!! Live.Love.Laugh !!

Monday, May 30, 2011

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan...Aramaiti!!!


Hari ini 30th & 31th May 2011
Public Holiday utk rakyat Sabah
Selamat Bercuti..Yeaaaahhh!!!

Anyway, this Harvest Festival Celebration is actually to mark or remind Sabahans of the end of Paddy Harvesting season and it is when our kadazandusun and Murut people offer their thanksgiving to the GODS for the bountiful harvest. The celebration is unique to Sabah only. Now, to be honest it is The Unduk Ngadau Kaamatan or Harvest Queen Competition that really makes everyone waiting for. The story said that The Huminodun, the Harvest Queen, is the representative of a young lady who had sacrificed herself so that the kadazandusun and muruts have endless food. Its a very touchy story and therefore, meaningful celebration for Sabahans. Not to mention to those girls, ladies, who are competing for the title of Huminodun. By becoming the queen, you indirectly become the saviour of all Kadazandusun, saviour to all natives of Sabah.

sumber : malaysiansmustknowthetruth


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Wednesday, May 25, 2011

Kunjungan PM & isteri menceriakan mangsa tragedi tanah runtuh

NAJIB dan Rosmah mendengar Mohd. Alauddin Sofri menceritakan mengenai kejadian tanah runtuh di Hospital Ampang semalam.

AMPANG - Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Hospital Ampang semalam ternyata membawa keceriaan kepada mangsa tragedi tanah runtuh Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat. 

Mereka berada di hospital kira-kira 45 minit untuk bertanya khabar dan melihat keadaan mangsa-mangsa berkenaan.

Najib dan isteri yang tiba kira-kira pukul 1 petang disambut oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalannya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut mengiringi ialah anak-anak Najib dan Rosmah iaitu Nor Ashman, 19, dan Nooryana Najwa, 22, serta rombongan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Badan Amal dan Kasih Selangor (Kasih) serta Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO.

Kehadiran Najib dan rombongan ke Wad 5D itu disambut dengan senyuman oleh mangsa-mangsa dan anggota keluarga mereka terutamanya Mohd. Aizat Khusairi Abdul Halim, 13, yang begitu teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu.

Najib sempat bertanya cita-cita Mohd. Aizat Khusairi yang tidak henti-henti tersenyum kerana kedatangan Najib itu ibarat impian menjadi kenyataan remaja itu
.
"Saya nak jadi askar, terima kasih (Datuk Seri) salam 1Malaysia," katanya yang sudah sekian lama mengimpikan pertemuan dengan Perdana Menteri.

Najib dan isteri turut melawat mangsa yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu iaitu Zulkhairi Aminuddin, 12, Mohd. Izzudin Abdullah @ Ibrahim, 29, dan Md. Izwan Zakaria, 32.

Dalam kejadian tahan runtuh pada pukul 2.15 petang Sabtu lalu, seramai 16 orang termasuk seorang warden rumah kebajikan itu terkorban manakala 37 orang lagi terselamat.

Ketika kejadian, semua penghuni dan penjaga rumah kebajikan itu sedang mengadakan latihan nasyid bagi persiapan akhir majlis sumbangan yang dijadual berlangsung pada pukul 5 petang hari yang sama.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Monday, May 23, 2011

Today is my big day & I'm now 30yrs old..

pic credit to google
Hari ni hari besar bagi aku
Selamat Hari Jadi pada diri aku sendri..haha
Haihhhh...dah 30 tahun pula aku ni kan..
Selamat tinggal 20 & selamat datang pada 30...ngee

Terima kasih pada rakan2 yg bg ucapan kat FB aku...
Hadiah dr hubby dah dpt awal2 lg aritu...
tp tamak nak request lg minta belikan kek...haha

aku berharap akan dipanjangkan umur,
murah rezeki & jodoh berpanjangan...
amin...



Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

7 mangsa yang terkorban dikebumi satu liang lahad

orang ramai memenuhi Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, Batu 14, Hulu Langat tempat tujuh jenazah mangsa tanah runtuh disembahyangkan semalam.

hulu langat - Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding, Batu 14 di sini semalam apabila tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa selamat disemadikan dalam satu liang lahad.

Tujuh jenazah daripada 16 mangsa yang terkorban itu ialah Dzahir Haziq Mohd. Muin, 18, Mohd. Azret Azahari, 8, Wan Ahmad Hashim Hazim, 11, Mohd. Mustakim Mamat, 12, Mohd. Zaim Azahari, 14, Mohd. Imal Fahad, 9, dan Mohd. Hazim Sapri, 10.

Turut disemadikan dalam liang lahad sama ialah sebelah kaki milik Zulkhairi Aminuddin, 13, mangsa yang terselamat dalam tragedi itu. Upacara pengebumian itu selesai pada pukul 3.20 petang.

Terdahulu, kesemua jenazah itu disembahyangkan selepas solat Zuhur di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14.

Lebih 500 hadirin terdiri daripada ahli keluarga, waris, dan penduduk setempat mulai memenuhi masjid tersebut sejak pukul 10 pagi bagi menunaikan solat jenazah untuk mangsa-mangsa malang itu.

Zaiton Abdullah, 30-an, ibu saudara salah seorang mangsa, Dzahir Haziq ketika ditemui tidak dapat menyembunyikan perasaan terkilannya tidak dapat menatap wajah arwah buat kali terakhir.

Zaiton berkata, dia yang menetap di Terengganu terus bergegas ke ibu kota setelah menerima panggilan pada malam kejadian mengenai tragedi menimpa Dzahir Haziq.

"Saya terkilan kerana tidak dapat menatap wajah Dzahir Haziq buat kali terakhir kerana baru sampai ke sini," kata Zaiton yang memberitahu dia menganggap arwah seperti anak kandungnya.

Roslan Osman, 69, yang bertugas secara sukarela di rumah anak yatim itu berkata, rumah tersebut mempunyai 42 orang penghuni yang terdiri daripada empat golongan iaitu anak yatim, yatim piatu, anak-anak fasuki dan anak-anak hidayah.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Tuesday, May 17, 2011

Kolej Yayasan Sabah (KYS) anjur pameran kerjaya di Sembulan

KOTA KINABALU – Kolej Yayasan Sabah (KYS) dengan kerjasama JobsMalaysia Centre akan menganjurkan pameran kerjaya KYS di City Campus KYS, Sembulan pada Khamis ini. 

Ketua Eksekutif KYS, Dr Dayang Aminah Ali berkata, pameran kerjaya itu bertujuan membolehkan golongan yang masih mencari pekerjaan untuk mendapatkan maklumat penting tentang peluang kerja yang ditawarkan oleh syarikat, agensi dan firma yang akan menyertai pameran tersebut. 

Katanya aktiviti ini merupakan usaha Kolej Yayasan Sabah (KYS) yang julung kali diadakan dengan bantuan JobsMalaysia Centre di bawah Jabatan Tenaga Kerja, Sabah.

"Ia terbuka kepada semua pelajar IPTS/IPTA yang bakal menamatkan pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi termasuk daripada pusat-pusat latihan di Kota Kinabalu serta kepada orang awam yang berminat,” katanya di sini hari ini.

Empat belas organisasi majikan dari Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah akan menyertai pameran kerjaya tersebut yang akan bermula dari 9 pagi hingga 4 petang. - Bernama

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Sunday, May 15, 2011

Kementerian kaji kelas tambahan BI di sekolah kebangsaan dan menengah

KUANTAN - Kementerian Pelajaran akan mewujudkan kelas tambahan Bahasa Inggeris (BI) di sekolah kebangsaan dan menengah sekiranya penguasaan pelajar sekolah terhadap bahasa itu dilihat masih tidak memuaskan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada ketika ini, Kementerian Pelajaran sedang memantau tahap pencapaian penguasaan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah.

"Saya akan teliti perkembangan ini dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebahagian besar pelajar masih lemah menguasai bahasa tersebut, kita akan wujudkan kelas tambahan atau tuisyen yang akan diadakan pada setiap hujung minggu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama warga pendidik Pahang di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelbagai usaha dilakukan ketika ini termasuk mewujudkan program pembelajaran dengan menyediakan kurikulum, guru terlatih dan makmal bagi melihat penguasaan pelajar terhadap bahasa itu tercapai.

Beliau berkata, kementerian juga telah menempatkan 10,000 guru Bahasa Inggeris di sekolah supaya sistem pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan. - Bernama

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Saturday, May 14, 2011

Peraduan Gores dan Menang blog Misa Sakura!


Lama tak join contest...petang ni nak cuba2 nasib la dulu...hehe

contest ni dianjurkan oleh blog misa sakura 

nak tau syarat2 penyertaan klik kat sini

Peraduan tamat : 14 MEI 2011


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Altiviti petang ini ingin 'follow memollow' ^^

Assalamualaikum & Selamat petang semua..

Petang ni rasa rajin nak blogwalking pula...dah lama biarkan blog ni terbiar..sekali ni aku cuba nak rajinkan diri sedikit...Aktiviti petang ni nak cuba follow semua rakan2 yg dah lama memollow diriku...harap2 korang ada bagi link la yer...sebab bila disertakan dengan link mudah sikit aku nak follow korang nanti...

Sambil2 tu aku nak blogwalking juga..rindu tetiba dtg nak melawat rakan2 lain...

note : dah dtg rajin pulak dah petang ni...miahahaha


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Kerajaan memperuntukkan 175,000 komputer 1Malaysia untuk Sabah

TAWAU — Kerajaan memperuntukkan 175,000 unit komputer riba 1Malaysia untuk diagih kepada rakyat di Sabah secara berperingkat bermula tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, K.Juslly Elis. 

Beliau berkata, jumlah itu merupakan 14 peratus daripada keseluruhan 1.2 juta unit komputer riba 1Malaysia yang sedang dan bakal diagih kepada rakyat di seluruh negara melalui tiga fasa. 

"Melalui fasa pertama, sebanyak 10,000 unit komputer 1Malaysia telah diagih kepada penduduk Sabah termasuk pelajar pada tahun lepas,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan komputer riba 1Malaysia kepada sekolah-sekolah menengah di sini hari ini.

Seramai 1,000 pelajar daripada 10 sekolah di kawasan Parlimen Kalabakan menerima komputer masing-masing yang disampaikan oleh Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh. 

K.Juslly berkata, sebanyak 49,832 unit komputer lagi akan diagih kepada penduduk Sabah dalam fasa kedua yang sedang berjalan dan 112,500 dengan 52,000 unit untuk pelajar akan diagih pada fasa terakhir. 

Jumlah unit komputer 1Malaysia yang bakal diagih kepada kawasan Parlimen Kalabakan ialah 5,000 unit iaitu berdasarkan permohonan yang dikemukakan kawasan Parlimen Kalabakan sendiri. — Bernama

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)

Monday, May 9, 2011

VICTORIA BECKHAM teruja pilih merah jambu



VICTORIA BECKHAM sangat teruja untuk menyambut kelahiran bayi keempatnya yang sudah diketahui sebagai bayi perempuan.

Ini kerana dia telah memiliki tiga cahaya mata lelaki iaitu Brooklyn, Romeo dan Cruz. Lantaran bakal menimang cahaya mata perempuan buat pertama kali, mantan personal Spice Girls ini telah berbelanja besar. 

Isteri kepada David Beckham itu dilaporkan telah membelanjakan sekitar RM44,500 untuk membeli kelengkapan bayi tersebut.

Wanita yang kini lebih dikenali sebagai pereka busana itu juga dilaporkan telah membeli semua peralatan berwarna merah jambu untuk menghiasi kamar bayinya di kediaman mereka di London.

Tidak hanya itu, pasangan ini juga telah mempersiapkan sebuah kamar bayi yang mewah di vila mereka di Perancis.

Malah menurut M&C, pasangan selebriti itu merancang untuk membina sebuah kediaman untuk mereka seisi keluarga apabila bayi tersebut selamat dilahirkan kelak. Ia akan menjadi rumah idaman buat mereka sekeluarga.

Khabarnya, untuk membina rumah impian tersebut, Victoria dan Beckham mengeluarkan ratusan juta ringgit untuk merealisasikan impian mereka itu.

sumber : kosmo


Thanks kerana membaca. Tekan LIKE kalau suka :)
Related Posts with Thumbnails