di dalam blangnya'...hahaha...apa tidak buka mata ja tv nda lagi ingat makan...jadi kadang2 bila mau marah Yoyo kan ingat sama diri aku sendiri dulu2...ngee..betul2 menurun o tu gaya2...miahahaha

Ini hanya adalah di antara yang dia minat tengok ( maminya pun tumpang sekaki juga tengok ni..miahaha )

kartun asal saja Barbie mmg fevret no.1

yg ni pun Yoyo suka Princess segala

setiap malam 7pm wajib tengok

mmg sot ni chowder

Ini saja antara dia minat tgk yang sebenarnya banyak lagi tu...tapi aku pilih2 saja ni...yang chowder tu aku sama hubby pun layan tengok...bila tengok tu kami 3 beranak akan ketawa sama2 melihat aksi si chowder yang sot tu...

Walaupun Yoyo minat tgk tv tapi sekarang kena batas dah...tak di nafikan juga Yoyo sekarang lebih fasih bercakap english dengan tengok kartun tu ( lebih pandai dari aku tu, malu la )...tapi memandangkan dia dah naik tahun 2 ni kena banyak ulangkaji pelajaran...Sekarang ni dia hanya boleh tengok tv dr jam 6pm-8pm selepas tu kena tidur rehat..sebelah siang jangan harap nak tengok tv lagi..buat homework dulu lepas tu ulangkaji la jawabnya...

Chaiyo2 my dear princess...u can do it..muaxxxx


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Mangsa banjir di Kerian bertambah lagi

IPOH - Mangsa banjir di Kerian bertambah seramai 19 orang lagi setakat pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan 359 orang berbanding 340 orang petang semalam.

Mereka adalah dari Kampung Alor Setangguk seramai 168 orang, Batu 37/38 Jalan Keretapi (48), Kampung Parit Haji Abu Hasan Ban (46), Kampung Parit Abu Hasan (31), Batu 40 Bukit Merah (44), Parit Mat Keling (4), Kampung Perlis (2), Kampung Tebuk Pancur (8) dan Kampung Parit Ayer Hitam (8).

Ketua Polis Daerah Kerian, Supritendan Fauzi Mat Nayan berkata, kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan seperti di Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu, Sekolah Kebangsaan Bukit Merah dan dewan-dewan orang ramai di Alor Pongsu, Batu 38 Parit Abu Hasan dan Batu 40 Bukit Merah.

Kampung-kampung terbabit dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter ekoran pelepasan air dari empangan Bukit Merah akibat hujan lebat sejak empat hari lalu, katanya.

Beliau berkata jalan raya di Batu 38 Alor Pongsu-Selama turut ditutup kepada kenderaan ringan. - Bernama

Sumber : Kosmo

note : kat tempat aku sekarang pun hari2 dah hujan la


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Saya masih normal - Adira


Selepas dituduh bersekedudukan dengan teman lelaki, timbul pula gosip yang mengatakan Adira menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pengkid. Sejauh mana kebenaran perkara ini, hanya tuan empunya badan sahaja yang boleh memberi komen.

Peluang bertemu dengan penyanyi kecil molek ini di sesi rakaman Muzik-Muzik memberi peluang kepada GUA untuk bertanyakan kebenaran gosip panas itu. Jelas Adira, dia dan individu yang dimaksudkan sebenarnya tidak mempunyai hubungan istimewa. Sebaliknya, mereka hanya berkawan baik.

“Sebenarnya antara saya dan dia memang kenal, kami memang berkawan. Saya tidak memilih status seseorang itu untuk dijadikan kawan. Jika ada keserasian, saya akan berkawan dengan sesiapa sahaja. Saya rasa industri kita ini terlalu kecil untuk kita memilih kawan, bekerja dan sebagainya,” tutur Adira berterus terang.

Tika ditebak soalan sama ada dia bimbang atau tidak gosip itu akan berterusan, gadis kelahiran Ranau, Sabah ini mengelengkan kepala lantas mengakui yang dia tidak boleh boleh memuaskan hati semua pihak.

“Orang boleh berkata apa sahaja mengenai saya. Mana mungkin saya boleh puaskan hati semua pihak. Saya sudah cuba berikan kerjasama dan menjelaskan keadaan yang sebenar.Terpulang kepada peminat di luar sana untuk menilai. Syukurlah keluarga saya memahami dan mereka sentiasa memberi sokongan. Ingin saya tegaskan di sini, saya masih normal dan tidak akan menjalinkan hubungan cinta sesama jantina,” luah Adira lagi.
Bercerita tentang perancangan masa hadapannya, Adira memaklumkan bahawa dia sebenarnya dalam perancangan untuk menyambung pembelajarannya dalam bidang perakaunan.

“Saya memang berhasrat hendak sambung belajar lagi. Ingat mahu ambil perakaunan sebab saya memang suka dengan kira-kira. Bagaimanapun, hasrat ini terpaksa ditangguhkan dahulu sebab saya percaya kos pengajiannya pasti mahal. Buat masa ini saya mahu mengumpul wang untuk membantu keluarga dahulu.

Lagipun saya masih terlalu dalam bidang ini. Masih banyak yang perlu saya lakukan, contohnya pihak pengurusan telah mengatur kelas bahasa untuk saya memperbaiki pertuturan di dalam Bahasa Melayu agar lebih sempurna,” cerita Adira yang pernah menyertai kumpulan nasyid di zaman persekolahannya.

Buat peminat Adira, jangan lupa mengundi single ‘Ilusi’ yang bakal dicalonkan dalam Muzik-Muzik 26 April nanti. Undian anda amat penting kerana ia membuka peluang untuk Adira melangkah ke peringkat seterusnya.


Sumber : Gua

Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 terbaik dalam 4 tahun

Abd. Ghaffar Mahmud menunjukkan keputusan peperiksaan SPM pada sidang media di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 23 Mac - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 adalah yang terbaik dalam empat tahun ini dengan seramai 9,239 orang atau 2.28 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran memperoleh gred cemerlang ( A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diduduki.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat gred cemerlang tertinggi iaitu A+ dalam semua mata pelajaran.

''Sebanyak 368,559 orang atau 91.2 peratus calon berjaya mendapat sijil berbanding 90.8 peratus calon pada tahun lalu.

''Sebanyak 81 daripada 103 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan prestasi yang menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP)," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM 2010 di sini hari ini.

Mengenai pelajar terbaik, beliau berkata, seramai empat calon berjaya mendapat A+ dalam kesemua 12 mata pelajaran yang diambil dan 47 lagi mendapat A+ dalam semua 11 mata pelajaran.

''Terdapat 207 calon yang mendapat A+ dalam semua 10 mata pelajaran dan 105 calon mendapat A+ dalam semua sembilan mata pelajaran," katanya,

Abd Ghafar berkata, sebahagian besar sekolah di Malaysia dikategorikan dalam pencapaian sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.

''Hanya sebilangan kecil iaitu 66 buah sekolah atau 3.1 peratus sahaja yang memperoleh pencapaian berpotensi," katanya.

Menurutnya, seramai tujuh calon berkeperluan khas termasuk yang rabun, buta dan pekak berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran.

''Seorang calon rabun telah berjaya mendapat lapan A+ dan tiga A dalam 11 mata pelajaran yang diduduki dan seorang lagi calon buta mendapat enam A+, tiga A dan satu A-," katanya. 

Tambahnya, pelajar paling cemerlang dalam SPM 2010 akan diraikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu majlis yang akan diadakan di Lembaga Peperiksaan di Kuala Lumpur pada 1 April ini.

Sumber : Utusan Malaysia


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Wednesday, March 23, 2011

Kenangan ku sebagai Pembantu Makmal

Cerita ni memang dah lama..waktu aku masih kerja sebagai pembantu makmal lagi...time tu pun masih bujang tapi dah bertunang dengan hubby...

Ceritanya begini...dah namanya kerani makmal...jadi bilik aku tu cuma penuh dengan microwave sana sini...jenis2 tanah & batu yang kena kaji...lupa nak bagitau aku pembantu makmal buat jalanraya tu...hehe

Setiap hari bila team ( lelaki ) yang lain pergi site ambil tanah & batu...aku kat opis & satu rakan merangkap pembantu aku ( perempuan ) sibuk buat report dulu...yang buat aku selalu stress ialah bila buat test tu semuanya pun fail tapi buat kat report mesti lulus..terpaksa guna magic jadi kat sini guna la skill matematik tu..jadi dapatlah result yang lulus..kira tipu jugak kan tu tapi tu yang bos ajar guna magic ja blangnya...

Keja kami kat makmal kalau sibuk tu macam mau main masak2 ba..sebabnya tu tanah mau kena bakar kat microwave lepas tu kena timbang sebelum & selepas...

Kadang2 bila jumpa org kan..dia tanya aku keja apa..aku cakap la pembantu makmal buat jalan raya...terus dia ketawa...sebab dia bilang apa la keja kamu test tanah sama tu batu....
tp kira kami penting juga sbb bila result nda lulus semua org nda dapat keja tau...bangga jugak la...ngeh3

Waktu tu hubby keja sebagai Consultant Engineer kira bos aku la...tapi memang aku jarang berurusan dengan dia sebab dia bahagian lain...walaupun sesekali dia akan datang opis minta result dari makmal untuk reportnya...

Tapi yg nda bagusnya kan..kerani lain yang keja urus2 gaji pekerja tu kan sikit pandang rendah sama kami ni pekerja makmal..tau la kami ni kena berpakaian kemas berseluar & berkasut nda dapat mau berfesyen berkasut tumit geng...hahaha
Kalau dorang tu kan..memang bergaya la sebab opis durang aircon lagipun keja situ2 saja bukan mcm kami  ni  dah la guna kipas...panas o...opis lg semak dengan tanah & batu sana sini...

note : cerita ni terlalu panjang...nanti aku sambung balik lg ya...to be continued :)


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Kemudahan rawatan perubatan percuma

PESARA kerajaan yang memilih skim KWSP layak mendapat skim perubatan percuma. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Penjawat awam skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang bersara pada umur wajib atau mengikut Seksyen 6A Akta 227/239 termasuk anggota keluarga tanggungan mereka layak menerima kemudahan rawatan perubatan percuma.

Selain itu, kerajaan juga memutuskan bahawa ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah Skim Pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran sebelum ini.

Ganjaran itu diberikan berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga negara mulai pulih daripada masalah ekonomi.

Keputusan kerajaan itu berkuat kuasa mulai tarikh diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (Mappa) Ke-12 di sini semalam.

"Ia sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam yang telah berjasa," kata Perdana Menteri.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tuesday, March 22, 2011

Menu malam aku hari ini

Menu aku malam ini

Cukup biasa2 saja...Masak daging kicap request dari Yoyo...Kesian dia nak makan daging kicap biarpun badan dia masih tak sihat kan mungkin selera dia sudah macam tu..ikut saja la....

Disebabkan sekarang aku dalam proses diet...ambil nasi & lauk dengan kuantiti yang sikit & lebihkan sayur untuk kesihatan...Sebenarnya aku tak juga berapa lapar walaupun dari semalam hingga tadi siang tiada sebiji nasi pun aku makan cuma kuih jemput2 jagung waktu pagi & sekeping roti waktu tengahari...

Tak rasa lapar walaupun tadi siang berabis aku memerah tenaga mengemas rumah...memang EASY-GO PLUS produk Biolyn tu bagus la...Hari tu aku ada cerita pasal produk Biolyn ni kan di SINI

Untuk nak dapatkan badan idaman kena berusaha lebih kuat...USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN..



Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Majlis Kenduri doa selamat & kesyukuran Kerana Rujuk Semula - Sein & Nana

Sein dan Nana bersama anak-anak mereka

PETALING JAYA: Pasangan artis Sein dan Nana akan mengadakan majlis kesyukuran selepas mereka kembali bergelar suami isteri. Ia akan diadakan di Dewan Bakti, Taman Tun Dr Ismail, pada 2 April ini, pukul 9 malam.

Nana yang dihubungi berkata majlis tersebut sebagai tanda syukur kerana hubungan mereka terjalin semula pada 11 Mac lalu selepas berpisah selama tiga bulan.

"Majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran ini dibuat secara sederhana sebagai tanda syukur kepada penyatuan semula hubungan kami.

"Diharap selepas ini semua akan kembali berjalan seperti biasa dan hubungan kami akan diberkati Allah," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Nana berkata, majlis itu juga bertujuan untuk dia dan suami menjelaskan keadaan sebenar kepada semua pihak termasuk keluarga yang masih bertanya tentang kesahihan berita mereka rujuk semula.

"Kami juga mengambil kesempatan untuk menjelaskan perkara yang menjadi tanda tanya oleh semua pihak selama ini.

"Kalau boleh kami mahu beri kenyataan secukupnya dan tidak menjadikan ia sebagai sebuah persoalan kepada peminat," katanya.

Tambah Nana sepanjang tiga bulan menjadi ibu tunggal dia merasakan hidupnya terumbang ambing dan penceraian tersebut banyak mengajarnya erti kehidupan.

"Saya bersyukur mungkin perpisahan sementara ini merupakan jalan terbaik daripada Allah untuk menunjukkan bahawa kami masing-masing tidak boleh hidup berasingan.

"Saya rasakan hidup sangat kosong dan tidak stabil selama tiga bulan tersebut begitu juga suami sehingga akhirnya kami membuat keputusan bersatu semula," katanya.

Dalam pada itu, Nana tidak menolak faktor anak-anak menjadi salah satu punca ikatan jodoh mereka masih kuat.

"Anak-anak kami masih kecil dan tidak faham perkara ini, sepanjang tiga bulan itu mereka sering bertanyakan tentang ayahnya.

"Begitu Sein yang tidak dapat berjumpa anak-anak seperti selalu," katanya yang kini kembali menjalankan rutin harian sebagai seorang isteri dan ibu.

Pasangan tersebut, sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor, pada 8 Disember tahun lalu.

Sein dan Nana mendirikan rumah tangga pada Julai, 2006 dan mempunyai dua orang cahaya mata, Syed Tamriz Al-Qudsy, 3, dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy, yang berusia setahun.

Sumber : Mstar


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Video Seks Pemimpim Pembangkang 18SX : "Bukan Saya" - Anwar

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video perlakuan aksi seks yang didedahkan kepada media pagi Isnin.

Malah beliau menegaskan semasa rakaman itu dilakukan, beliau berada di rumah bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; kakitangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), anak-anak dan cucu sambil mengakses ke laman sosial 'Tweeter' pada hari dan waktu tersebut.

Berdasarkan rakaman video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.
"Saya tidak tahu dari mana sumber video itu dan siapa Datuk T, permintaannya supaya saya dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan. 

Ini adalah serangan bermotifkan politik ke atas saya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Isnin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam nada bergurau berkata, individu dalam video seks itu begitu mirip dengan dirinya kecuali perut individu tersebut sedikit buncit.

"Lihat, saya lebih kurus," katanya sambil berdiri dengan gaya menyindir.

Ditanya sama ada beliau akan membuat laporan polis, Anwar berkata, beliau akan mendapatkan bukti dan individu yang terlibat terlebih dahulu.

"Saya masih belum lihat video itu dan tindakan susulan akan dilakukan selepas mendapat bukti-bukti yang diperlukan," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah yang terkejut dengan penyebaran video tersebut berkata, tiada sebab untuknya berundur dari jawatannya sekarang.

"Ini adalah tindakan bermotifkan politik dan tidak bertanggungjawab yang didalangi oleh pihak tertentu untuk mengaibkan Anwar," katanya.

Negara pada Isnin dikejutkan dengan penemuan pita rakaman aksi perlakuan seks seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang dengan seorang wanita asing di sebuah hotel di ibu kota dekat sini.

Rakaman bertarikh 21 Februari yang berdurasi selama 30 minit berkenaan menunjukkan aksi-aksi seks Ahli Parlimen berprofail tinggi berkenaan dari pelbagai sudut yang jelas menampakkan wajah beliau bersama wanita terbabit yang dipercayai pelacur.

Pita rakaman berkenaan ditemui tersembunyi di dalam bilik hotel berkenaan baru-baru ini.

Malah, jam tangan pemimpin terbabit dikatakan tertinggal di bilik itu selepas aksi berkenaan dirakamkan.

Beberapa wakil media telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.

Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.

Katanya, jika ahli politik kanan berkenaan dikenal pasti, beliau dan isterinya perlu 'bersara dari politik' kerana ternyata beliau bukan seorang yang 'warak dengan moral yang tinggi seperti yang digambarkan'.

Kata Datuk T lagi, jika kedua-dua mereka enggan berundur, beliau akan memanggil beberapa perubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membentuk panel bebas serta mengupah pakar forensik bagi mengkaji keaslian rakaman berkenaan.

Sumber : Mstar


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Majlis akad nikah di masjid sah - Jamil Khir

ALOR SETAR - Majlis akad nikah sah dilakukan di mana-mana sahaja termasuk masjid selagi ia tidak mencemarkan kesucian institusi itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, pemilihan masjid sebagai lokasi upacara akad nikah mampu menjimatkan wang dan masa apabila diadakan setempat.

Menurutnya, ia juga memudahkan tugas imam yang menjalankan upacara akad nikah lebih daripada sekali pada hari yang sama.

“Perkara ini perlu dilihat secara keseluruhan untuk memberikan kemudahan dan kesenangan kepada masyarakat dalam keadaan negara yang semakin kompleks dan meningkat maju,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Lembaga Tabung Haji 2010 kepada Jawatankuasa Zakat Kedah di Istana Anak Bukit di sini semalam.

Sumber : Kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Monday, March 21, 2011

Musim hujan sekarang macam tiada penghujungnya

kredit to google

Asal petang atau malam hujan..kalau tak pun sepanjang hari la hujan...seolah2 sekarang hujan sepanjang tahun..tanda2 bumi dah nak hancur kah ni...T.T...musim hujan dan panas dah teratur lagi kan...

Bila musim tengkujuh ni mula la penyakit demam, selesema dan batuk melanda..tak kira kalau nak kena budak, remaja ataupun orang tua kan...

Dan lagi satu musim2 hujan macam ni cepat rasa lapar o...haha...kejap2 perut tu berbunyi minta di isi...buatkan rosak dietku saja...tapi malam ni macam malas nak makan la sebab malas masak..ngee

Nak makan roti dan buah-buahan ja nanti supaya perut tak rasa lapar sangat...Harap2 esok adalah kecerahan sikit walaupun sekejap kan....Namanya manusia ba kan tak pernah puas dengan apa yang ada..hehe

Bila rasa panas terik matahari nak sangat hujan dan bila sejuk macam di Korea sudah nak lagi ada sinaran terik matahari..aiiiiiii..entah la ni...hehe


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Mentor 5 Edry Abdul Halim persoalkan angka giliran dan elemen drama

Persembahan duet antara Edry dan protogenya Iqa - Foto The Star Oleh ROHAIZAT MD DARUS

SHAH ALAM: Salah seorang Mentor 5, Edry Abdul Halim mempersoalkan angka giliran dan elemen drama yang ditonjolkan oleh program tersebut sebagai meraih undi.

Edry Yang merupakan Mentor kepada Iqa menganggap angka giliran terakhir yang diberikan kepada protege Erra Fazira pada kedua-dua pusingan adalah tidak adil kepada peserta lain.

"Pada saya giliran terakhir yang diberikan kepada Salma pada dua-dua pusingan memberi kelebihan kepada dia untuk mendapat undian lebih secara psikologinya.

"Sepatutnya pihak produksi seharusnya membuat undian terlebih dahulu sebelum memulakan pertandingan. Kami tidak mahu hanya dilihat sebagai pembukaan kepadapersembahan Salma.

"Saya mahu perkara ini diperbincangkan semula dan mahukan cabutan undian dibuat setiap kali pusingan," katanya selepas tamat pertandingan Mentor 5 bagi Kumpulan B, Di Dewan MBSA, Shah Alam, Ahad.

Selain itu, Edry turut tidak bersetuju terhadap elemen drama dan simpati yang dipaparkan sebagai tujuan meraih undian penonton.

Rahim Maarof dan protogenya Aiman

"Ini adalah pertandingan nyanyian dan tidak sepatutnya dimasukan elemen-eleman drama dan simpati bagi meraih undi penonton.

"Saya mahu bersaing secara sihat, protege saya juga ada kisah peribadi sendiri tapi tidak mahu berkongsi kepada umum,"katanya.

Dalam pada itu, Edry tidak menafikan kekurangan markah protegenya pada malam pertandingan itu adalah disebabkan perkara-perkara tersebut.

"Kami ketinggalan sebayang 30 markah dibelakang Salma, yang mana merupakan sesuatu yang agak sukar untuk kami kejar.

"Kami terpaksa berjuang dengan sehabis baik untuk melalui minggu-minggu hadapan," katanya.

Sementara itu, penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa berkata angka giliran yang ditentukan kepada peserta adalah mengikut format program tersebut dan ia tidak akan ditukar kepada sistem undian.

"Kami mengikut format seperti Mentor musim pertama lagi, dimana semua peserta berpeluang untuk mendapat setiap giliran.

Erra dan Salma

"Jika minggu ini Salma terakhir, minggu seterusnya kita akan peserta lain pula. Tidak timbul soal pilih kasih atau tidak adil.

"Tentang eleman drama itu sememangnya ini merupakan program realiti,eleman tersebut merupakan salah satu dari format program ini. Namun bukan elemen utama yang menentukan kemenangan," katanya.

Jelas Sufian, perkara tidak puas hati seharusnya tidak berlaku dan setiap Mentor seharusnya memberi semangat kepada protege bagi meneruskan perjalanan pertandingan ini.

Pada pertandingan tersebut Salma yang membawakan lagu Yang Terindah Hanya Sementara mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 80 peratus, diikuti pula dengan Ika (Kenangan Lalu) 55 peratus.

Sementara Aiman (Kesedaran) mendapat 48 peratus.

Selain Datuk Ramli MS, penyanyi Zainal Abidin menjadi juri undangan pada malam tersebut.

Sementara itu, Mentor yang mempunyai enam protege telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. 

Pada Ahad ini, protege daripada kumpulan A pula akan bertarung.

Protege kumpulan B terdiri daripada Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini) dan Ayish (Noh Hujan).

Sumber : Mstar


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Yoyo kena demam panas tak dapat pergi sekolah tadi

Memang dari hari sabtu tu Yoyo macam nak sakit tap panas cuma suam2 ja..dah bagi ubat juga..Kelmarin nampak sihat tu yang ajak pergi Suria Sabah...Memang tengok gaya kelmarin tiada sakit la..

Bila sampai rumah ja terus dia buka majalah Barbie baru beli...Tak lama mcm tu aku datang periksa suhu badan dia rasa macam panas dah...bagi makan 7 selepas tu bagi ubat demam selesema & batuk..Batuk & selesema tu mmg dah lama kena dari minggu lalu lg tp demam ni yg baru pula..

Memandangkan tadi pagi..demam panas dia belum kebah lagi jadi aku tak berani bagi dia pergi sekolah takut nanti jadi apa2 pula kat sekolah...

Yoyo ni nak hilangkan kebah demam senang ja..jangan bagi dia kena kipas..jadi bila dia rasa panas byk peluh keluar..demam pun akan hilang sekali...Itula bila siang dia ok sebab panas kan tapi bila subuh sejuk kat situ la panas dia datang balik...

Dah la hubby tak ada skrg tgh out station kat Kudat...hari Jumaat baru balik..Harap2 tak ada apa2 masalah..sebab aku ni kadang2 cepat panik juga...

Sekarang Yoyo tgh tidur...nampak sangat lena dia tidur kesian tengok dia sakit...Kejap2 ni nak masakkan dia bubur nasi...nampak lesu pula aku tengok..

Semoga Yoyo cepat sembuh..insyaallah..amin

Yoyo yang masih suam2 badannya



Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)
Related Posts with Thumbnails