!! Live.Love.Laugh !!

Wednesday, April 27, 2011

Jualan model saga akan melepasi 80 000 buah

KUALA LUMPUR 26 April - Proton Edar Sdn. Bhd., (Proton Edar), yakin jualan model Saga akan melepasi 80,000 buah bagi tahun kewangannya berakhir 31 Mac nanti.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Proton Edar, Sidik Abdul Hamid berkata, jumlah yang disasarkan itu melebihi apa yang berjaya dijual sepanjang tahun kewangan sebelumnya iaitu 78,000 buah.

Beliau berkata, model Saga masih menjadi pilihan dan taruhan Proton untuk mengekalkan jumlah jualan tertinggi sepanjang tahun kewangan ini.

"Saga masih menjadi pilihan pembeli dan kita yakin jumlah itu akan mencapai sasaran yang ditetapkan selain mengadakan pelbagai kempen kesedaran dan promosi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Persona, sememangnya lebih sempurna' serba baru di sini hari ini.

Kempen selama lima bulan itu akan mendekati rakyat Malaysia menerusi platform lain daripada yang lain untuk memupuk keyakinan kepada bakal pembeli.

Menurut Sidik, selain Saga model Persona turut menjadi pilihan orang ramai dan antara model terlaris ketika ini.

Beliau berkata, jualan Persona kini mencecah 3,800 buah sebulan dan kadang-kadang ia boleh mencecah 4,000 buah sebulan.

"Jualan Persona kadang-kadang boleh meningkat naik mendadak, sebagai contoh sebelum musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina," katanya.

Sidik berkata, Persona bukan sahaja menawarkan harga kompetitif dan berkualiti tetapi memberi keyakinan dari segi pemanduan serta menepati gaya hidup masa kini.

Manakala jualan Inspira pula lebih 1,000 buah sebulan.

sumber : utusan malaysia


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tuesday, April 26, 2011

My Notebook Acer Aspire One Happy - Pink

Assalamualaikum & selamat malam semua...

Apa kabar ya? Bagi aku alhamdulillah, sihat walafiat...Lamanya tak update blog ni kan..kira rindu juga nak mengupdate ni tp selalu teda masa sibuk dengan tugas seharian...

Next month genap umurku 30tahun..aduiiii..rasa macam tua sangat2 la kan...kira di ambang 30an sudah..bukan lg 20an..Oh! betapa aku rindu kala umur ku di 20an..hahaha

Harijadi aku bulan depan jadi sepatutnya aku dapat hadiah bulan depan la kan...tp tak di sangka2..aku telah mendapat hadiah lebih awal dari hubby...dan hadiah itu cukup buat aku betul2 terharu....

cute tak?
sayang sangat2 kat notebook ni
Ini la hadiah yang hubby bagi tu..cute tak? Hubby ada tanya nak apa2 dalam tahun ni...Hubby sebenarnya nak belikan handphone lagi tp rasanya aku dah cukup bosan dengan handphone memandangkan aku dah ada 3 biji handphone..jadi kira cukup la tu...malas lagi nak tambah koleksi...jadi request la minta belikan notebook..sbbnya aku suka on9, kami kena berkongsi laptop yg sama kena selalu kongsi & yg bagusnya notebook ni kecik mudah utk ku bawa ke sana ke mari serta kalernya pink buat aku jatuh cinta terus...ngee

Pada hubby...terima kasih tak terhingga kerana rasa kasih & sayangmu kepada aku...Hanya bulan & bintang saja yang kau tak mampu bagi..Kalau yang lain selagi ada kemampuan kau akan turutkan...betapa bahagianya aku menjadi isterimu...
i love u so much honey

Mode sekarang memang tersangat gembira...hingga senyum tak pernah lekang dari bibirku...


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Wednesday, April 20, 2011

DEU Magic Corset

Assalamualaikum semua...

Lamanya tak update blog ni kan...rasa2nya debu dah tebal seinci dan sawang di sana sini..kira ada dah spiderman lepak kat blog aku ni..miahahaha

Tak ke mana2 ada juga tapi layan kat facebook saja...sibuk shopping online...bila dah sekali rasa nak berkali2..tu yg payah nak berhenti...haha

Entri kali ni mengenai barang yg aku order minggu lepas..dan minggu ni dah datang la...iaitu Deu Magic Corset & Girdle sekali...sekali tgk youtube dia terus aku berminat nak beli..hehe


Aku order ni dari facebook FairyWorld Shop
Kat tempat dia kira ada murah sebab dah banyak 
servay kat tempat lain mmg mahal la...
Sesapa yang berminat nak beli...
pergila kat FairyWorld Shop tu..
sure tak menyesal...

Jom layan You tube tentang Deu Magic Corset ni..




Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Saturday, April 16, 2011

Akibat gagal hadir ke mahkamah, Norman & Memey dikenakan waran tangkap

KUALA LUMPUR – Pelakon Norman Hakim dan tunang, Memey Suhaiza dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam untuk sebutan kes khalwat tanpa sebarang notis kepada mahkamah.

Arahan waran tangkap dikeluarkan oleh Hakim Syarie Salehan Yatim dan menetapkan untuk keputusan kes pada 29 Julai depan selepas kedua-dua belah pihak selesai mengemukakan hujah penggulungan masing-masing.

Terdahulu, Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal memohon waran tangkap dikeluarkan walaupun peguam syarie, Munirah A. Bakar lebih dahulu memaklumkan Norman sakit manakala Memey mempunyai urusan.

“Kami tidak boleh menerima alasan yang dikemukakan oleh peguam sebentar tadi, oleh yang demikian, pendakwaan memohon waran tangkap dikeluarkan terhadap kedua-dua tertuduh terbabit,” tegas beliau.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Thursday, April 7, 2011

Berhati-hati dengan telur ayam tiruan

SEORANG pegawai CAP, N.V. Subbarow menunjukkan telur tiruan (kiri) yang lebih besar berbanding telur sebenar di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Sekali pandang, ia tidak ubah seperti telur ayam gred A namun, ia sebenarnya telur tiruan yang dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya.

Itu pendedahan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang mendakwa telur berkenaan rupa bentuknya tidak ubah seperti telur ayam sebenar dan tidak menolak kemungkinan ia terdapat di pasaran negara ini.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, siasatan awal pihaknya mendapati, kulit telur tiruan itu diperbuat daripada lilin parafin dan kalsium karbonat.

“Kuning telur dan putih telur tiruan itu pula dihasilkan menggunakan natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon,” katanya di sini semalam.

Menurut S.M. Mohamed, pada amnya bahan-bahan itu merupakan makanan tambahan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama dalam bahan-bahan pemprosesannya.

Justeru, pemakanannya dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Wednesday, April 6, 2011

Ikan Ampap

ikan ampap

Setiap kali aku masak memang dengan penuh kasih sayang supaya bila hubby ngan anak makan mereka akan rasa sedap & menghargai apa yang dah ku masakkan utk dorang...

Malam ni aku masak ikan bukulan aka ikan kayu ampap...Malas nak guna ikan basung ni sebab dia kecik nak asing2kan tulang nanti masa makan leceh la...jd klu guna ikan bukulan ni senang sikit & tak mudah nak hancur bila waktu masak tu...

Hubby siap tambah 2 kali td makan sambil mulut balik2 cakap memang sedap..semua rasa tu ada...pedas, masin & masam tu bersatu...kembang kejap la bila kena puji2 masakan aku ni sedap...ngee

Lepas tu hubby cakap..esok nak bawa bekal nasi pergi kerja..dia suruh bekalkan nasi goreng & ikan ampap tu sekali sebab ada lebih lg kan...

Kuah ampap yg dah diletak tu minyak sikit kalau dicampur sama nasi bulih 2 pinggan juga tu makan hahaha

Apa2pun memang rasa gembira bila apa yang kita masak...keluarga hargai terus rasa hilang tu penat & rasa tak jemu2 nak masak menu lain lg...

*******************************************************************


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

GIVEAWAY PURSE POLO by DARKBATMAN


Nak join GA ni juga
Klik kat sini

Tag




Tarikh Tutup : 9hb April 2011


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Misteri kehilangan kanak-kanak perempuan akhirnya terungkai

MOHD. NAWAWI bergurau dengan Nur Hafiqah selepas ditemui semula di Kuantan semalam.

KUANTAN – Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan, Nur Hafiqah Zarissya Mohd. Nawawi dari sebuah kedai telefon bimbit milik keluarganya kelmarin akhirnya terungkai apabila dia dihantar pulang secara tergesa-gesa oleh sepasang suami isteri yang tidak dikenali semalam.

Terdahulu, ibu bapa kepada mangsa yang baru berusia setahun sembilan bulan itu percaya bahawa anak mereka telah diculik sebelum dipulangkan kembali dalam tempoh kurang 24 jam ke premis mereka di Batu 6, Jalan Kuantan-Gambang di sini.

Difahamkan, semasa kehilangan mangsa kira-kira pukul 7 petang kelmarin, ibunya, Azizah Dollah, 42, menyatakan dia meninggalkan anak bongsunya itu di premis berkenaan bersama menantu perempuannya, Noor Syatila Samsudin, 23, dan seorang lagi anaknya yang berusia 10 tahun untuk pulang sebentar ke rumahnya di Taman Seri Damai Perdana di sini.

Ketika kehilangan Hafiqah juga, Noor Syatila dikatakan langsung tidak menyedari kehilangan adik iparnya itu dan dia secara kebetulan telah menutup kamera litar tertutup (CCTV) di premis tersebut.

Bapa Hafiqah, Mohd. Nawawi Deris, 42, ketika ditemui berkata, selepas anaknya dipulangkan, menantunya memberitahu bahawa pasangan suami isteri berusia lingkungan 30-an itu mendakwa mereka mengambil anaknya selepas melihat dia berkeliaran di kawasan berhampiran.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Hafiqah kembali ke pangkuan kami dalam keadaan selamat,” katanya di Ibu Pejabat Polis daerah Kuantan di sini semalam.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tuesday, April 5, 2011

Al-Wafi Kismis Minda

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran. Al Wafi kismis minda telah dibacakan  dengan ayat-ayat yang khusus dari Al-Quran Al Karim oleh Al-Ustaz Dato’ Haji Ismail Kamus / Haji Alwi Kamus.

Khasiat :
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata

ATURAN TANG DISYORKAN :-
Bergantung kepada lemah dan kuatnya minda anda.
Dewasa: 7-11 biji setiap hari, Kanak-kanak: 5-7 biji sehari,
Hafiz dan Hafizah : 21 biji sehari.
Untuk daya ingatan yang kuat dinasihatkan agar jangan makan kepala ikan, epal Masam dan sebagainya.

Berat bersih :-
250 gram
           
AYAT-AYAT YANG DIBACAKAN :-
Al-fatihah, Taha 1-5, Ar-Rahman 1-4, Alam Nasyrah, Shlawat.


sumber : kedaiherba

note : Alhamdulillah sejak Yoyo ambil kismis minda itupun saranan dari seorang kawan...bukan tak nak bagi dari dulu tapi dulu Yoyo kecik2 tak boleh makan kismis ni..asal makan kalau tak muntah mesti cirit birit..jadi sekarang ni bila dah besar baru bagi balik..memang Yoyo tak berapa suka tapi bagi ja untuk kesihatan juga kan..Sekarang ni Yoyo menunjukkan perubahan positif sejak ambik kismis ni...Syukur kepada Allah S.W.T..Kita ni manusia sebagai ibu bapa mampu merancang & berusaha selagi mampu untuk anak2 tapi Allah S.W.T yang menentukan....mudah2an Yoyo akan berjaya di dunia & akhirat..amin


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Ciri-ciri keselamatan Maybank2u.com dipertingkatkan

pic from google
KUALA LUMPUR - Maybank telah menambah ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan pada portal perbankan internetnya, Maybank2u.com, bagi mengelakkan para penggunanya tertipu.

Timbalan Presiden dan Ketua Komuniti Perkhidmatan Kewangannya, Lim Hong Tat berkata, ciri-ciri baru itu mula diperkenalkan pada 27 Mac lalu dan ia berkaitan dengan proses log masuk serta transaksi-transaksi terpilih.

"Ciri-ciri terbaru ini akan melindungi para pengguna daripada tertipu oleh aktiviti-aktiviti penipuan yang membabitkan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel 'phishing'.

"Melaluinya, ia akan menampilkan satu ciri unik ketika log masuk dengan paparan imej dengan frasanya sekali yang dipilih oleh pelanggan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurutnya, para pelanggan perkhidmatan tersebut perlu mendaftar hanya untuk sekali dan mereka akan dibantu untuk memilih imej serta frasa di samping menjawab beberapa soalan berkaitan peribadi yang sekali gus akan memberi satu maklumat lanjut sekiranya diperlukan pada masa depan.

Tambah beliau, ciri-ciri tambahan itu adalah sebahagian daripada program berterusan bank berkenaan untuk meningkatkan lagi penawaran perbankan internet serta melindungi para pengguna daripada terjebak dalam penipuan. 

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Monday, April 4, 2011

Persembahan Siti Nurhaliza di ABPBH 2010




Jom Layan persembahan Siti Nurhaliza di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

sumber : youtube ( Atoszone11 )


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 2010 | Artis Paling Popular Milik Shaheizy Sam

Shaheizy Sam
GENTING HIGHLANDS: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Artis Paling Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Berita Harian 2010 yang diadakan di Arena Of Stars di sini, malam Ahad.

Sam yang turut menerima anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular mendapat undian tertinggi sebanyak 126,168 undian.

Kemenangan Sam hampir memenuhi jangkaan ramai dan melayakkan dia membawa pulang hadiah berupa trofi, kereta Nissan Teana 2.0 literberharga RM137,000 dan barangan kemas Rafflesia berharga RM180,000.

Sam turut merampas gelaran itu daripada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang memegang gelaran itu tahun lalu.
"Selama bertahun-tahun lalu, saya hanya berdiri dalam dewan ini dan menonton dari bawah.

"Terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri dari bertanding kerana memang saya teringin untuk menang," kata Sam yangturut berkongsi kemenangan dengan ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Sam berkata, ibunya adalah antara penyumbang kemenangannya pada malamitu yang tidak jemu menghantar undian menerusi akhbar dan khidmatpesanan ringkas (SMS).

Senarai pemenang ABP2010:

1) Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir

2) Penyanyi Wanita Popular - Yuna

3) Artis Duo/ Berkumpulan Popular - 6ixth Sense

4) Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani

5) Pelakon Televisyen Lelaki Popular - Remy Ishak

6) Pelakon Televisyen Wanita Popular - Fasha Sandha

7) Artis Baru Lelaki Popular - Shahir

8) Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali

9) Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan

10) Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah

11) Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam

12) Pelakon Filem Wanita Popular - Lisa Surihani

13) Pengacara Televisyen Lelaki Popular - Aznil Nawawi

14) Pengacara Televisyen Wanita Popular - Fara Fauzana

15) Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail

16) Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana

17) Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Rosnani Jamil

18) Anugerah Artis Mobile Popular 2010 - 6ixth Sense

sumber : mStar


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Friday, April 1, 2011

April Fool Day

pic from google
Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka.

sumber : wikipedia

note : jadi pada sesapa tu kena berhati2 la ni hari kan mana la tahu...ada sapa2 yang nak menyakat kat korang...haha


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)
Related Posts with Thumbnails